Sejarah berulang lagi.. Kini UPSR 2016.. ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA.. Moga sentiasa sihat, dilindungi & dirahmati Allah..
Both my kids amik exam last year.. UPSR & PT3.. First time exam besar bagi mereka.. My aboy tak amik UPSR dulu.. Tough for all of us esp my amoi yg amik UPSR, sometimes cannot tahan the pressure from the school.. Nak kekalkan rekod highest result 5As.. Nak kan sekolah menjadi sekolah terbanyak students dapat 5A..
Yes siapa yg tak nak anak dpt 5A.. Saya pon asalnya kiasu jgk. Then hubby marah kata they are only 12 yo kids.. Jgn pressure sangat diorang.. Pi sekolah, pi kelas tambahan, tuition jgk, buat homework, solat 5 waktu, solat hajat kat sekolah, baca Yasin tiap pagi kat sekolah, pergi Kem Jawap Soalan UPSR, pergi Kem Kecemerlangan, semua tu dah usaha bagi saya.. Lain lah kalau depa tak buat..
And bila anak tak dapat 5A, lepas saja keputusan diumumkan, cikgu2 jadi agak "cold".. Hati tetiba jadi kecik.. Terasa bagai tiada tempat lagi di sekolah itu.. No eye contact, not even a word cuma dipanggil ambil result oleh guru kelas.. My aim was to comfort my darling daughter.. Alhamdulillah she cud take it tho menangis sikit jgk.. Saya cakap "I always pray for the best from Allah.. And please believe Allah has better plan for us.." (Fyi. the mother tak mau anak masuk asrama wahahaha & the doter kejap nak, kejap tak nak)...
Saya tau dia sedih.. 3 out of 24 yg dlm kelas pertama tak dapat 5A.. She was one of the 3.. Tapi Alhamdulillah she is one happy-go-lucky girl.. Siap post result dalam INSTAGRAM..!!!! Wahaha mak nya pon mcm tak sanggup.. Later only lah u learn siapa true kawan, datang bila perlu & hilang selepas itu, susah senang sama mengadu & sedih hati sendiri terkedu hahaha thats life kan..
Kami faham cikgu2 jalankan tugas mengajar anak2 utk dapat result exam yg cemerlang, juga nak kekalkan rekod terbaik sekolah.. Nanti dapat macam2 dari Jab Pendidikan.. Tapi saya tak blame langsung cikgu2 sbb anak tak dapat 5A.. For me, the cikgu2 & my kid did their best.. Dah usaha sedaya upaya.. Cuma sikap cikgu2 selepas result diumumkan, agak mengelirukan jiwa.. Juga berlaku 2 tahun sebelumnya pada seorang sahabat & anaknya.. Kami semua redha.. Tiada siapa yg mahukan nya, tak dapat 5A.. MAAF CIKGU, ANAK KAMI TAK DAPAT 5A..
Kids were praised when they achieved excellent results.. Takpe, saya kata enjoy & cherish primary school life.. My amoi ni, suka sangat wakil sekolah dlm beberapa pertandingan kadang risau jgk tapi dia suka, support je lah.. Habis tu, cikgu2 jgk yang pilih.. Sampai dah habis UPSR pon masih wakil sekolah hingga ke peringkat negeri.. Sebelum sekolah tutup tahun lepas, during Majlis Penyampaian Hadiah, my amoi byk naik pentas.. 6 kali kot, antara paling banyak hahaha.. Amik hadiah entah apa tak ingat dah tapi bukan hadiah 5A.. I AM SO PROUD OF U, my darling daughter..!!! Rekod pengalaman yg berharga buat dirinya sendiri..
Buat semua cikgu2, jutaan Terima kasih atas segala jasa mengajar & mendidik anak2 kami.. Hanya Allah yg dapat membalas jasa cikgu2.. Kami sentiasa doakan buat semua cikgu, "Moga sentiasa dimurahkan rezeki & Moga sentiasa sihat, dilindungi & dirahmati Allah.."
The best part was, KAMI PINDAH jauh pada hari pertama cuti sekolah hujung tahun lepas..!!! Tiada lagi kenangan kurang manis.. Terus hilang rasa sedih.. Excited with our new venture.. Alhamdulillah we are jauh2 from the pressure & nestapa..
My dearest soleh & solehah kids, may your days be filled with happiness, success, great health & Rahmat Allah forever.. Janganlah kelak terlalu bangga dgn result exam yg sangat cemerlang.. Jaga lah adab & adat kamu sebagai seorang Muslim yg mulia pekerti serta bertanggungjawab pada semua insan di sekeliling kamu..
Buat anak2 UPSR 2016, All the best..!!