Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya.
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
Rindu juga TAMAN GELORA ni. Balik Kuantan mestilah singgah. Ahad pagi lepas breakfast di kedai berdekatan, terus brisk walk di sini. Lapar, lupa snap foto breakfast.
Alhamdulillah cuaca cantik.
Zoom sikit, dah ramai berjalan di tepian pantai berbanding dulu-dulu nya.
Hubby ni dah makan banyak kan, so kena lah kerja keras sikit.
Siap brisk walk ke PASAR TANI UTC. Dah macam wajib cari SATA ni.
OTAK-OTAK yang sedap sangat ni, Alhamdulillah dah jumpa yang berkenan.
First time jumpa KUIH QASIDAH & SUJI di PASAR TANI UTC ni. Beli KUIH QASIDAH (warna cokelat) sebab lebih suka yang ni. Sedap sangat Alhamdulillah. Kuih ni selalu dihidang ketika MAJLIS PERKAHWINAN di kampung dulu-dulu, di PEKAN, PAHANG.
Isnin, pagi semalam. Drive semula balik Putrajaya tapi singgah HUKM dulu visit adik no2. Alhamdulillah dia semakin baik, dah pindah katil jauh dari nurse.
Alhamdulillah cuaca dan langit terang, hati pun sama girang.
GENTING HIGHLAND nun di sana. Lama tak nampak awak.
Nanti ya, slow2 akan BW blog kawan-kawan yang dirindui.
Dear my overthinking habit, please go away. Go, go, go..
Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.














0 comments