PIRIFORMIS @ SCIATICA DAN PPUM


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya. 
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

Alhamdulillah. Sakit pinggul sejak Jun kini hampir pulih sepenuhnya. Jatuh tidak, tergolek pun tidak. Bila baca punca-punca nya, maka kita pun cuba SCIATICA MASSAGE, TRADISIONAL MASSAGE, CHIROPRACTIC, BEKAM, ACUPUNCTURE juga PHYSIOTHERAPY di pusat swasta. Last-last hubby bising, sebab ajak ke klinik, tak nak. Ditanya kawannya seorang doktor, akhirnya bulan Oktober kita serah diri di RUKA, PPUM.


The Primary Care Medicine Specialist Clinic (locally known as Klinik Rawatan Utama dan Klinik Am or RUKA) ialah sebuah jabatan pesakit luar utama di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) di Kuala Lumpur. 

Sejarah & Peranannya

• Beroperasi di bawah Jabatan Perubatan Penjagaan Primer di Universiti Malaya.
• Berfungsi sebagai hab akademik, latihan dan klinikal yang menggabungkan perubatan keluarga, penjagaan akut dan pengurusan kesihatan jangka panjang.

Untung nya kerja kerajaan sebab charges nya lebih murah. Staff di sana banyak kali bertanya, tak kerja kerajaan ke, suami atau anak tak kerja kerajaan ke. Namun, di RUKA, jauh lagi murah dari pusat perubatan SWASTA. Kena buat appoinment dulu melalui apps nya, pilih tarikh, jumpa Doktor, kena X-ray, results X-ray awesome tulang elok Alhamdulillah. Doktor Pakar suruh follow up dengan Bahagian PHYSIOTHERAPY. Kena buat appoinment lain sebab walk in untuk physio memang dalam mimpiku kalau ada free slot. It's ok kita buat slow2. Sabar. Mid October first session untuk physio, seronok sebab happening betul di situ. Riuh rendah, ceria meriah, tiap physiotherapist mengajar patient cara senaman yang disarankan. 

"Uncle, aunty, abang, kakak, balik rumah ada buat tak.."
"Bilang 1-10 buat sekarang..."
"Bukan macam tu, tapi macam ni.."

Ehh kalau stress elok lah ke sini. Staff semua awesome. Baik2 dan friendly. Patients pun harmoni berbilang bangsa. Tapi kan, kenapa bangsa Melayu kurang. Bangsa lain ramai yang menggunakan kemudahan di RUKA ni, murah sangat dari swasta tau. Sebab saya pernah pergi pusat physio swasta. Cepat proses semuanya di RUKA ni. Satu sessi physio RM50 di PPUM, di pusat swasta (di lot rumah kedai) satu sessi RM150.


Food Court PPUM pun makanan sedap. Mee Rebus ni sedap sangat, mesti makan bila ke sana. 

SINDROM SCIATICA & PIRIFORMIS 

Kedua-duanya menyebabkan kesakitan, kebas, atau kesemutan di sepanjang saraf sciatic, saraf terpanjang dalam badan. Walau bagaimanapun, ia berpunca daripada punca yang berbeza dan memerlukan rawatan yang berbeza.


Pendekatan Rawatan

• Untuk Sciatica:

 • Memberi tumpuan kepada melegakan tekanan akar saraf tunjang.
 • Rawatan termasuk terapi fizikal, dekompresi tulang belakang tanpa pembedahan, pelarasan postur dan ubat-ubatan anti-radang.

• Untuk Sindrom Piriformis:
 • Memberi tumpuan kepada pengenduran dan peregangan otot gluteal.
 • Rawatan termasuk regangan piriformis yang disasarkan, terapi urutan tisu dalam, terapi haba atau ais dan menguatkan otot pinggul di sekelilingnya. Dalam kes yang teruk, doktor mungkin mempertimbangkan ubat penenang otot atau suntikan.


Sumber : Carian Google 

Sebelum ke PPUM, saya yang suka menggugel, jumpa cara-cara senaman untuk sciatica dan piriformis ni. Tapi tak juga baik. Bila dah jumpa physiotherapist PPUM, rupanya ada step yang tertentu. Kita juga diperiksa dulu, bahagian mana yang betul-betul sakit. First time jumpa, 3 senaman saja disarankan. Second time follow up pun, hanya 3 senaman yang baru. Setelah 2 minggu, kini Alhamdulillah sakit sudah hampir hilang. Tu lah kan, kalau awal-awal jumpa doktor, kan dah sembuh awal. Tapi Allah Maha Baik. Allah Maha Mengetahui. Alhamdulillah syukur. Tapi tak lah berani nak berkuat2 marathon sangat. 


Alhamdulillah semakin baik dan hilang sakitnya. Bayangkan sebelum ini, jalan sikit, sakit. Kena cari tempat duduk. Berdiri lama sikit je, mencucuk-cucuk sakitnya. Aktiviti dan kerja seharian agak terganggu. Duduk lama juga tak boleh sebelum ini. Alhamdulillah masa tidur tanpa gangguan. 

Jagalah kesihatan kita. Kalau sakit, cari lah penawar secepatnya. 

Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

0 comments