JJCM DENGAN MAK


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya. 
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.


Selasa kelmarin, late lunch, berdua dengan Mak ke SMOKED KINGDOM BY USTAZ DON. Guna apps EATIGO dapat 50% untuk slot pukul 3pm. Hubby tiada, ke Hutan Belum ada program. 


Mak order BUTTERMILK CHICKEN. Sedap dan pekat, tak kedekut bahan. Versi Melayu, ada sambal cili, sedap Mak kata, siap minta extra. 


NORWEGIAN SALMON, saya punya memang sedap. Second time order menu sama. Kali ni siap ada ais kering, berasap2 plating nya. Cool...!!


Pukul 3pm memang tenang sebab tak ramai langsung. 3 meja saja customer nya. Dah cakap awal-awal, nak belanja Mak.


Selfie dengan view luar dari SMOKED KINGDOM BY USTAZ DON.


Jalan-jalan snap foto dengan MASJID BESI nun jauh di sana. Then ke butik-butik berdekatan, Mak nak tengok tudung atau jubah. Tiada yang berkenan. Tapi anak Mak yang berkenan 2 helai. Tengah pilih2, Mak dah stand by di cashier dengan Debit Card nya. Mak kata awak dah banyak bayar, dah la tak kerja. Kita cakap nak pahala, suami ada bagi elaun. Mak dengan suara dah agak kuat, biar Mak bayar. Adik-adik salesgirl gelak tengok kami. Ehh rasa nak letak balik tudung tu. Angkat tangan doa dalam butik, Alhamdulillah moga Mak dan semua dalam butik dimurahkan rezeki. Suruh adik-adik salesgirl Amin kan. Berborak bergelak pulak dalam butik, sebab customer lain tak ada. Baik sungguh lah salesgirl berdua tu melayan Mak berborak.


RESTORAN MAK KIMBONG
Khamis, lunch tadi. Berdua dengan Mak. Hubby balik malam nanti. First time lunch di sini. Sebelum ni datang untuk breakfast. Iced Matcha tu memang sedap pekat tak manis. Kami duduk meja luar sebab berdua je, ada kipas. Malas nak ke dalam. Bagus betul ada staff tolong bawa talam nasi dan lauk-pauk kami ke meja. 


Serius lah lauk pauk banyak sungguh.



Tengok semua telan air liur lah sebab datang berdua. Takkan nak order banyak-banyak.


Mak ambil Ikan Kembung + Air Asam, Kerabu Campur ada Kacang Botol, Daun Selom, Kantan dan Jantung Pisang rasanya. Saya ambil Asam Pedas Tenggiri sepotong. Semua sedap Alhamdulillah.


Kerabu Campur dan Sup Cendawan. Semua sedap Alhamdulillah.


Suasana di bahagian dalam tempat makan.


Lot restoran di bahagian corner bangunan kedai, tempat mengambil nasi dan lauk-pauk serta cashier. Bayar dulu sebelum ke meja makan. Ruang makan di lot kedai yang berhampiran. Tak dapat 3 pintu kedai yang bersebelahan. So tempat makan agak terpisah, namun sangat dekat.


Port membakar di pintu masuk restoran.


Kedudukan RESTORAN MAK KIMBONG. Berdekatan namun tidak bersebelahan.


Kedai yang paling hujung ini lah yang paling utama. Tempat memilih lauk pauk dan cashier. Ada juga ruang makan yang luas di bahagian atas.


Di seberang jalan, bahagian makanan yang ringan-ringan, seperti terpampang di signboard menu nya. Kami beli dan tapau untuk makan petang.



Ok Mak, jom balik. Alhamdulillah Mak puas hati. Ni pun dah siap cakap, dah lama nak bawak Mak datang sini. Mak asyik nak buka handbag bila siap makan. Bila di Kuantan, Mak selalu lah sangat outing makan2 dengan group pencen, group surau, group travel, group nenek2 Taman Guru, ehh banyak lah group Mak. So bila kawan-kawan jauh, baru la ada peluang nak keluar makan dengan Mak.

Teringat sangat bila plan dengan EZNA, CARNEYZ dan FANNY nak ke RESTORAN MAK KIMBONG hari tu, tapi tiap hari Isnin tutup. Next trip ya FANNY, moga ada masa ke sini.

 Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

1 comment

  1. teringat acik sebelah rumah. dia dok sorang sekarang lepas kematian suami, tp manjang je takde kat rumah. Asal kita panggil je mesti berkunci rumah. Kang tanya, katanya tadi acik gi makan sarapan ngan kawan ngaji, tadi kawan RT ajak makan kat rumahnya. ehhhh keluar sesaja tau acik ni

    ReplyDelete