Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya.
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
SEBENING EMBUN GARDEN GLASS HALL, DENGKIL
Sabtu yang lepas baru ni. Memenuhi jemputan majlis perkahwinan anak saudara bff sejak tadika. Tapi familynya memang kenalan rapat keluarga kami sebab asalnya dari Kuantan juga. Bau bau bacang pun ya. Keluarga kami kenal semua adik beradik dan rapat dengan arwah ayah ibu nya.
Cantik dewannya. First time sampai sini. Tapi kan, dewan majlis perkahwinan sekarang ni memang tumbuh banyak seperti cendawan. Cantik-cantik semua kan.
Nasi dengan lauk pauk memang sedap. Daging empuk memang best lah, Alhamdulillah. Dessert pun banyak tapi malas nak bangun snap foto sebab berborak dengan bff ni.
Seronok mak dan happy sangat bff serta adik-beradik nya sebab mak datang. Keluar lah macam-macam cerita lama. Termasuk kisah EAST COAST MALL KUANTAN tu yang dulunya adalah penempatan perumahan kami semua. TRANSIT QUARTERS namanya. Rumah-rumah yang parents kami sewa, mostly untuk penjawat awam.
Memang kenangan manis. Jiran sebelah family China, baik sangat. Jiran depan rumah, family India. Dulu mak dan papa kerja, saya dihantar ke rumah family India depan rumah sebab tiada yang jaga. Baik sangat-sangat. Lepas kami pindah, masih selalu terjumpa di bandar Kuantan. Zaman 80an di Kuantan, pergi mana pun, jumpa orang yang sama. Saling mengenali.
Cantik tempat ni penuh dikelilingi pokok-pokok.
Ada banyak bench untuk lepak berborak diluar dewan.
Ada juga yang buat outdoor wedding di kawasan lapang ni.
Bagus tempat ni, jalan masuk hanya satu. Ada tempat drop tetamu, kemudian kereta terus ke parking lot di bahagian belakang dewan. Bila selesai, tetamu akan melalui tanah lapang/outdoor terus ke parking lot.
Jom balik mak.
Ada anak sungai kecil, jeram kot.
Balik dari kenduri kahwin, terus ke dapur.
2 batch muffin. 12 Chocolate Chips muffin & 12 Lemon muffin. Oven nak juga kena guna, takut merajuk. Alhamdulillah elok jadinya.
Order pizza. Adik no4 belikan putu piring dan tembikai.
Adik no3 belikan mee goreng mamak. Tambah order pizza juga sebab yang cilik2 ni ada.
Sebenarnya Sabtu petang, nak hantar mak ke rumah adik no4 di Wangsa Maju, sebab Ahad, kami dah nak balik Kuantan. Adik no2 dah discharge dan stabil. Bila pikir, baik kami adik-beradik jumpa di rumah adik no2 di Subang je, tengah-tengah kan. Boleh makan makan. Then mak sebut, belikan kek lah boleh sambut awal birthday adik no2. Memang impromptu Alhamdulillah smooth. Mertua adik dan saudara-mara suami pun ada, meriah lah hari tu.
Uncle pada adik ipar, mengetuai majlis dengan bacaan doa.
Meriah walaupun tak cukup korum. So mak sekarang ada dengan adik no4, malam ni akan ke rumah adik no2.
Ahad, lepas lunch dengan anak solehah di Shah Alam, kami berdua pun gerak balik Kuantan. Cuaca sangat mendung. Hujan yang sangat-sangat lebat dan angin kuat di beberapa kawasan. Alhamdulillah smooth sampai Kuantan, walaupun pagi tu agak sesak kata X Twitter. Anak soleh menanti kami di rumah.
Nanti slow2 saya BW ya. Semalam Isnin, macam-macam hal. Alhamdulillah anak soleh pandai jaga rumah.
Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.


















0 comments