WAKA WAKA EH EH. THIS TIME FOR AFRICA.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya. 
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

🎼🎵🎶🎼🎵🎶🎼🎵🎶

The pressure's on, you feel it
But you got it all, believe it
When you fall get up, oh, oh
And if you fall get up, eh, eh
Tsamina mina zangalewa, 'cause this is Africa

Tsamina mina, eh, eh
Waka waka, eh, eh
Tsamina mina zangalewa
This time for Africa...

Dah lama patut update post ni. Mood pun sama berjerebu. Nanti ya akan bw slow2, sekarang tengah cucuk2 semangat.


Menyantuni soalan Blogger FANNY, juga mengimbau memori pada percutian kami sebelum ni, memandu dari CAPE TOWN - PORT ELIZABETH - CAPE TOWN, ianya adalah antara percutian Top 3 yang kami sekeluarga sangat enjoy dan rindukan.

Dengan percutian ke Cape Town tahun 2014 juga lah mula mengenali BLOGGER AFIF - Travel My Way. Menggugel info tentang South Africa dll nya, terjumpa blog AFIF. Bermula lah soalan demi soalan mengenai keadaan di South Africa, pandangan, pengalaman nya dan berbagai lagi lah persoalannya. Terima kasih AFIF, banyak membantu kemusykilan kami.

Alhamdulillah smooth semuanya dan..... rindu untuk ke sana lagi.


Hajat nak naik cable car ke TABLE MOUNTAIN. Namun atas sebab angin kuat dan cuaca tak mengizinkan, servis cable car dihentikan pada hari itu. Hubby drive around dan nampak sekumpulan yang agak senior, nak hiking sebab persekitaran nya memang berbukit, tanah tinggi. Kata hubby, yang senior nak naik takkan yang junior tengok je. Maka dengan outfit slack dan jeans nya, kami naik juga. Alhamdulillah kami memang pakai t-shirt kalau travel, apalagi cuaca musim panas. Anak solehah yang muncung tak nak naik, namun dia paling laju dan seronok.


Subhanallah memang cantik view dari atas ni. Cukup sampai Devil's Peak saja rasanya. Chubby sikit hubby masa ni.


Next day try lagi nak naik cable car, namun masih ditutup. Tak ada rezeki tapi tempat lain pun banyak untuk di explore. Anak soleh nak ke CAPE TOWN STADIUM (WORLD CUP), singgah juga flea market, kaki bukit LION'S HEAD dan VICTORIA & ALFRED WATERFRONT.


BLOUKRANS BRIDGE BUNGY JUMP
Sekarang turun tempat ke 6. Balinghe Bridge Bungee di China paling tinggi sekarang, menggungguli carta.


Anak solehah frust tak dapat join walaupun ketinggiannya lepas. Faktor umur tak membenarkan, lupa age limitnya.


SHARK CAGE DIVING
Dipujuk hubby untuk cage dive tengok shark dalam laut. Kalau lah cage tu terbukak, macamana lah kan. Diselamkan dalam laut dengan suhu 11'C yang sejuk menggigil satu hal. Mabuk laut bila bot terapung2 di tengah laut menunggu giliran pun satu hal. Tapi tak apa, yang handsome2 macam Brad Pitt, Tom Cruise zaman muda pun sama2 join muntah di hujung bot. Kalau tak muntah, tak normal kot. Diorang memang bekalkan candy yang minty2 tu, Alhamdulillah halal. 

Shark tak banyak tapi memang ada. Sebab suhu hari tu agak sejuk 11'C. Kalau 18'C memang ngam kata operator tu. Seriously suspen sangat. Tengok dekat2 shark datang makan, seronok jugak. Memang best pengalaman ni.


SAFARI TOUR
Memang seronok jugak. Naik trak macam trak polis, tapi kerusi semua selesa. Paling suspen takut kena sondol dengan hippopotamus sebab besar gila. Kata operator tu, memang boleh tumbang trak tu. 


Route kami memang banyak tepi laut. So kalau ada attraction spot, hubby memang akan stop. Hike sekejap, minum kopi, makan snacks dll yang dibekal, memang best.


Subhanallah 



Wefie dekat signboard baru tau kat mana kami stop hehe.



Sempat petik strawberry.


PORT ELIZABETH 
Bandar paling hujung ke Timur, kami pergi. Kenangan tak dapat lupakan, ada kereta local yang dicuri depan mata. Ada 3-4 orang geng nya. Tunggu jauh2 hujung jalan untuk roger geng lain. Kami ingatkan diorang tunggu transport nak ke tempat kerja. Yang kereta kena curi berkulit putih, yang mencuri berkulit gelap. 

Patut pun staff backpackers hostel tu suruh kami kosongkan kereta dari dashboard sampai bonet kereta. Not even kotak tisu. Disuruhnya bawa keluar. Tepi pintu, dekat handbrake semua kena kosongkan. Kami memang dah book parking lot walaupun backpackers hostel, kami minta yang dekat entrance. Kami mention ada anak2. Actually masa book hotel, hostel, homestay, kita dah boleh cari property facility atau highlights yang sesuai dengan kita. Semua kena request dan confirm sebelum book.


Segway & Flying Fox. Memang best. Dengan SEGWAY kami lalu bandar kecil dan kawasan perumahan local.


TSITSIKAMMA 
Banyak attraction di sini.


Asal ada parking tepi laut, mesti stop.


Drive balik ke CAPE TOWN.


Gersang sebahagian jalannya. 

Memandu di sana, kami belajar banyak benda, juga DO'S & DONT'S. Antaranya..

LAMPU HAZARD
Digunakan selepas overtake kereta lain. Kiranya bila kereta kita dah di depan kereta yang kita overtake, kita bagi lah signal HAZARD untuk mengucapkan TERIMA KASIH

LAMPU HIGH BEAM
Ianya pula digunakan oleh kereta di belakang (yang dilintas) untuk mengucapkan SAMA-SAMA.

TOILET/SNACKING/COFFEE/REST STOP
Jangan berhenti di kawasan pedalaman atau terpencil. Cari restoran, supermarket, R&R di tep8 highway yang ramai berhenti. Jangan berhenti kalau ada local yang tahan kereta atau minta pertolongan. Kalau di traffic light di jalan agak sunyi, perhatikan cermin kereta kiri kanan juga depan, untuk tengok jika ada orang yang mencurigakan menghampiri kereta kita. Juga di parking lot, jangan park kereta terlalu jauh dari kedai dan orang ramai. Juga disarankan jangan bagi TIPS

Mulanya agak risau nak memandu di sana, namun selepas gugel dan baca banyak review dari traveler lain, hubby kata doa & tawakal, Insyaa Allah smooth. Alhamdulillah seronok dan smooth. Lagipun sepanjang jalan ada juga komuniti Muslim di sana walaupun tak ramai.




Spot wajib untuk bergambar.


Tak sah kalau ke Cape Town, tak ke sini.


BO KAAP NEIGHBORHOOD 

Rumah-rumah berwarna-warni yang terkenal di Cape Town ialahterletak di kawasan kejiranan Bo-Kaap yang bersejarah, terletak di lereng Signal Hill betul-betul di atas pusat bandarKawasan yang meriah ini merupakan pusat budaya komuniti Cape Malay di bandar ini, yang terkenal dengan rumah pelangi yang terang dan berwarna-warni serta jalan-jalan batu buntar yang curam.

Asal-usul
 Dibina pada tahun 1760-an sebagai hartanah sewa untuk hamba yang dibawa dari Asia Tenggara, India dan Afrika

Warna-warna
Legenda mengatakan bahawa apabila penyewa akhirnya dibenarkan membeli rumah, mereka melukisnya dengan warna-warna terang untuk meraikan kebebasan mereka



Total lebih kurang 2,000 km untuk 13 hari. 


Alhamdulillah smooth semuanya. Pengalaman yang sangat manis. Moga dapat ke sana lagi. Nak explore lebih banyak makanan halal local di sana. Alhamdulillah masa tu dapat juga rasa banyak makanan halal. McDonalds di sana mostly halal ketika itu. Memang senang. Memori 12 tahun lalu.


 Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

1 comment

  1. Wah, pengalaman yang sangat menarik. Baru tahu ada had umur untuk terjun bungee. Pemandangannya pun cantik sangat.

    ReplyDelete