Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya.
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
Jumaat, semalam.
Menunggu bas ke Putrajaya, jam 11 pagi. 2 tahun lebih, atau 3 tahun tak naik bas ekspres ke Putrajaya/Kuala Lumpur. Tapi hubby memang kerap ulang alik naik bas. Flight ticket MAS dah tak macam dulu. Sekarang naik harga berganda, seats pun limited. Memang dengar pun, sebab kalau drive lagi cepat sampai. Flight ni agaknya lebih kepada warga yang bekerja, datang meeting. Timing pun macam office hours. Awal pagi dan petang. Dulu2 harga RM80 one way, sekarang double the price. Kalau sorang2 maybe lah, tapi kalau berdua, ehh ehh sayangnya duit. Tak ada rushing apa pun so kita santai2 travel naik bas.
Asalnya hubby hantar balik Putrajaya tapi last minute ada hal. Penuh la satu duffle bag dengan tepung dan bahan buat kek, sayur2 dan barang dalam fridge, stok keropok lekor beku. Ikan dan daging terpaksa lupakan dulu haha. Kalau tinggal di Kuantan, tak luak nanti. Memang baru ni, angkut balik Kuantan sebab naik kereta. Dan kena angkut balik Putrajaya semula hehe. Baju2 tak bawa pun sebab balik sehelai sepinggang.
Anak solehah membeli makanan, dah plan malas turun mana2 bas berhenti. Takut terlepas bas. Beli siap2 makan atas bas saja.
Tak ramai.
Sejuk aircond nya lupa bawa baju sejuk.
Dah siap2 download movie Netflix. Dapat tengok habis HUSBANDS IN ACTION saja, movie Korea. Lainnya lena. Celik mata, terus tutup. Nak snap foto pun malas. Luas sangat seat bas ni, tak dapat nak tenggek tablet ni pada seat depan. Memang selesa. Anak solehah ni asal naik kenderaan apa2 pun, lena dia tak dapat dibincang. Celik mata untuk makan atau minum. Dah pesan minum sikit2 saja sebab tak mau rasa nak ke toilet. Dah sampai rumah nanti, minum lah sebaldi pun. Kelakar seketika, ada satu masa tu terjaga dari lena, seakan bermimpi ada stewardess tolak cart nak jual coffee, teh atau makanan. Memang mimpi mamai2 haha.
Menunggu Grab @ Putrajaya Sentral. Alhamdulillah lambat 15 minit saja dari waktu nya sebab driver bas kata kena singgah TB Gombak dan TB Selatan. Ok je Alhamdulillah smooth dan sempat solat Zohor di rumah.
Trek ETS. Yang di atas tu trek MRT. Panas litlit betul sekarang. Kuantan tak sepanas Putrajaya. Dalam bas memang sejuk sampai kena tutup window aircond.
Travel dengan bas pun memang best.
Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.










0 comments