CAMPAK BELAKANG BUAT MASA MENDATANG


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya. 
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

JAPANESE COTTON CHEESE CAKE
Lama sungguh sungguh tak buat. Anak2 soleh solehah request, bila mummy free katanya. Seronok sangat bila cukup korum di rumah sebulan lebih ni. Manfaatkan sebolehnya.


Alhamdulillah elok jadi walaupun tak perfect, ada sedikit accident. Patut loyang kecil, sebab buat 1/2 adunan, tapi malas cari loyang kecil, so rendah la kek nya. Kemudian tapis2 icing sugar atas cake deco stencils.



YONG TAU FU
Alhamdulillah elok jadi. First time buat ni. Tapi sos beli online, Resepi Bonda YTF Taiping. Gugel cari resepi, Alhamdulillah jumpa yang senang, guna isi ikan tenggiri.



MIANG PLA PAO
Stok ikan ada lagi Alhamdulillah. Air fry kan saja ikan gaul garam kunyit. Malas goreng merecik2 minyak.



MI KARI


FOCACCIA 
Favorite anak2 soleh solehah. Makan dengan mushroom soup, buat sendiri senang je, pernah buat sebelum ni. 


CANH CHUA CA (SUP IKAN VIETNAM)
Sup favorite kami ketika menetap di Ho Chi Minh City dulu. Tak masak. Makan di kedai lorong, duduk kerusi rendah tu. Kenangan 10 tahun di sana.

Kepala ikan ada lagi, masak sup ni lah sebab lama sangat bertahun tak buat. Tumis garlic, masukkan ikan, air asam jawa, sos ikan, gula, nenas, kacang bendi dan tomato. Taugeh dan daun sup/bawang masukkan selepas api ditutup. Gugel lah untuk tengok lebih detail. Sup ni sebenarnya clear sebab diorang guna serbuk asam jawa. Kalau guna air asam jawa memang lah berkeladak warna nya kan. Sedap makan dengan nasi panas2.


WRAP PIZZA
Menu cepat mudah bila malas, sapu wrap dengan sos tomato. Letak potongan bawang besar, capsicum, tomato, shiitake mushroom dimasak sebentar supaya lembut atau segala yang disukai. Letak juga hari tu sosej daging muda beli di Kazakhstan tahun lepas, ada lagi dalam fridge. Tabur mozzarella cheese. Bakar dalam air fryer untuk melt kan cheese. Kemudian panaskan atas kuali leper dengan sedikit minyak zaitun supaya bawahnya garing. 


BROW-FFIN (BROWNIES + MUFFIN)


Alhamdulillah elok jadinya semalam. Second time buat ni. Jumpa walnut, almond, pecan, cashew yang dah pecah2 dalam fridge, konon dulu nak buat kek, tapi tak jadi2, juga ambil songlap sikit stok kacang2 snacking hubby. First time buat agak kering tapi still sedap. 


Guna resepi brownies je. Kurangkan separuh atau lebih sukatan gula dari resepi, tambah 1 sudu instant coffee macam nescafe atau brand lain. Campur oats dan kacang2 atau apa2 lah. Letak ikut suka banyak mana. Kurma pun ok tapi tak letak sebab tak nak manis. 



Bakar dalam loyang muffin. Memang laju makan panas2 sebab kurang manis. 


 OKONOMIYAKI (TAKOYAKI VERSI LEMPENG)
Bonito flakes dan seaweed flakes yang beli d Jepun tahun lepas, memanggil2 dari dalam fridge lama tak guna. Senang dan sekejap masak nya okonomiyaki ni. Resepi macam lempeng tapi letak baking powder juga hirisan halus kobis atau sayur kesukaan. Semalam ada lebih taugeh maka taugeh la di dalamnya. Sos Takoyaki tak ada, gugel je lah. Bancuh sos tiram, kicap pekat, tomato sos/asam jawa, gula dan sedikit air. Sukatan agak2 je, perasakan ikut masing2. Makan dengan mayonnaise, sos Takoyaki, bonito flakes dan seaweed flakes. 


Semuanya kisah campak belakang,
Buat rujukan masa mendatang.

Dah start cuti sekolah kan. Jom bercuti.
"HAPPY SCHOOL HOLIDAY SEMUA..."

Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

0 comments