MENCARI SINARAN MENTARI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya. 
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

7.30am pagi tadi berdua dengan anak solehah, bersama2 menyusuri kesesakan jalanraya dengan mereka yang bekerja.


Lama betul tak tengok sunrise.


LONTONG KERING @ FOOD COURT PRESINT 9
Alhamdulillah sedap. Anak solehah makan maggi goreng lupa snap foto. Order Mocha panas dan share berdua.


Banyak jugak kuih muih.


CEKODOK PISANG & GORENG PISANG, ditapau. Forever sedap.


Dah target nak makan KACANG POOL, tak ada rupanya. Nak order Mee Rebus, nampak pulak LONTONG KERING. 


Antara suasananya.


Dari dulu memang beratur panjang. Next time lah try.


Dah beberapa kali baca post mengenai laluan riadah dek kayu berhampiran PUSPANITAPURI Dewan De Seri Endon telah siap. 


Lepas breakfast pagi tadi kami berdua pun ziarah. Park kereta tepi court  basketball/tennis rasanya.




8.30am mungkin masih belum terang, mungkin jerebu. Sebenarnya anak solehah dah tazkirah banyak kali sekali dengan daddy nya, bahawa kena keluar untuk dapatkan VITAMIN D. Lately tak tau kenapa suka sangat terperok dalam rumah. Tenang aman ramai sungguh duduk dalam rumah. Pernah 3 hari berturut2 tak keluar rumah langsung, atau lebih.


Alhamdulillah kenampakan langit biru. Weekdays memang tak ramai. Rasanya bertembung dalam 15 orang saja.




Cantik pulak bunga dan buah tak tau pokok apa.


 MASJID PUTRA nun di sana. Alhamdulillah dapat lah hampir 5,000 steps.

Rajin sikit update blog. Nanti ya, akan cuba bw secepatnya.

Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

0 comments