Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria, dimurahkan rezeki sentiasa dan dipermudah kan semua urusan nya.
Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
"SELAMAT HARI MERDEKA
BUAT MALAYSIA TERCINTA"
Pukul 7 pagi keluar rumah. Sejuk pagi tadi Alhamdulillah. Anak solehah ajak tengok perbarisan Merdeka. First time tengok di Kuantan. Sebelum ni 3 kali kot di Putrajaya.
RESTORAN DAVOOD
Breakfast di sini sebab on the way ke PADANG MBK selepas park kereta di hadapan KUANTAN PARADE. First time jumpa tray roti canai yang kecil, juga roti canai lembut crispy macam roti canai Melayu. Dah selalu nampak Restoran Davood ni tapi tak pernah singgah. Boleh repeat ni.Cuaca sejuk dan kelabu.
Antara mural di ART STREET KUANTAN. Berdekatan Padang MBK.
Dah jumpa dekat, snap la sekeping.
Semua sedang bersedia.
Walaupun tak sebanyak dan semeriah di Putrajaya, namun sangat seronok.
Alhamdulillah safe landing semuanya.
Rasa seronok tengok team CHEF ni. Dah masak ke dapur hotel dll tu hehe.
Abang BOMBA.....!!!!
Best di Kuantan ni sebab tempat perbarisan tak sebesar Putrajaya. Boleh tengok dengan dekat.
HORNET. Bunyi dia boleh gegar jantung. Awesome..!!
Dia ada walau tak banyak mana. Kami semua puas hati.
Baru je tengok di FB. Macamana ya bawak terjun bendera seberat 8kg tu. Yang penting Alhamdulillah smooth semuanya. Dapatlah lebih 5,000 steps dan Vitamin D pagi tadi.
Terima Kasih singgah baca dan komen diari cacamarba seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.



























0 comments