DAY 3 - JAM 3 PAGI DI BANDUNG, INDONESIA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudahkan semua urusannya.

Tour Agent (TA) tanya sebelum kami ke Bandung, nak tengok sunset tak. Bila mention pada hubby, of course lah nak sangat dia tu. TA kata naik lah kakak sebab 300 meter hiking saja. Anak soleh pun pujuk2 mummy dan adik solehah dia, hubby pun sama memujuk. Termakan pujuk lah kisahnya.

Opss, actually trip ke RUMAH MODE petang semalam nya, adalah juga sessi membeli wind breaker sebab kami tak bawa langsung warm jacket. TA kata sejuk belas2 darjah. Hubby dan anak2 beli wind breaker, mummy nya beli hoodie zip depan harga tak sampai RM30. Wind breaker diorang beli pun murah dan berjenama.


Seawal jam 3 pagi Mas Ad datang ambil kami di apartment. 1 jam setengah juga perjalanan. Tiba di parking lot jam 4am lebih, ohhh dah banyak kereta juga bas. Macam pesta. Ada masjid juga musolla. Hubby dan anak soleh solat Subuh di masjid, berdua dengan anak solehah kami solat di musolla saja. 

Selesai solat, terus ke entrance point. Naik open van 4x4 warna Oren tu, 10 orang satu van. Tak sempat nak snap foto. Rasa vertigo kepala, gedegung gedegang, naik bukit jalan kurang rata tapi smooth. Tiket dah bayar di parking lot, kos semua hubby yang in charge.


Gelap lagi, tapi seriously ramaaaiiiii sangat orang tapi tak sesak sebab semuanya sangat berhemah. Mengah macamana pun, terpaksa heret jugak kaki sebab dah agreeness nak naik kan. Alhamdulillah tak lah curam sangat. Tapi kalau dah nama bukit dan hiking, yang kebal je rasa tak penat. Tercungap2 jugak menghirup H2O. 


Anak2 soleh solehah dalam kegelapan. Subhanallah cantiknya.


SUNRISE @ SUNAN IBU, KAWAH PUTIH


KAWAH PUTIH nun di bawah.


Bila terang, dah mula nampak AWAN KARPET.


Subhanallah cantik sangat. 


Kami berada hampir di puncak SUNAN IBU. Tengok lah ke bawah, memang ramai sangat. Alhamdulillah all so behave one.


Mula menapak turun. Mas Fitri yang bawa naik pandai snap foto. Alhamdulillah yeyyyy dapat tengok sunrise dan awan karpet di SUNAN IBU. 


Bila dah terang, dan dah turun ke parking lot, woww banyak nya van, ramainya umat manusia.


Inilah trek naik ketika gelap.


Next stop.


KAWAH PUTIH


Alhamdulillah cuaca sangat terang dan cantik.



Kawah Putih ialah sebuah tasik kawah gunung berapi sulfurik yang menakjubkan di Ciwidey, kira-kira 50 km ke selatan Bandung, Indonesia. Terkenal dengan airnya yang berwarna biru kehijauan dan pantai putih, ia menawarkan pengalaman landskap ala dunia lain yang dikelilingi oleh tebing dan hutan. (Wikipedia)



Berhasil lah dari RUMAH MODE, beli wind breaker dan hoodie. Memang sejuk di atas sana. Kami dengan sports/hiking attire. Bawa baju lain untuk salin.


Breakfast di warung berdekatan parking lot. Sedap semuanya. MIE TEKTEK, SOTO AYAM & TONGSENG SAPI. 


Next, KAWAH RENGGANIS.

Kawah Rengganis (juga dikenali sebagai Kawah Cibuni) ialah sebuah destinasi pelancongan alam semula jadi gunung berapi yang terletak di wilayah Ciwidey, Bandung, Indonesia. Ia merupakan alternatif yang lebih tenang dan semula jadi berbanding jirannya yang lebih terkenal, Kawah Putih. Kawasan ini terkenal dengan kolam air panas semula jadi, pemandangan lembah hijau yang berkabut, serta jambatan gantung ikonik yang merentasi kawasan kawah. 

Tarikan Utama Rengganis

Suspension Bridge: Jambatan gantung sepanjang kira-kira 370 meter yang memegang rekod antara jambatan gantung terpanjang di Asia Tenggara. Anda boleh berjalan di ketinggian 70 meter sambil melihat pemandangan hutan dan asap kawah di bawah.

Keranjang Sultan: Wahana kerusi gantung berbentuk bakul rotan yang meluncur di atas kabel keluli, menawarkan cara mendebarkan untuk menikmati pemandangan kawah dari altitud tinggi.

Kolam Air Panas Semula Jadi: Pengunjung boleh berendam kaki, mandi air panas, atau melakukan lulur lumpur belerang semula jadi yang dipercayai baik untuk kesihatan kulit.

Kebun Teh & Hutan Tropika: Laluan masuk ke kawah ini dikelilingi oleh ladang teh yang hijau dan subur serta landskap hutan yang menyegarkan
Sumber : Mod AI


Satu untuk album.


View dari suspension bridge.


Menarik Keranjang Sultan, untuk ke kolam air panas.




Sessi merendam kaki.






Balik semula ke entrance point dengan Keranjang Sultan ini.


Luge ni pun kami naik tapi sebab disuruh cepat, memang tak sempat nak snap satu foto pun. Trek nya pendek saja tak macam di Dalat, Vietnam.


Selesai semuanya di KAWAH RENGGANIS. Dapat free flow HOT TEA di cafe berdekatan parking lot, sambil2 discuss, semua decide tak perlu lah tukar baju. Berbaju sukan/hiking lah kami sepanjang hari. 


Next, kami dibawa ke sini.

TASIK PATENGGANG ( bahasa Indonesia : Situ Patenggang ) adalah sebuah tasik yang terletak di kawasan tarikan pelancong semula jadi di selatan Kota Bandung, Jawa Barat, Indonesia, tepatnya di desa Ciwidey. Terletak pada ketinggian 1600 meter di atas permukaan laut, tasik ini mempunyai pemandangan yang sangat eksotik.

Tasik ini dipanggil Situ Patengan oleh masyarakat tempatan, kerana sebutan patengan terlalu sukar untuk disebut dalam bahasa Sunda Patenggang. Tasik dan kawasan bersebelahannya merupakan destinasi pelancongan yang popular.

Label/nama tasik dalam Peta Google ialah Situ Penganten yang bermaksud pasangan pengantin baru. (Wikipedia)


ANEKA GORENGAN
On the way ke parking lot, banyak warung yang menjual makanan, minuman, souvenir dll. Memang dah aim sangat aneka gorengan ni, dah la murah, sedap sangat. Tak kisah apa nama nya, beli semua jenis sikit2. Makan dalam kereta memang sampai kenyang. 


Antara aktiviti di SITU  PATENGGANG (TASIK PATENGGAN). 
Flying fox dan bergambar di KAPAL PINISI RESTORAN (tempat makan) 


Menaiki KERANJANG SULTAN menyeberangi tasik, juga menaiki bot keliling tasik. Memang seronok. Selesai sudah di Tasik Patenggang. Kami tak singgah di mana2 kebun teh. Takut tak cukup masa. Tunggu ke Cameron Highland lah nanti.


Singgah di kebun strawberry. 20 minit aktiviti memetik buah strawberry. Masam manis, sedap.


Waktu dah hampir 2.30pm. Memang lapar. Kami bagitau Mas Ad, stop je lah mana2 yang nampak sedap. Cantik binaan gazebo2 kayu ni, memang tempat makan duduk. Ada juga bahagian lain tempat makan berkerusi meja. Kami pilih makan di gazebo.


RUMAH MAKAN SAUNG ANDIR


Tak ingat nama menu, tapi semua sedap Alhamdulillah. Ayam Bakar, ayam goreng dengan sambalnya, semua sedap. Jus Alpukat lupa nak snap. 


Kami singgah lagi sekali sekejap. Tapi hari masih terang. Ini foto semalamnya. Anak soleh beli t-shirt berkolar sehelai, anak solehah tak jumpa yang berkenan, hubby tak beli apa2, mummy nya memang pandang je sebab tak sabar nak balik apartment. Alhamdulillah Bandung cuaca nya tak panas. Tak lah berlengas sangat badan. 

Sampai apartment terus mandi dan solat Zohor Asar. Mas Ad kami suruh balik je. Anak2 dah tak nak ke mana2 sebab penat. Mau tak nya, pukul 3 pagi dah keluar nak tengok sunrise kan. Hubby ke gym lepas Maghrib. Ada swimming pool tapi masing2 nak lepak je. Begitulah kisah hari ke 3 kami di Bandung.

Sorry ya semua, nanti slowly akan bw. Penat sikit drive sorang2 baru2 ni ulang alik Kuantan Putrajaya 

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya, serta smooth semuanya.

1 comment

  1. Wah sista naik keranjang sultan kat belah² kawah putih ye hahaha .. itu seriau gak klu saya la ..air panas bawah tu haha mcm² dlm hotak ni kak 😅😅😅

    Suka naik.luge.. kat msia x smpt² lagi nak pegi..igt nak naik yg kat puncak tp ms plak x izin... ok nmpk gaya kena repeat ni hahaha

    ReplyDelete