Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudahkan semua urusannya.
Alhamdulillah seronok dah dapat template baru dari SII NURUL. Boring dengan template yang lama.
Lama tak update, kisahnya bila anak solehah balik cuti semester, memang akan ada macam2 hal dan isu berbangkit, tertangguh dll nya hehe.
Dia request FISH n CHIPS bila ditanya, Alhamdulillah ada ikan yang baru. Hubby dah dua kali masuk laut lepas puasa.
Bahagian isi buat Fish n Chips, bahagian ekor boleh buat MIANG PLA.
Bahagian kepala, buat Kari Kepala Ikan.
BUTIR NANGKA. Favorite kami, buat juadah iftar puasa 6 minggu lepas. Dengan anak2 ni macam2 lah dia combine dua color jugak. Bab menggentel memang kena tunggu dua beradik ni. Mummy malas.
KIMCHI-JIGAE.
Terbeli soft tofu banyak. Buat kimchi-jigae ni. Senang sangat, stok kimchi memang ada. Tumis garlic, masukkan kimchi, ayam/ikan/daging, fish cake, gochujang, enoki mushroom, tofu, garam gula dan air. Masam manis masin rasa kimchi-jigae ni. Boleh makan dengan nasi atau Udon.
Sahur yang malas. Chicken Salted Egg dengan nasi.
Ada lebihan sate ayam dan kacang kuda. Wrap dipanaskan dan ditekap dengan telur.
SATE WRAP
Lupa nama lauk ni hehe. Tapi memang super sedap.
Tak ada ikan patin. Masak lauk tempoyak + daun kesing/pijat/cemomok dengan ikan yang hubby tangkap selepas Raya. Mak saudara Jerantut yang ajar, dia tak pernah guna daun kesum atau kantan. Daun kesing ni seakan rupa daun kunyit dan bau agak tak wangi. Macam bau pijat.
Favorite kami.
NASI GANJA BERDENGUNG KUANTAN
Tak ada Nasi Kandar Penang, bagi kami di sini dah cukup sedap walaupun lauk tak banyak. Ayam madu, ayam bawang memang sedap. Lunch berdua di luar dengan anak solehah.
Mak hantar link TikTok di Whatsapp group kami adik beradik, suruh buat sosej sendiri. Leceh la nak isi dalam plastik ais krim tu. Kita buat Chicken Meatloaf lagi senang. Alhamdulillah elok jadi sedap sangat dan senang juga lagi murah. Anak2 tak sabar nak makan, terus makan dengan wrap, letak apa2 yang ada. Hajat nak simpan dulu, tak kesampaian.
Cari2 resepi, jumpa di TikTok LIMAUNIPIS. Walaupun ada sedikit tak cukup bahan namun elok sedap jadinya, Alhamdulillah. Kisar semua bahan. Guna baking paper lagi elok dari cling wrap plastic, sebab permukaan chicken slice akan lebih kering.
NO BAKE CHEESECAKE
Pagi tadi kemas balang2 biskut dan jajan, jumpa digestive biscuits dan biscoff. Elok2 je 200gm biskut tu. Gugel2 jumpa resepi di bawah.
200gm biscuits (kisar halus)
70-80gm butter dicairkan (gaul sekali, tekan dalam loyang/bekas)
250gm cream cheese
60gm castor sugar
1 teaspoon vanilla
200ml cream (whipping/double tak kisah)
- Pukul semua bahan, boleh guna mixer atau senduk hingga sebati dan sekata
1 suduteh serbuk gelatin
2-3 sudubesar air menggelegak
- Kacau hingga gelatin hancur
- Campur adunan cream cheese dan gelatin
- Gaul secepatnya, tuang ke atas lapisan biskut
- Sejukkan dalam peti at least 3-4 jam. Tapi lepas sejak pun dah ok.
Actually resepi asal, tak guna gelatin pun. So, boleh je nak abaikan gelatin tu.
SUP TULANG MERAH YANG TAK MERAH
Semalam jumpa tulang dalam freezer. Defrost 3-4 jam. Ke dalam Noxxa bersama pes Sup, pes Sup Siam, sup punjut, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, sos cili, sos tomato, garam gula secukup nya. HP55 dan sambung mode Stir Fry untuk pekatkan kuah. Makan dengan roti, yummeh.
Rutin seorang Suri, maka nya memang lah berkisar banyak tentang memasak.
Nanti free kita blogwalk ya. Rutin hidup ada nak kena adjust lepas ni.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.

















Memang teruja tengok masakan Mulan ni dan nampak kemas la template blog ni. Banyak warna putih macam saya jugak.
ReplyDeleteMelihat butir nangka tu tiba-tiba teringin nak makan bubur candil. Bubur candil ni ala-ala butir nangka juga tapi versi Jawa.
ReplyDelete