Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Mood sangat sangat ke laut lately. Entah lah.
Kami breakfast di sini. Pernah datang. Banyak pilihan. Sedap Nasi Kerabu yang anak soleh makan.
Hubby makan Nasi Dagang, sedap kuah nya. Lebih berempah.
Saya makan Lempeng Kelapa + sambal sadin dan Pulut Pagi (Pulut Gula Nisan/Melaka) dengan kelapa parut. Lupa snap foto. Sedap.
TAMAN PELINDUNG BESERAH
First time ke sini. Juga dikenali sebagai Kolam Takungan Pelindung Beserah, yang terletak di Kuantan, Pahang. Kawasan ini asalnya merupakan paya yang berfungsi sebagai hulu Sungai Alor Akar sebelum dibangunkan menjadi kolam takungan dan taman rekreasi.
Cuaca memang diramal mendung sepanjang hari. Menunggu gelombang hujan yang seterusnya. Di Pantai Timur, musim monsoon ni, sudah terbiasa dengan ramalan banjir/hujan lebat berterusan dengan gelombang 1,2,3 nya. Moga tiada banjir lagi.
Kedudukannya tepi laut. Angin laut + angin sepoi2 musim monsoon ni, sejuk jugak.
Ada juga aktiviti rekreasi antaranya paddle boat. Best jalan2 keliling tasik ni. Cuma ada satu bahagian kecil yang hampir dengan kandang kambing penduduk setempat. Berbau lah sikit. Nun di hujung tasik, kecil je kandang nya. Boleh buat mini zoo kambing jadi tempat lawatan anak2 jugak nanti, kot.
Wah dah ada pintu gerbang.
Lama betul tak ke pantai. Rindu. Mood ke laut kan. Tarik balik mood tu.
8.30 pagi belum ramai pengunjung.
Ombak memang kuat. Memang tidak dibenarkan mandi.
First time anak soleh ke sini. Walhal dekat je kan.
Sepasang suami isteri yang seorang sangat pendiam dan seorang sangat opposite hehe.
Healing lah tu, best kan dengar bunyi ombak.
Tersorok di pantai sebelah lain.
Ramai betul yang memancing. Kalau jalan lagi, boleh sampai ke PANTAI TELUK CEMPEDAK (TC) nun di sana lagi.
Jom balik.
Pagi2 cuaca masih sejuk dan kurang panas. Best sangat.
Singgah Pasar Tani UTC. Beli buah sikit, udang dan kering rebus. Kelapa parut tak ada lah pulak.
Pukul 12 kami bertiga ke LETS NABE. Celebrate lah kiranya birthday hubby baru ni. Tunggu anak solehah nanti kami akan celebrate makan bersama2 lagi.
Celebrate di rumah petang NY2026.
Moga sihat ceria, murah rezeki dan dirahmati Allah sentiasa.
Thanks sebab selalu sabar dengan I yang berbagai rupa hehe.
Masak Salted Egg Chicken Macaroni.
Malas betul hari tu, tapi sebab birthday boss kan, gagah kan jua. Tumis garlic cincang + daun kari dengan butter. Letak cili api kalau nak pedas. Masukkan ayam, broccoli dan susu segar sikit. Bila ayam dah agak masak, masukkan macaroni dan salted egg powder (atau telur masin kuning rebus, dilenyek). Nak lembap atau sikit berkuah, tambah susu. Perasakan garam gula. Ikut citarasa masing2. Alhamdulillah anak soleh belanja kek birthday daddy nya. Itu je yang ada. New year yang sesak padat di bandar.
Semuanya indah, Alhamdulillah.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

































Bestnya duduk area pahang kak, mudah nak ke pantai... cantik pemandangan tepi pantai... makanan pantai timur pun semua sedap
ReplyDeleteSelamat tahun baru kak Mulan.. header pun baru... Pandai betul orang yang melukis batu tu, jadi gambar penyu
ReplyDeleteBatu bentuk giant penyu itu sangat cantik! 😍 Boleh tembus-tembus pula pantai yang berbeza, ya. View tepi kolam itu pun cantik. Bila cuaca mendung dan sejuk, rasa boleh duduk situ berjam kot, layan perasaan. Eh, hehe.. Mulan, nanti tolong email saya butiran alamat dan phone number untuk saya pos hadiah, ya.
ReplyDeletemelissaazlanhyppy@gmail.com
Ingatkan gambar nasi kerabu tu dah cukup mengancam, rupanya gambar last lagi menggoda ahak!
ReplyDeleteBest nya dapat ke pantai selalu
Tenang hati tengok alam semulajadi macam laut dan kolam takungan. Harapnya mood Mulan kembali molek nanti ye. Kalau KSarie melepak di batu bentuk penyu tuh sure sakan bergambar sana sini. Nasi kerabu itu nampak😋
ReplyDeleteTak pernah makan pulut pagi tu. Nak bergambar kat penyu tu pun belum berkesempatan.
ReplyDelete