Sunday, January 11, 2026

DIARI DAPUR


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat semua, di mana-mana, yang terkesan dengan apa jua dugaan.

Throwback, belek foto2 dalam galeri. Masak2 ni, antara terapi diri.

Berbulan nak makan sagu merah dalam susu cair dan gula melaka. Padahal senang sangat buatnya. Masak sagu merah je. Susu cair tak perlu masak. Air gula melaka sekejap je masaknya, buat sikit je. Sagu ni sempat buat semalam. Sangat menceriakan jiwa dan rasa, Alhamdulillah. 


Lama tak grill ayam. Baru ni marinate ayam bahagian chicken chop dengan spices (powder) yang beli di Uzbekistan. Guna je apa2 bahan marinate pun. Pan fry dalam periuk non stick dengan sikit je minyak. Tutup periuk supaya tak merecik. Kalau guna non stick pan, nanti senang merecik kan, unless pan ada lid/cover. Suka masak tapi malas lap2 banyak. Lap sikit tu wajib.  

Tumis bayam dengan butter & garlic then tambah shiitake mushroom, susu, lada putih, garam, susu, perasa apa2 yang suka (msg/mushroom seasoning dll), parmesan cheese kalau mau. Nak berkuah atau tak, adjust lah dengan fresh milk tu.  Lastnya, masuk cherry tomatoes.


Jumpa kepala ikan dalam freezer, pagi Khamis lepas dan keluarkan. Petang kita masak lah setelah sekian lama tak buat. Makan pagi Jumaat dengan frozen prata.


Jumpa fish fillet. Tumis garlic dengan butter. Masukkan ikan dan perah lemon bersama garam secubit/secukupnya. Masak bayam macam biasa. Tumis dengan butter dan garlic cincang. Masukkan bayam, susu, parmesan cheese dan garam secukupnya. Nak letak msg atau mushroom seasoning pun boleh. Lada putih/hitam atau herbs semua pun boleh ikut citarasa masing2. Cherry tomatoes jangan lupa. Crispy chilli garlic baru buat pun ada, tabur atas ikan, yumm. 


Bibimbap, lunch semalam. Nasi sushi ada dalam freezer. Daging cincang pun ada dalam freezer. Masak/goreng kering dengan minyak bijan dan garam tanpa air. Masak cara sama untuk timun, carrot dan shiitake mushroom. Nasi ada di bawah telur mata. Kimchi pun masih ada dalam fridge. Sup gochujang tu, tumis garlic cincang. Masukkan air, sos gochujang, kemudian tambah tahu telur, enoki mushroom, fish cake, garam gula.


Sepulang nya dari Kazakhstan, mencuba rempah yang dibeli. Daging dipotong ketul 2 inci. Nak cepat, gaul dengan rempah, rebus dalam Noxxa dengan sikit sangat air dengan HP45. Bila siap, tukar mode stir fry, masak sampai kering. Kentang dan carrot, gaul dengan olive oil dan herbs oregano atau apa2 yang ada, air fry je sampai masak. Capsicum, bawang besar dan cherry tomatoes, pelakon tambahan. Sepatutnya dicucuk digrill dengan lidi, tapi malas. Rasa agak sama so why not buat cara senang. Hehe. Makan dengan sos garlic. Mayonnaise, garlic powder, parsley flakes, garam, madu, apa2 lagi pun tak apa .......perasakan lah bagi sedap. Sour cream atau yogurt pun boleh guna.


Ikan gril dengan lemon, butter, garlic. Sayur nya pula, sawi +carrot, ditumis dengan butter dan garlic. Tambah susu, chilli flakes, parmesan cheese, garam dll bagi sedap. 


Roti hotdog dah agak lama. Nak buat sosej bertangguh2. Gril je lah roti sapu butter atas kuali. Cicah dengan creamy chicken broccoli soup/gravy. 

Tumis garlic dengan butter. Masukkan isi ayam, broccoli, susu, lada putih, mozzarella cheese dan perasakan secukupnya bagi rasa sedap. Cherry tomatoes jangan dilupakan. Tapi, ada ketika nya tomato kurang elok untuk yang ada gout sebab walaupun rendah purin, namun boleh menaikkan kadar uric acid. 

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

4 comments:

  1. Warna warni la masakan Mulan. Nak makan pun mesti excited. Cantik pula gambar makanan semua ni.

    ReplyDelete
  2. Masakan Mulan semuanya tahap pro dan nampak menyelerakan!

    ReplyDelete
  3. Cantik-cantik hasil masakannya, penuh warba-warni.
    Sungguh menggoda selera!

    ReplyDelete
  4. Terapi mata pun jadi kenyang tengok semua makanan di atas.

    ReplyDelete

Thank you for visiting my blog.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com