Thursday, November 06, 2025

KATA-KATA BOLEH JADI LAGI TAJAM DARI DURI KAKTUS



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Tajuk tu ke laut...


LAKSA PENANG. Breakfast pagi tadi.


Ikan2 besar yang di-fillet kan dulu2, disimpan tulangnya sebab ada sakit baki isi ikan yang terlekat. Sayang. Dikumpul sebekas tipuware, agak2 dah banyak, direbus tulang dengan air yang ampuh tulangnya. Disejukkan, diambil isi dari tulang, disimpan air rebusan. Masuk freezer dulu sebab belum sempat masak. 

Seawal pagi semalam, bawa keluar dari freezer. Petangnya, isi ikan dikisar dengan air rebusannya. Masak dengan bawang besar dikisar + daun kesum, ciliboh, bunga kantan, asam keping, garam gula. Kami suka kuah pekat. 


Semerbak bau. Disejukkan dulu, disimpan dalam peti sejuk. Pagi tadi rebus laksa dan potong hiris daun salad, bawang besar, timun. Telur dah direbus semalamnya.


SEBELUM.......


SELEPAS.....

Rak ini sampai malam tadi pukul 8.50pm. Alhamdulillah hubby sudi pasangkan pagi tadi sebelum pergi kerja. Maka lepas settle hal dalam rumah, pagi tadi, bekerja lah menyusun atur. Besar lah pulak, agak panjang. Tapi ok lah, ngam2. Yang mini2 atas rumput tu, tengok lah letak mana nanti. Berbunga lah hati tengok semuanya di atas rak baru.


Anak solehah suggest beli alat ni, penyukat suhun, tahap kelembapan tanah. Dia risau mummy nya dulu rajin sangat siram pokok sampai lemas akar pokok. Tanah nampak kering di atas tapi sebenarnya di dasar, ianya lembap.


Kali ke dua tukar pasu. Makin besar Alhamdulillah tapi kenapa senget.


Pun baru tukar pasu. Makin bertambah2 anak2 kaktus yang tumbuh. Ketika beli dulu, hanya satu kaktus asalnya.


Juga hanya satu kaktus je dulu tapi kini makin bertambah2.


Baru beli last week. Dah diganti pasu besar sikit.


Juga baru beli. 3 kaktus RM13.


Yang ketiga baru beli last week. Moga hidup subur semuanya.


 Yang spesis dua, peninggalan arwah tok, yang dah dicantas/potong dan ditanam dalam pasu lain. Memang banyak dialih ke pasu lain. Yang besar2 tak sempat difoto. Malas dan panas.

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang Mulan. 
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia dan senyum selalu.

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting my blog.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com