Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Mencari2 tiramisu berbulan2. Anak2 soleh solehah suggest try je lah buat.
Whipping cream dipukul (stiff peaks).
Bentuk2 peaks. Baru jumpa sebenarnya, sebelum ni tak tau pun.
Whipping cream bersama cream cheese.
Biskut Ladyfinger. Saya beli di Shopee, bulan 5 dulu nak buat untuk Open House. KONONNYA lah. Nasib tak berubah bentuk.
Dicelup air kopi dan disusun dalam loyang atau apa2 lah.
First layer cream mixture.
Diratakan.
Layer kedua biskut yang dicelup kopi.
Diratakan dan disejukkan dalam fridge (bukan freezer beku), at least 3-4 jam. Lagi lama sikit, lagi elok.
Kami buat pagi pukul 9, pukul 5 bawa keluar. Sift serbuk koko di atas nya.
Tadaaaaaa. Biarlah atas tu tak smooth pun.
Alhamdulillah elok jadinya. Tak manis sangat pun sebab hubby pun suka. Next mission, kita try leleh atau banjirkan Tiramisu macam yang viral tu. Bulan bila, atau tahun bila, tengok nanti hehe.
Anak solehah kata macam Tiramisu Family Mart. Alhamdulillah dapat resepi sedap dan senang.
Klik --> RESEPI TIRAMISU
BAHAN-BAHAN :
• 1 1/2 cawan krim putar berat (360 ml)
• 8 auns bekas keju mascarpone, suhu bilik (225 g)
(Guna Tatura Cream Cheese)
• 1/3 cawan gula pasir (67 g)
• 1 sudu teh ekstrak vanila (5 ml)
• 1 1/2 cawan espreso sejuk, disediakan (360 ml)
(Guna kopi segera biasa, Indocafe/Nescafe)
• 3 Sudu besar minuman keras berperisa kopi,
pilihan (jenama Kahlua atau DaVinci) (45 ml) JANGAN GUNA..!!
• 1 pakej Lady Fingers (order Shopee)
• Serbuk koko untuk menyapu bahagian atas
CARA-CARA NYA :
Masukkan krim putar ke dalam mangkuk adunan dan pukul pada kelajuan sederhana dengan pengadun elektrik (atau gunakan pengadun berdiri). Masukkan gula dan vanila perlahan-lahan dan teruskan pukul sehingga puncak kaku (stiff peaks). Masukkan keju mascarpone dan lipat sehingga sebati. Ketepikan.
Masukkan kopi dan minuman keras ke dalam mangkuk cetek. Celupkan jari wanita ke dalam kopi (Jangan rendam--cuma cepat celup pada kedua-dua belah bahagian supaya basah) dan letakkan dalam satu lapisan di bahagian bawah kuali bersaiz 8x8'' atau serupa.
Ratakan separuh daripada campuran mascarpone di atas. Tambah satu lagi lapisan jari wanita yang dicelup. Sapukan baki krim mascarpone di bahagian atas.
Taburkan serbuk koko dengan murah hati di bahagian atas (saya menggunakan penapis mata halus untuk melakukan ini). Sejukkan sekurang-kurangnya 3-4 jam atau sehingga semalaman sebelum dihidangkan.
Nota :
Alkohol: Tiramisu boleh dibuat dengan atau tanpa alkohol. Resipi ini memerlukan minuman keras berperisa kopi kerana saya suka ia meningkatkan rasa kopi, tetapi pilihan lain ialah wain marsala atau brendi.
Arahan Buat Ke Hadapan: Tiramisu adalah lebih baik apabila dibuat lebih awal, membolehkan rasa sebati! Ia akan disimpan di dalam peti sejuk selama 2 hingga 3 hari.
RESEPI -->> tastesbetterfromscratch.com
Notakakitangan : Resepi di atas ni, guna Google Translate. Abaikan susunan bahasanya.
FISH & CHIPS untuk dinner.
Ada stok ikan. Fillet kan bahagian tengah ikan atau mana2 bahagian. Kecik2 pun tak apa.
Alhamdulillah baru dapat adunan batter yang elok crispy. 4 sudubesar tepung gandum, 2 sudubesar tepung jagung, 2 suduteh baking powder, secubit garam dan air ais (sangat sejuk) secukupnya. Letak air sikit2, saya buat pekat. Seeloknya jugak, ikan digaul tepung gandum sikit je hanya untuk cover ikan tu dulu. Nipis je supaya batter tu lekat pada ikan. Makan dengan Tartar Sauce atau apa2 lah eg Mayonnaise dll.
Mesti sedap tiramisu akak tu, fresh dibuat puas hati boleh makan banyak mana. FIsh n chips tu pun sedapnya
ReplyDeleteSajer menguji iman pagi2 ni tgk food kak Mulan...
ReplyDeletehuntung gak la kan. bulan 5 beli dibuat bulan 8. kalau akak ni selalunya expired la jawab nya. hehhee. tp abang ifan suka buat dah sekarang. ok la kan.
ReplyDeleteBagus juga suggestion anak-anak. Dapat juga direalisasikan. Puas makan buat sendiri. Wah level Family Mart terus rasa dia, terbaiklah. Mujur dah dapat makan haritu.
ReplyDeleteTergoda tengok fish & chips tu, salah satu makanan favourite. Hidangan dah macam kat kedai dah tu.
Aduhai..mencabar betul untuk seorang SA yg tengah cut sugar masuk rumah Kak Mulan hari ni....
ReplyDeleteNak try la buat tiramisu sendiri nanti. Tu pun kalau terajin.
ReplyDeletesedapnya tiramisu kak mulan.. terliur.. ^^
ReplyDelete