Friday, August 22, 2025

SEMUA DENGAN IZIN ALLAH

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.


Perginya anakanda Ad, anak Y, kawan baik semasa kami di Kerteh dulu, setelah 3 bulan bertarung nyawa akibat accident motor. Arwah juga kawan sekelas anak solehah di sekolah rendah. Rapat hingga kini. Bila berjauhan dari keluarga, hidup pindah randah atas tuntutan kerja suami, sahabat2 terdekat automatically jadi keluarga. Tinggalkan anak sewaktu emergency, tolong hantar/ambil anak di sekolah, tumpangkan tidur/makan minum, teman drive ke hospital ketika suami outstation dll, antara nya lah. Paling tak best, kami semua tak duduk lama setempat. Ada sahabat pindah awal, ada yang kemudian. Namun, Alhamdulillah ukhuwah kami kekal hingga kini. 

Subuh tadi dapat berita. Perginya anakanda Ad yang kami cinta. 
Sedih tak terkata. Tenanglah bersama Dia Yang Mencipta. 

Moga rohnya dicucuri Rahmat dan 
ditempatkan bersama mereka yang beriman. 


Allah Maha Perancang. Kami sentiasa doa yang terbaik buat sahabat baik kami, Y dan keluarga. Allah lebih menyayangi Ad.

Hubby dah bertolak ke Terengganu jam 4.30 pagi tadi. Semalam Y dah Whatsapp dan update. Umpama menunggu masa. Dah maklum pada hubby, if anything lah, mintak izin  dulu. Hubby memang ok je dari dulu. Bila dapat berita, badan jadi lemah semangat. Actually sejak tahun lepas, tiap kali plan nak drive jauh sikit, terus rasa nervous, siap palpitation. Padahal dulu2 drive Kuantan ke Kerteh, 100km sorang diri, biasa je. Drive Kerteh ke KL, 300km sorang2 pun pernah. Faktor umur kot.

Hati memang tak confident nak drive.  Anak solehah nak jugak pergi ziarah, nak tumpang kawan dari Kerteh katanya. Tak jadi pulak kawannya nak pergi. Pukul 7.15am hati macam berat nak pergi. Dengan izin Allah, rasa lapang hati dan jiwa, rasa nak jugak ziarah. 

8.30am berdua dengan anak solehah drive ke KL. Bertembung dengan lautan rider RXZ di laluan sebelah menuju ke Terengganu. Himpunan tahunan. Jam 11am tiba di Surau. Tiada kelibat sesiapa, lengang Surau nya. 10 minit kemudian baru van jenazah tiba dengan Y serta keluarga. Pantas semua, siap mandi terus dikafankan. Dapat kami tatap wajahnya. Menunggu selesai solat Jumaat untuk sempurnakan pengkebumian. Kawan2 anak solehah hanya seorang yang tiba. Yang lain nya akan tiba lepas Solat Jumaat.

Pukul 1pm kami mohon diri untuk drive balik Kuantan. Y pun sangat memahami. Keluarga dan saudara mara nya pun Alhamdulillah ramai. Singgah PETRONAS sebelum Tol Gombak, isi minyak dan beli makanan untuk lunch. Tapau burger dan makan dalam kereta, sambil drive. Time makan, of course lah anak solehah ni tak tidur, tolong mudahkan proses makan sambil drive. Malas stop kedai untuk duduk makan. Takut sesak banyak kereta, almaklum Jumaat. Alhamdulillah smooth drive, sampai rumah 3.45pm. Solat Zohor di rumah je sebab masih sempat. 

Macam tak percaya, drive ke KL, 300km, jam 8.30am, tiba rumah 3.45pm. Alhamdulillah. Semua dengan izin Allah. Anak solehah ni, sama anak soleh, spesis masuk kereta 5 minit terus lena. Bangun nak minum dan makan je. Melalak mak nya sorang2 sambil drive. Alhamdulillah cuaca pun elok terang. Alhamdulillah atas semuanya.





Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. 
Take care ya, moga sihat tenang ceria dan senyum selalu.

No comments:

Post a Comment

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com