Wednesday, July 09, 2025

TAK TAU NAK LETAK TAJUK APA

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Minggu lepas buat KEK LEMON ni. Satu simpan untuk makan, 3 yang lain bagi mak. Mak nak bagi uncle dan seorang kawan baik nya. Tapi ni versi blend, guna minyak jagung. Pure butter habis rupanya. Anak soleh kata sedap, Alhamdulillah. Resepi di akhir post ni ya. Tapi versi minyak jagung memang pernah buat dulu. Atas tu drizzle dengan jus lemon dan gula icing.


Dapat bahulu untuk door gift wedding minggu lepas. Sedapnya cicah Kopi O.


Semalam hubby work from home. Tanya dia apa lagi menu ikan untuk lunch. Dia kata buat lah asam pedas. Awwww. Tidakkkkk, kena tumis...!!! Teringat ada sambal kosong beli 2 bulan lepas kot. Sambal DARI DAPUR PAK AMIR. Saya beli di TikTok DAPUR PAK AMIR.

Pernah koma 6 bulan dan mengalami kecederaan di otak atas sebab kemalangan, dia bangkit mengusahakan produk sambal. Saya dah repeat beli sambal tumis kosong dan sambal tumis bilis, memang sedap.


Jumpa dua potong ikan ni, kepala dan ekor, biar lah lain brand pun. Janji ikan. 


Sambal tumis kosong + tomato buah dikisar.


Masukkan dalam periuk. Agak2 lah sukatan nya. Campur sikit sambal belacan (frozen, jumpa dalam freezer), sebab kehabisan belacan. Asam Pedas sedap ada belacan kan.


Alhamdulillah elok muat duduknya dalam periuk biar pun kepala spesis lain, ekor pun spesis lain.


Jangan lupa daun kesum dan bunga kantan. Ok, VERDICT, sedap tau. Sebab sambal tu sedap. Siapa yang malas menumis sambal kosong, sila lah beli sambal tumis kosong ni. Sambil membantu. Makan dengan telur dadar, daun salad, sambal geprek penyet apa entah hubby beli. Yummehhhh Alhamdulillah. Hubby kata sedap, dia tak tau Queen dia guna sambal instant hehe.


KIMCHI-JEON @ KIMCHI PANCAKE 
Dinner semalam.


Stok kimchi yang buat 2 bulan lepas masih ada.


Makan dengan Sambal Kicap Enaq + Minyak Bijan + Pes Gochujang (kalau ada, atau apa2 cili)


MI GORENG

Breakfast pagi tadi. Habis idea nak masak untuk breakfast. Alhamdulillah bahan ada. Sebelum ni kurang suka dan kurang pandai masak mi goreng sebab mi kuning dulu2 kan pahit rasa kapur. Alhamdulillah sekarang dah banyak yang sedap, especially brand Numee Gardenia. Cuma dulu bila masak Mi Kari, terpaksa lah guna juga. Mi goreng ni versi malas, tumis garlic cincang + ciliboh + serbuk kari. Masukkan ayam dada didadu, kacau hingga ayam masak. Masukkan mi kuning, sawi, kicap lemak manis, sos tiram, sos cili. Semua sos dah berperisa, so tak perlu letak garam. Tu je lah.


Telur Mata.
Guna non stick pan yang kecil. Kena sapu dengan minyak sikit. Api jangan besar, sedang2 je. Basahkan penutup kuali sebelum tutup. Anak soleh yang ajar. 


Mi Goreng Hampir Mamak + Telur Mata + Kopi Tawau Kak Amie. 


RESEPI KEK LEMON

Resepi asal Kek Pisang Cikgu Izwahani Zainal

BAHAN A (DIKISAR)
3 biji telur
1 cawan minyak jagung/minyak masak
5 biji pisang berangan 
(ganti dengan 1 1/2 atau 2 lemon dibuang kulit)
1 cawan gula perang (saya guna 3/4 cawan gula putih)
2 sudu teh susu pekat
2 sudu teh susu tepung (saya tak guna)
1 suduteh vanila
Secubit garam (saya tak guna)

BAHAN B (DIAYAK)
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

CARA MEMBUAT
1. Satukan BAHAN A dalam bekas besar.
2. Ayak BAHAN B. Masukkan bahan ini ke dalam bekas BAHAN A tadi.
3. Gaul adunan sehingga semuanya sebati.
4. Bakar pada suhu 170 darjah selama 50 minit atau bergantung pada oven masing-masing.

Elok2 je buat kek ni minggu lepas, blogger DANA sebut pasal kek dan resepi. Cuba nanti ya Dana. Tapi kalau buat Kek Pisang memang sedap guna resepi ni. Tabur chocolate chips sebelum bakar, untuk Kek Pisang lah. Kek Lemon guna resepi ni, saya yang memandai2 tukar. Sebab pure butter habis nak buat Kek Lemon.

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care, ceria, sihat dan senyum selalu.

14 comments:

  1. Sedapnya. Macam best je sambal dari dapur Pak amir tu kat shopee ada tak. Nak cuba lah

    ReplyDelete
  2. Allahu sedapnya...bila la S nak pandai dan berani baking semula ni..sebelum ni dah ada percubaan 2-3 kali tapi tetap x menjadi...sudahnya...terkubur je la minat tu...

    ReplyDelete
  3. Sedapnya kek lemon. Terbayang-bayang kesedapan kek tu. Mudah bila guna pes sambal tumis tu. Tak perlu nak menumis bagai. Campak campak semuanya siap. Sedap pun sedap. Tengok kimchi, terliur pulak. Mujur semalam dah masak mi maggi kari campur kimchi, rasa macam kimchi-jjigae pulak. Letak pucuk alfalfa sekali. Berselera makan. hihi...Terima kasih share tips untuk masak telur begitu.

    ReplyDelete
  4. Nanti nak try goreng telur mata ikut tips anak soleh tu, cantik hasilnya 👍🏻
    Kek tu mesti sedap kan tp itulah baking is not my cup of tea :(

    ReplyDelete
  5. mee goreng hampir mamak tu yang buat sis geli hati membacanya.. ^^

    ReplyDelete
  6. Mie goreng dan diatasnya ada telur mata...wow mantap sekali Mbak, sungguh sedap.
    Btw. kalau Mbak menyebutnya "telur mata" disini namanya "telur mata sapi"...

    Salam,

    ReplyDelete
  7. Biasa dengar ramuan kek dipukul, yang ni kisar pulak. Senang kerja n jimat masa. Cantik kejadiannya!
    Comelnya telur atas mi goreng tuu

    ReplyDelete
  8. Cantiknya kejadian telur tu Mulan.....

    ReplyDelete
  9. Letak lah tajuk 'Tanpa Tajuk'

    ReplyDelete
  10. Ok.. dah ada idea nak buat apa kat pes gochujang kat rumah ni. Kak Widad beli sebab nak buat tteokbokki... lepastu dah tak tau nak buat apa.

    ReplyDelete
  11. Masuk sini mmg food la yang best...

    ReplyDelete
  12. kek lemon ni my fav! tapi reti mkn jer laa..failed bab2 baking

    ReplyDelete
  13. wahh nti nak kena try tips anak soleh buat telur mata hehe

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com