Friday, July 04, 2025

SALAM JUMAAT PENUH BERKAT

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 

Salam Jumaat Penuh Berkat.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Mood nak update blog, nak bw, ke laut lah pulak lately. Tak tau kenapa. Tak apa, slow2.

Enchiladas. 
Breakfast pagi tadi. Guna apa yang ada. Hubby nak naik bukit, biar dia breakfast di luar saja lah. Dia tak nak makan lagi.


Enchilada ialah hidangan Mexico yang terdiri daripada tortilla jagung yang digulung di sekeliling inti dan ditutup dengan sos yang enak . Enchilada boleh diisi dengan pelbagai bahan, termasuk daging, keju, kekacang, kentang, sayur-sayuran, atau gabungan. 
(Wikipedia)

Saya punya. Suka makan dengan Jalapeno (cili jeruk).


Filling ayam + carrot, tomato, capsicum, oregano ni masih ada sikit dalam freezer. Suka buat banyak, sepeket ayam kisar brand Ramly 400gm. Jangan berkuah, biar kering. Kalau nak jadikan gravy atau macam sos bolognese, boleh tambah sos tomato kemudian. Masak dan simpan dalam freezer. Lagi elok pek kan kecik2, ikut sekali makan. Later nak guna, boleh defrost, bawak keluar awal atau guna microwave.

Nak masak kosong, tumis bawang dadu dan ayam kisar saja pun boleh. Sebab proses ni ambil masa dalam 15-20 minit jugak. Kalau dah ada ayam kisar yang siap masak, boleh terus guna + rempah/sos yang diperlukan. Boleh dijadikan filling (wraps/pie/fajitas, quesadillas dll), topping (pizza), sos (Bolognese dll), Begedil, masak/goreng di dalam  mi/spaghetti/pasta dll juga.


Untuk buat Enchiladas, tumis bawang besar dadu, masukkan sos tomato, oregano, serbuk cili dan air sikit. Tutup api sebentar.


Tortilla dan filling ayam.


Gulung dan letak atas sos yang ditumis sebentar awalnya. Buka api.


Terbalikkan Enchiladas.


Letak sliced cheese atau mozzarella. Tutup periuk sebentar, supaya cheese cair sikit.

Yang dua ni anak soleh punya. Mummy punya yang atas tadi. 


Kelmarin, hubby last minute bagitau, work from home. Alhamdulillah dalam freezer ada leftover Butter Garlic Rice minggu lepas. Tumis bawang putih, masukkan udang, carrot dipotong dadu, nasi, sos tiram, lada putih. Goreng telur mata. Tertusuk pulak telur, bocor sikit hehe.


JELIRO SENGOTI, Jalan Ampang.
Singgah lunch, Jumaat lepas, setiba dari Kuantan.



Daging Harimau Menangis. Sedap. Sos pun sedap.


Perut Air Asam. Sedap.


Telur Sotong. Sedap garing. 

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care, ceria dan senyum selalu.

6 comments:

  1. Tengok gambar makanan terus rasa lapar. Terliur tengok perut air asam. Sedap ratah.

    ReplyDelete
  2. waaa cafe jeliro sengoti tu sgt menggiurkan lah menu2nya...boleh try singgah la nantiiii

    ReplyDelete
  3. Salam jumaat almubarak utk mulan :)

    ReplyDelete
  4. wow hari ni international makanannya. Tapi yang bawah tu aduhaiiiii mengoda sungguh

    ReplyDelete
  5. menu mexican tu ada extra cheese mantop....cafe jeliro sengoti tu tmpt fav cuma parking je payah...

    ReplyDelete
  6. SA tau wujudnya cafe Jeliro Sengoti tu..tapi x pernah pi...ramai cakap sedap...kena masuk wishlist gak ni

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com