Tuesday, July 08, 2025

MAKAN2. JALAN2. ZIARAH. WALIMATUL URUS.



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Throwback sebelum2 nya. Bila bermusafir, masa sangat limited nak update blog dan blogwalk. Kita himpun je lah mana2 sempat, untuk kenangan, kan.


WATAK KOPI, JALAN BESAR.
Asal Kuantan cafe ni. Yang di Jalan Besar ni, first cafe kot. Lalu banyak kali tapi tak singgah. Pernah makan di Indera Mahkota dan Timur Bay.


Order dan bayar.



Betul kata kawan, memang sedap Nasi Lemak nya. Hubby ambil Nasi Lemak Kerang.


Kopi dan Roti Bakar Butter Kaya pun sedap. 


Tembus ke belakang kedai je, brisk walk tepi SUNGAI KUANTAN.


Lama tak datang. Dah ada pokok hanyut. Cantik pulak.


Alhamdulillah cuaca terang.



TIMORRA VENUE KUANTAN 

Walimatul Urus anak kawan hubby. Dah 3 kali ke sini. Lauk macam sama tapi sedap especially ada lauk OPOR DAGING. 


Takkan lalu je, singgah kejap. Adik penyambut tetamu snap kan.


DEALOVA PLACE SUNWAY NEXIS
Walimatul Urus anak kawan di Kerteh dulu. Anak lelakinya yang kawin ni, kawan sekolah rendah anak soleh. Anak perempuan pulak, kawan sekolah rendah anak solehah tapi anak solehah tak boleh join sebab banyak assignment lagipun baru baik COVID.


Jumpa ramai kawan2 Kerteh. Sebab kami awal, snap dengan Kak S ni dulu.


TAMAN CANCERI PUTRAJAYA 
Hubby ajak brisk walk.



Belum ada bangunan Kedutaan nya.



Blogger EZNA KHALILI selalu jugak ke sini. Tapi tak pulak kami bertembung. Insyaa Allah satu hari nanti.


NASKEN COFFEE Presint 15
Buttercream & Cold Latte Salted Caramel Macchiato, sedap. Baru dibuka.


June Celebration. 
Once a year, bulan dan makan2 paling meriah untuk kami.
Anniversary, Father's Day & Queen's Birthday. 


Yummehhhh.


Alhamdulillah untuk semuanya.


DODO KOREA NU SENTRAL.

Ramainya beratur. Apa yang special ni. Kena tanya blogger SURIA AMANDA ni hehe.


HOSPITAL SELAYANG. Moga dipermudah kan semua urusan sahabat.


ALONG PATIN STATION TEMERLOH 
Patin Tempoyak, Patin Goreng dan Peria.


Anak soleh dengan kuah patin tempoyak nya. Licin.


 Kalau malas ke Gobang, kami singgah sini. Paling dekat dengan TOL TEMERLOH. 


Alhamdulillah gifts dari KAK AMIE dah sampai. Banyak nya, Alhamdulillah seronok sangat. Terima kasih Kak Amie, moga murah rezeki selamanya.

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care, ceria, sihat dan senyum selalu.

10 comments:

  1. tengok gambar-gambar rasa macam luar negara ja, walhal dalam Malaysia.
    hujung minggu penuh dengan aktiviti, semoga semuanya berjalan dgn lancar.

    ReplyDelete
  2. Bila dah sibuk begitulah. Ada masa baru kita dapat hadap blog dan blogwalking.
    Nasi lemak dan roti bakar kaya tu sedapnya. Walaupun tengok gambar, nampak kesedapannya tu.
    Teringin nak bercuti ke Kuantan lagi, nak naik menara Kuantan. Best lepak tepi sungai ni.
    Banyak dapat jemputan majlis kenduri. Dapat hadir, dapat juga jumpa kenalan lama. Rezeki juga dapat makan nasi minyak kan.
    Nasken Coffee ni pernah dengar dan popular juga. Menu dia nampak menyelerakan.
    Asal makanan korea mesti ramai orang beratur datang makan.
    Peminat ikan patin kalau dapat lauk favourite dia wajib hirup kuahnya sampai licin.
    Alhamdulillah..Tahniah. Banyak dapat gifts dari Kak Amie. Macam-macam adaaaa.

    ReplyDelete
  3. Akakkkkkk.....Dodo Korea tu of course makanan Korea la kan...tapiiiii....sampai sekarnag SA x dapat masuk...beratur je panjang hari2..pukul 11.30am keluar pun beratur panjang...dah lama dah tu sampai sekarang x lepas2 lagi SA nak masuk...so x tau la SA apa yang special bebenor menu kat situ...ntah bila tahun la SA dapat masuk agaknya..Boat Noodle atas tu pun SA baru sekali elpas masuk

    ReplyDelete
  4. gambar semua cantik la mcm biasa :) kreatif plak nama cafe tu watak kopi

    ReplyDelete
  5. semuanya kak mieja tertarik 😍😍

    ReplyDelete
  6. kali terakhir ke benteng sungai kuantan tu tahun 1999 rasanya. Hari terakhir sekolah bergelar pelajar sekolah

    ReplyDelete
  7. Banyak kenangan di benteng Kuantan tu. Awal dulu tak secantik sekarang. Rajin brisk walk ya suaminya. Terliur lihat kopi2 dan makanannya.

    ReplyDelete
  8. Ohhh kat situ juga Mulan briskwalk. Ye la kalau terjumpa tegur2 ya Mulan. Hehe. Nasken tu tak pernah pergi lagi. Nampak Patin lama pulak tak makan Patin. Selalu kalau teringin ke Johan Patin Bandar Baru Bangi ni je.

    ReplyDelete
  9. Cantik sungguh gambar pengantin lama tu...background tu buat jadi menyerlah...

    ReplyDelete
  10. Dana suka jenguk blog akak ni, yang selalu bercerita pasal tempat yang cantik, dan juga tempat makanan yang best. Terus teringin patin, lama betul tak makan patin tempoyak. Dan lama tak nampak akak kongsi buat kek, mehla kongsi menu kek yang mudah kak hehehhe dan ni teringin buat tapi malas yang cerewett heheheh.

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com