Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
AHAD 29/12. Baru ni weekend sampai new year balik Putrajaya. Hubby habiskan cuti. Lepas Subuh macam biasa hubby akan kerah keluar rumah brisk walk etc. Dan macam biasa ma'am dia mintak nak makan dulu isi tangki kan. Baca dari blog Sis FZY FUZZY yang pernah ke WARONG DATO.
Menu di belakang kaunter. Ada juga di meja kaunter.
Ruang yang luas dan selesa. Belum ramai sebab baru pukul 7am lebih.
Ramai jemaah singgah makan dan tapau.
Antara menunya, banyak pilihan.
LONTONG DARAT.
Sedap sangat. First time makan.
Sudut bergambar.
LEMPENG PISANG + SAMBAL. Pun sedap.
Boleh repeat Insyaa Allah. Nak try menu lain.
TAMAN RIMBA ALAM PRESINT 15.
First time sampai sini, padahal lalu lalang dengan kereta selalu ke kedai area P15 ni. Blogger Ezna pun dah sampai brisk walk sini.
Besar betul. TAMAN CANSERI juga dalam perkarangan yang sama.
Hubby ni kan, sunyi route ni tapi katanya takpe takpe.
Langsung sampai jalan yang berdaun kering, umpama tak di lalu orang.
Sampai sini baru lega.
Pusing2 jalan balik lalu NEXUS INTERNATIONAL SCHOOL.
Lalu juga TAMAN CANSERI.
ISNIN, 30/12. WARUNG BUNIAN, SG. MERAB.
Nasi Lemak Telur Bungkus.
Warung Bunian ni memang viral kan, aunty di Sg Merab memang selalu ke sini. Sedap tapi sambal pedas sikit. Menu di sini tak banyak. Tapi ramai datang.
Hari hujan tak dapat nak snap foto kedai. Cer gugel. Parking susah sikit sini. Tapi ada je. Kawasan agak berbukit.
SABTU 4/1. COFFEE VILLAGE.
Yang ni pun satu, lalu lalang bila ke Sg Merab tapi tak pernah singgah. Try singgah Alhamdulillah buka awal.
Oh ada tempat memancing di belakang nya.
Belum ramai, kedai ni dibuka hingga malam rasanya.
KARI KAMBING tu RM8 semangkuk, banyak jugak.
Tak habis kami kalau seorang makan. Antara menu yang dijual, belum banyak lagi makanannya.
ROTI CANAI BAWANG. Sedap, boleh repeat.
Best view ni makan pagi.
Siap isi perut, langsung mencari port brisk walk.
TANGGA PUTRAJAYA. Hubby bawak ke sini.
Jom naik tangga.
Belum pernah explore sampai sini. Selalu naik tangga terus turun.
Ini lah dia. PLAZA MERCU TANDA.
LAMAN MEGALIT
Menarik.
View dari MEGALIT.
Jalan lagi, pusing2. Dah siap maintenance MASJID PUTRA. Hubby memang parking berdekatan. Antara masjid dan tangga Putrajaya.
KEDAI MAKAN SINGGANG BUDU IKAN BEKOK, KAJANG.
Lunch di sini.
Ikan Singgang, Telur Dadar, Tempoyak, Budu, Petai, Ulam2.
Sedap Alhamdulillah ngam2 untuk berdua.
IKAN BEKOK. Menu customer lain.
PERUT BAKAR.
Juga menu customer lain. Boleh repeat Insyaa Allah nak try menu customer lain ni. Nampak sedap sangat.
banyaknya pilihan makanan .
ReplyDeleteWarung dato tu kedai family kawan sekolah saya. Haritu try sarapan roti dgn kari kambing kat situ. Sedap n portion banyak. Kami datang pukul 10 am, banyak menu dh habis. Kena datang pagi2 lah baru best sikit
ReplyDeleteCantik juga taman rimba alam tu. Nampak lawa ambil gambar kat route yg sunyi tu, boleh posing sakan sebab takde orang lalu lalang hehe
batu megalit tu dipindahkan dari tempat asal ke Putrajaya ke kak?atau tu cuma replika?saya baru tau ada di Putrajaya
ReplyDeletelontong darat tu sgtlah menyelerakan. terliurnyaaaa
ReplyDeletenampak lempeng pisang terus terasa laparrrr
ReplyDeletesedapnyaaaa singgangggg
ReplyDeleteSA rasa nak buat trip JJCM la kat Putrajaya ni Sabtu ke Ahad ke..nak bawak Pak Zain..tapi pakai baju senaman dari awal pagi la...boleh briskwalk terus dan boleh explore tangga Putrajaya tu...
ReplyDeleteBangi memang syurga makanan kan, macam-macam ada kat sana :)
ReplyDeleteTerpikat selera tengok semua makanan terutamanya lempeng pisang.
ReplyDeletePerut bakar tu saya belum pernah jumpa, apalagi merasa. Tentu sedap ni.
Wah Warung Bunian ya nama kedai? Teringat pula orang ada share, dia pergi kedai satu kedai rupanya kedai tu tak wujud... hahaha seram en
ReplyDeleteMakan, jalan... makan, jalan.... fuh!
ReplyDeleteBelum sampai lagi Tangga Putrajaya tu, nampak menarik Kak...
ReplyDeleteLontong Darat tu lama dah sy teringin tapi tak jumpa lagi kat area rumah ni aduh...
Ramainya menu
ReplyDeleteSelamat menjamu selera
tk pernh mkn lontong darat...nasi lemak telur bungkus tu mmg femes tp tk pernh merasa
ReplyDeleteblm pnh mkn lontong darat.. wow megalit tu menarik! ada terbaca mcm ada juga di kwsn Kampar Perak..
ReplyDelete