SABTU. 16/11. BUKIT TUGU. Sesudah Subuh.
Jumaat petang dalam perjalanan ke Putrajaya, gatal ajak hubby try naik BUKIT TUGU. Dia apa lagi, memang lompat bintang. Dah gugel tengok route, ada banyak. Plan nak try yang paling dekat.
Alih2 sampai sana, hubby ajak try yang 5km. Paling jauh kot, maybe. Line hijau dan kuning. Staff tu kata 1 1/2 jam saja. Uihh. Tak boleh jadi.
Company trip pun ada kot, meriah tengok nya. Kami sampai parking lot 7.15am. Buka 7am.
Entrance nya, mula tu macam nak gaduh pun ada. Sebab tak nak route jauh. Hubby kata ini bukan bukit. Banyak nya landai. Santai2 je lah katanya. Family friendly katanya, entah ya ke tak. Dah alas perut beli bun dan air di STESEN PETRONAS. Makan sikit dalam kereta.
Mula nya di sini.........
CP 01. Check point no. 1.
Dari kejauhan. Nak tengok sunrise, kena tunggu fajar yang paling lambat. Sebab buka pukul 7am.
Ada juga jeram kecil. Alhamdulillah pakai waterproof hiking boot.
Ada jugak buaian dalam hutan ni ya.
Dalam pada mulut membebel kena ikut route 5km, Alhamdulillah sampai dah CP 25.
Alhamdulillah. Keluar..!!
I did it. Biar pun bukan Gunung Kinabalu hehe.
Tak tau pun ada stall jual air, kuih, roti, nasi lemak. Baru nak gugel nak breakfast di area berdekatan. Dahaga dan lapar, ada meja kosong so kami join the crowd lah.
Ada area untuk private event. Dapat sandwich free, sebab ada lebih kata adik tu. Alhamdulillah.
Nasi Lemak RM3. Sedap, sambal pun sedap. Portion cukup untuk saya. Hubby pun kata cukup lah.
Ada coffee corner.
Àda juga performance.
Souvenir corner.
Seronok cuma bila group besar macam company activity tu, bising lain macam.
Alhamdulillah, boleh datang lagi bawa anak2 soleh solehah. Lepas tu jalan2 ke TUGU KEBANGSAAN. Rasanya diorang belum sampai.
Dari Bukit Tugu terus ke IKEA. Nak beli side/coffee table favorite ni. Practical.
RESTORAN NASI BERIANI BULUH
Dari Ikea je MYDIN PRESINT 15. Beli buah and stuffs. Pukul 12 lebih sikit, perut dah macam lapar. Dah lalu depan restoran ni banyak kali, so nak try lah. Kosong lagi, tiada pelanggan, awal lagi kot. Kedai ni baru buka. Asalnya Restoran NASI LAN KEDAH rasanya.
SOUR LEMON. Memang lah masam, tapi sedap.
NASI BULUH KAMBING BAKAR.
Sedap. Kambing bakar dengan kicap sambal, sup dan sambal belacan.
ROTI ARAB KARI KAMBING.
Nak order nasi macam banyak sangat so order yang ni. Sedap. Roti gebu lembut. Kari Kambing kuah nya pekat, secukup rasa. Daging lembut lerai2.
Boleh repeat Insyaa Allah.
Petang ke IOI CITY MALL. Hubby nak survey barang. Aduiii lenguh kaki. Total steps untuk Sabtu.
Ahad (semalam) pagi cuci kain di Laundrymall. Breakfast roti bakar di Restoran Tapah. Kemas rumah, pack barang, lepas Zohor jumpa anak solehah dan lunch sama2. Drive balik Kuantan, hujan lebat, renyai juga sepanjang jalan.
ISNIN. Hujan sepanjang hari. Pagi tadi ke kedai dobi, keringkan baju. Ramalan cuaca, hujan berterusan few days. Moga semua dilindungi Allah.
4pm. Gelap cuaca hari ni. Mak di Taman Guru, akan bagi report, air dalam longkang tinggi mana. 2 kali banjir di Taman Guru. 2013 & 2021.
Till later dari dairi seorang Mulan. Thanks singgah, baca/komen. Take care semua.
Bestnya dapat keluarkan peluh di Bukit Tugu.
ReplyDeletePemandangan pun cantik. Alhamdulillah dapat hirup udara segar di pagi hari.
Tambah seronok dapat pula makan-makan di situ.
Sour lemon tu, rasa hendak sedut juga hihihiii...sedap1