Monday, October 28, 2024

GEMURUH JIWA, SEMANGAT MEMBARA. KUANTAN-PUTRAJAYA-IPOH-KUANTAN.


Rajin pulak nak update terus post kali ni. GEMURUH JIWA, SEMANGAT MEMBARA gitu hehe.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat Palestine, Lebanon dan negara2 Islam yang lain.


JUMAAT PETANG.
Hello LPT. Kita jumpa lagi. Balik Putrajaya 1 malam.


Dinner. CHINA MUSLIM FOOD CITY @ Presint 15

Agak2 namanya, lupa snap signboard. Di Putrajaya, dekat SALAM NOODLES je. Saja try kedai baru. Ok jugak. Tapi rasanya prefer SALAM NOODLES lagi


LADU (DUMPLINGS) AYAM SUP MASAM & LADU AYAM KERING


SABTU PAGI @ RESTORAN KAK LA NASI ULAM, PRESINT 15


Lama tak ke sini. Order ROTI CANAI BANJIR.


Hello IPOH. Lama tak lalu PLUS ni.
Nak attend majlis perkahwinan sepupu hubby. Halfway tukar driver, hubby dah mengantuk. 


ARKADIA EVENT PLACE, MERU.
Moga mempelai bahagia selamanya.


Seronok balik jumpa saudara mara belah hubby. Ada yang turun dari SUNGAI BAYOR, TAIPING, MANJUNG. Juga dari KUALA LUMPUR. Kami paling jauh kot, dari KUANTAN.


Sedang majlis berlangsung, hujan lebat, angin ribut kuat melanda. Sampai terbang canopy di luar yang menyajikan dessert dan anika juadah lain. Alhamdulillah main dish semua di dalam. MC terpaksa hentikan acara sebentar untuk melaungkan Azan. Alhamdulillah seketikanya, hujan dan ribut berhenti.


AMANY HOMESTAY MERU
Siap di majlis, kami 3 family (4 beradik hubby) check in di sini. 2km dari dewan ARKADIA.  4 bilik ber-aircond, 3 bilik air. Boleh memuatkan 15 orang. Ruang tamu atas ada extra Queen Bed & extra tilam bantal. Parking 4 kereta. Memang selesa. RM350 untuk 1 malam.


TEPI SUNGAI CAFE, MERU.
Sebelum pergi wedding saja2 hubby ronda2 area berdekatan. Jumpa jeram dan tempat makan. Maka petang tu kami dinner awal, ajak anak2 saudara main air di jeram. Seronok sangat.



Di seberang sana, ada pondok untuk disewa. 




Fayyad main air. Balik rumah ada pacat di pinggang. Eyyy gelinya.


3 pinggan kerang rebus. 3 pinggan Char Kuetiaw. 1 Laksa. 1 Sotong Celup Tepung. 1 pinggan Cucur Udang. 10 satay ayam. 10 gelas air berbagai rasa. Semua total rasanya dalam RM110. Servis pun cepat.



Waktu operasi 4 - 10pm rasanya.


AHAD PAGI. Hubby ajak brisk walk. Subhanallah cantiknya langit.


TAMAN REKREASI SULTAN ABDUL AZIZ, IPOH.


Dapatlah 5,000 steps cukup lah.


Singgah breakfast, lupa nama kedai. ROTI GOYANG. Lama tak makan. Makan sikit je. Sambung makan di homestay. 


Adik2 ipar beli lain dan tapau sebab selera anak2 saudara kami tak tau. Diorang pun tak bagi beli. Pak & Mak Sedara yang kawinkan anak pun datang join breakfast di homestay. Seronok sangat. Pukul 11.30 kami semua check. Kakak & adik2 ipar ke Taiping & Manjung. Kami ke Kuantan.


NASI BAMBOO SUNGAI KLAH.
Lama tak ke sini. Pukul 1pm memang ramai tapi ada je meja kosong. Mostly makan dan terus balik.


Antara lauk, serius lah memang banyak.


NASI BAMBOO.


Nasi, Ayam Percik, Siput Sedut, Ayam Bakar, Daging Bakar, Ikan Pekasam, Sambal Tempoyak, Ulam Peria, Pucuk Ubi, Terung Pipit. Alhamdulillah semua sedap. Kami ambil 1 je Nasi Bamboo sebab nak ratah lauk.




Yeyyyy PUTU PERAK. 


Macam2 ada.



Parking kereta, luar dan dalam, tepi jalan, semua penuh.


Hello & bye bye TWIN TOWER. Dari kejauhan.


Alhamdulillah terang cuacanya.


STESEN PETRONAS PAYA SERAI, BENTONG. Selalu stop sini, isi minyak dan solat. Hubby nak tidur, kita sambung drive. Memang suka guna neck pillow masa drive. 


LPT & EXIT KUANTAN.


Nampak car autowash center tepi jalan tu tak banyak kereta. Masuk sekejap lah. Comot dah rimau kami ni. Ke sana sini tak sempat mandi.


Sampai rumah terus makan PUTU PERAK. Luarnya macam PUTU PIRING atau PUTU BAMBU, tapi dalamnya ada kelapa putih. Menyesal pulak beli 1 pack saja.


Mata dah hampir lena sebab penat travel. Sekali bunyi dentuman kuat banyak kali. Terkejut lah kami. Macam bunyi meriam pun ya. Rupanya dentuman mercun. Intai dari bilik anak solehah. Teringat malam tadi MALAM AKHIR PERKAHWINAN Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah dengan Tengku Natasya di ISTANA ABDULAZIZ. Moga bahagia selamanya. Kedudukan Istana di atas bukit, memang boleh nampak dari area berdekatan. Dari jalanraya pun boleh nampak.

Alhamdulillah atas segala nikmat ALLAH.
Take care semua. Stay strong+safe+sweet.

3 comments:

  1. Meriah betul aktivitinya, saya pernah sampai Nasi Bamboo Sungai Klah tu beberapa tahun dulu. Masa tu suasana tak macam yang dalam gambar ini. Semua dan ready tinggal nak ambil sahaja. Menu pun dah macam-macam dan tempat pun dah makin cantik.

    ReplyDelete
  2. byk destinasi tu....meriah menu2 kt nasi bamboo tu...pernah smp juga time pi ipoh dlu..sronok mkn cafe tepi sungai tu...lama tk mandi sungai

    ReplyDelete
  3. homestay tu nmpk sgt selesa dan rate yg sgt ok! air sungai kat jeram tu jernih betul..terasa dinginnya wpun hanya dlm gambar

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com