Saturday, September 14, 2024

MASAK MAKAN. MASAK MAKAN. CUTI SEKOLAH YEYY.


SELAMAT BERCUTI SEMUA.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

FROM THE RIVER TO THE SEA, 
PALESTINE WILL BE FREE. 


CHICKEN ENCHILADAS 

Enchilada ( / ˌ ɛ n tʃ ɪ ˈ l ɑː d ə / , Sepanyol: [entʃiˈlaða] ) ialah hidangan Mexico yang terdiri daripada tortilla jagung yang digulung di sekeliling inti dan ditutup dengan sos yang enak . Enchilada boleh diisi dengan pelbagai bahan, termasuk daging, keju, kekacang, kentang, sayur-sayuran, atau gabungan. Sos Enchilada termasuk sos berasaskan cili , seperti salsa roja , pelbagai tahi lalat , sos berasaskan tomatillo , seperti salsa verde atau sos berasaskan keju, seperti chile con queso. (Wikipedia)

*************

THROWBACK

Bila anak2 balik bercuti, biasanya mukut mak2 seakan beratib, nak makan apa, nak makan apa. Betul tak? 

Chicken filling - Dah ada yang frozen. Saja2 masak sebelum ni, untuk guna bila perlu. Selalunya tumis bawang besar/putih. Masukkan minced chicken, rempah2 pilihan contoh oregano, serbuk jintan, lada hitam, onion/garlic powder, paprika dan apa2 lah. Bila dah sejuk, simpan dalam freezer, bekukan.

Rolls - Letak chicken filling di atas wrap/tortilla dan gulung seperti popia. Style saya.

Sos Enchiladas - Tumis onion, masukkan tomato buah dan capsicum. Masukkan sos tomato, garam gula, oregano, lada hitam dll yang disukai.


Bila sos masak, susun rolls di atas sos, di dalam periuk. Patutnya susun dalam dish, bakar dalam oven tapi saya rajin sangat ni hehe. One pot terus. 


Tabur mozzarella cheese. Buka api dan tutup periuk.


Bila cheese sudah agak cair/lembut, boleh lah diangkat dan makan bersama hot sauce atau apa2 lah. Yang di atas ni, cheese belum cair sepenuhnya. Malas nak tunggu. Favorite anak2. 


Suatu hari, puas pikir menu breakfast untuk esoknya. Jumpa frozen kuah kacang dan sambal nasi lemak, dan beberapa lainnya di dapur, Ada mini ketupat, rebus dalam Noxxa malam sebelum tidur. Angkat dan tos. Esok paginya, rebus telur, lebur (masak) carrot, tahu, fucuk, serai, bawang besar kisar, santan, serbuk kunyit, udang. 


LONTONG SIMPLE.


Suatu ketika, kami order makanan dari MOHD CHAN. Anak solehah order STEAMED TOFU. Bila gugel resepi, macam senang, so kita buat di rumah. 

Kukus tahu yang dipotong. Tumis bawang putih ketuk cincang, halia hiris & udang kering cincang. Masukkan isi ayam dicincang, kicap cair & pekat, sos tiram, minyak bijan, lada putih, air sedikit, garam gula secukup rasa. Bila hampir masak, masukkan bancuhan tepung jagung dan air untuk pekatkan kuah.  


Tuang ke atas tahu/tofu yang dikukus. Tabur daun bawang dan bawang goreng. Alahai tenggelam tahu haha.


STEAMED TOFU + CHICKEN 
Tahu yang diselamatkan setelah lemas di dalam gravy tu.


Lebih kurang lah rupanya sebegini. Sihat lah sikit menu nya, except sos dan kicap2 tu hehe. Habis tu nak guna apa pulak, kan. Sedap, suka menu ni. Kami buat untuk dinner, yang selalunya sebelum pukul 7pm. 


INSTANT PIZZA

Dengan anak2, kalau nak makan tapi malas. 

Masak isi ayam yang di-dadu. Tak kisah lah masak dengan rempah atau apa2 pun. Goreng/tumis/pan fry kosong pun ok. Potong dadu bawang besar capsicum dan tomato buah. Spread kan sos tomato ke atas wraps/tortillas. Tabur oregano atau apa2 herbs. Tabur bawang, tomato dan capsicum.


Tabur mozzarella cheese. 


Bakar sebentar dalam air fryer. 

Merasmikan air fryer baru. Beli di SEN Q @ SEN HENG. Harga RM420 rasanya. Potong2 points credit card dll, bayar RM14 je hubby kata. Memang suka barang letrik brand PHILIPS dari dulu. 


Pizza yang kedua ada pitted olives.


PIZZA INSTANT. Taraaaa. Kejap je masak. 


Sedih. Tapi kena akur dengan hakikat. Thanks for being with us selama 11 tahun. Beli pada tahun 2013. Dah macam2 bunyi keluarnya. Takut jugak. Hubby kata dah sampai masa. Memang banyak sangat jasanya. Memang pulun pakai especially masa anak2 di sekolah dulu. Sampai akhirnya. Memang bukan gajah putih. 

10 comments:

  1. Memang begitulah mak-mak. Anak-anak balik mesti tanya nak makan apa. Kadang tak sempat perut nak rehat. hihi... Sedap-sedap menunya, buat kita lapar baca ni malam-malam. Lagi-lagi tengok menu yang ber cheese tu haa..tempting!

    ReplyDelete
  2. Ibu yang rajin. Paling saya teruja tengok pizza tu Mulan. Cantik kejadiannya ya....

    ReplyDelete
  3. Airfryer baharu lagi canggih! Siap ada window lagi tu!

    ReplyDelete
  4. fuhhh semuanyaaa sedap sedappp belakaaaa abis laa anak2 balik rumah setam nak tgk penimbang😁sbb dpt mkn sedap2 😁

    ReplyDelete
  5. sempat lagi ya melontong 😀👍👍👍

    ReplyDelete
  6. Baca ini saya teringat mama dulu juga suka memasak Macam2 saat kami pulang kerumah. Bahkan sampah saat ini pun. Itulah kenapa kan masakan mama selalu JD yg paling diingat dengan anak2 nya.

    Sedap2 semuanya kak. Resep Mun tahu itu pun saya suka bikin. Mudah dan sedap.

    Phillips pun brand yg saya favoritkan. Beberapa peralatan masak saya juga pakai Phillips, dan masih awet hingga sekarang. Itu plus poinnya kan. Tahan lama, tak payah ganti terlalu cepat.

    ReplyDelete
  7. Singgah di sini melihat masakan yang sedap sedapp jadi ingin makan... :D

    ReplyDelete
  8. Sy bab masak² gini tak reti, lebih kpd masak lauk² la bagi special sikit time anak² cuti sekolah ni...
    Cantiknya AF baru Akk ni, ada cermin ala² oven/microwave dah hah...

    ReplyDelete
  9. sedap tgk menu CHICKEN ENCHILADAS ..,ltk extra cheese mozarella..yummyyy...pizza buat sendiri topping bole tlk mcm2 kan...sedap2 belaka tu

    ReplyDelete
  10. Kalau singgah ke blog akak ni puas tengok segala jenis makanan, tengok pulak masa perut tengah lapar terus berbunyi-bunyi cacing dalam perut ni. Memang betul berjasa af ni kan kak, 11 tahun tu tak sesia membeli walau mahal sikit kan.

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
Please email me for any inquiries.
>> o-mulan@hotmail.com <<