SATU PETANG DI BANDAR KUANTAN


Dinner awal 6pm, celebrate belated birthday anak solehah di MS ELLIOT, KUANTAN. Sedap GRILLED TERIYAKI CHICKEN CHOP ni. Mummy punya. Kami dah book awal2 semua menu, nak makan pukul 6pm.

Rajin pulak update blog sekarang ni hehe.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudahkan semua urusannya.


LAMB SHANK KUZI hubby dan anak solehah punya. Antara signature dish di sini.


LAZY BONE BEEF SHORT RIBS anak soleh punya. 

Alhamdulillah semua sedap. Tanya anak solehah nak ke ME'NATE atau MS ELLIOT. Dua ni je yang macam sedap special menu nya di Kuantan ni. Anak solehah pilih Ms Elliot tapi memang kami prefer Ms Elliot lagi sebab sedap menu daging nya. Dessert pun lagi banyak. Biarpun interior dan deco sangat simple dan minimal.


SUNGAI PANDAN WATERFALL (strawberry mango lemonade + vanilla foam) dan SUNGAI LEMBING SUNRISE (pandan coconut coffee). Both pun sedap. 


Menu minuman di Ms Elliot.


Kami berempat. Kesian anak soleh lambat sampai sebab petang tadi terpaksa masuk site. Alhamdulillah sampai kedai sebelum 7pm. 


Cashier dan dessert area. Tapau dua slice dessert sebab dah kenyang. Order juga sweet potato fries, lupa snap foto. 


Ruang lobby. Kedai ni dulunya kedai hardware HOCK BEE BROS SDN BHD.


Ruang makan di dalam. Simple je.


Sila nikmati dengan mata semua.


Anak2 tapau HOJICHA STRAWBERRY 




Juga tapau PASSION FRUIT CHOCOLATE. Both pun sedap.

Citarasa kita semua lain2 kan. Bagi kami asalkan sedap cukup bahan, daging nya lembut, servis + ambience bagus, tempat selesa, seronok makan2 dengan family sekali sekala, kan.


Siap pilih dessert dan bayar, kami naik lif ke atas di bangunan yang sama. Sebenarnya dah viral beberapa bulan, ada kedai makanan KOREA di rooftop. Wah nampak kubah MASJID NEGERI.


Boleh bergambar di sini.


Nampak juga MENARA KUANTAN 188


Suka susunatur kerusi meja di sini.


HOTEL MEGAVIEW, di tepi SUNGAI KUANTAN. Berdekatan KUANTAN PICKERS, kedai makan pagi favorite kami.


Nun di sana JAMBATAN TANJUNG LUMPUR, juga bangunan SWISS-BELHOTEL di TANJUNG LUMPUR.


Jibungae KBBQ at Hock Bee, namanya.

Makanan di sini lebih kepada BBQ dan buffet hotpot dll. 


Kami recce je dulu sebab dah kenyang kan. Insyaa Allah boleh try nanti.


Waktu operasi 4.30-11.00 pm.


Snap lah satu.


Ada ruang di dalam juga.


Ruang tambahan privasi di level 2 untuk MS. ELLIOT.


Bilik ini juga. Bangunan ni memang bangunan kedai hardware lama. Bagus juga dikekalkan barangan, kemasan bangunan dll nya selagi boleh. 


Cafe 4447 bersebelah Ms Elliot.


MUKA ATELIER milik seorang Arkitek, berhadapan Ms Elliot.


Sebaris Ms Elliot.



Antara kedai2 baru berhadapan Ms Elliot namun tak pasti kehalalannya. Kesemuanya di tepi Sungai Kuantan dan berdekatan Menara Kuantan 188, memang menjadi tumpuan ramai. Malam2 lagi meriah warna warni.





Kalau halal, best ni boleh buat trip tiap minggu try kedai2 di Kuantan ni. 

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya. Moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

Comments

  1. Kemain nama air dia kreatif. Pelbagai jenis dessert ada tu. Macam2 bentuk. Rambang mata la dibuatnya ni.

    ReplyDelete
  2. selamat hari lahir anakanda solehah..moga yg baik2 semuanya untuk anakanda
    rs macam dah lama plk tak pusing2 kuantan hehe

    ReplyDelete
  3. perhhhh tengok daging sedebuk gitu.... terliur kita

    ReplyDelete
  4. Vibe overseas la deretan kedai² dekat sini... Nama air tu uniknya, ambil nama sungai² di Pahang 👍🏻

    ReplyDelete
  5. Lama nya x g Kuantan... kena repeat lagi ni. Last time pegi musim hujan hahaha klu ada rezeki bole cuba tmpt makan tu nnt

    ReplyDelete
  6. nice n cozy tempatnya! dessert2 tu semua menarik sungguh! lamb kuzi tu wowww terliur i tgk hahaah nasib baik semlm i dh mkn nasi arab lauk kambing (my colleague buat jamuan sbb anak dia dpt 9A spm)

    ReplyDelete

Post a Comment