SAJA CARI PASAL & HIKMAH DI SEBALIK MUSIBAH
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudah kan semua urusan nya.
Selamat Berpuasa. Moga ibadah kita diterima Allah.
Diari Dapur Seorang Mulan Yang Tak Keruan.
Lama tak makan JJAJAMYEONG. Masak untuk iftar beberapa hari lepas.
KOREAN SPICY FRIED CHICKEN
Drummets Ramly ada dalam freezer + SOS GOCHUJANG, jadilah KSFC ni. Jjajangmyeong ni macam Mee Hailam cuma ada tambahan soybean paste Korea. Tapi waswas dengan halalnya, saya ganti dengan TAUCU. Hubby dan anak2 soleh solehah approved. Abaikan periuk yang comot sebab atas dapur.
ROTI JALA dari moreh. Selalunya jamah sikit dan simpan untuk iftar esoknya.
LOPES SUDU, leftover yang final dah tu. Alhamdulillah masih elok sebab masak pulut tak letak santan. Seminggu lebih juga di dalam fridge.
OPOR PAHANG.
Sahur yang lepas2. Ada daging dalam freezer. Ada pes OPOR. Masak daging dan pes dalam Noxxa HP50, air sikit je. Lepas siap HP50 tu, guna mode Stir fry, letak santan dan kerisik. Masak hingga pekat likat. Makan dengan acar malas. Carrot, timun, bawang besar + cuka + gula.
Seakan Daging Masak Hitam tapi opor ni resepinya berempah, bukan saja warnanya hitam.
Foto : Shopee Puteri Ayu Official Store
PRATABAK (Prata + Murtabak)
Sebelum ni buat shape bulan, dilipat dua. Lagi senang kapit 2 prata bulat saja dengan filling ayam + telur di tengahnya. Makan dengan bawang besar + cuka + gula.
NASI LEMAK SAMBAL PAKET untuk sahur.
Kalau sambal kurang umphhh, tambah je apa yang patut.
CHA KUETIAW UDANG HILANG TENGGELAM
Lama betul tak masak. Alhamdulillah yummeh makan dengan cili api + cuka + kicap sebab tiada cili jeruk. Rupanya CKT ni macam goreng biasa cuma berkuah tambah telur pecah, kan.
AYAM KALASAN MALAS
Sahur, Alhamdulillah diberi ilham, bila tak ada idea. Marinate ayam dada dipotong2 dengan rempah ayam Kalasan dibeli di Indonesia suatu hari dulu. Pan fry saja tak perlu/malas goreng/grill. Makan dengan SAYUR SAWI CARROT. Juga ABON IKAN dari LABUAN BAJO hubby belikan dulu.
VIETNAM SPRING ROLL
Memang SAJA CARI PASAL . Dah tau dari dulu agak renyah. Challenge diri buat Isnin baru ni. Memang makan diri. Asalnya menu sampingan. Last2 jadi main dish. Mau tak nya berdiri lama menggulung rice paper yang sangat tak friendly, yang slimy tu. Silap, patut nya beli rice paper yang besar. Mohon jangan pandang lama, sekilas cukup. Yang terburai dianak tirikan, dalam pinggan lain. Alhamdulillah PAU KACANG HITAM dan JUS PISANG SUSU KURMA CHOCOLATE sampingan cukup mengenyangkan, sebab tiada main dish. Tapi oat dan roti sentiasa ada untuk backup. Memang kenyang juga sebab ada suhun juga di dalam spring roll nya.
PAU HABIBI ni memang asal Kuantan. Lama betul mula diusahakan, Alhamdulillah sebab kami sempat borong beku bawa ke Vietnam dulu2. Jus pisang susu kurma chocolate tu sedap sangat macam BOOST punya. Try la buat. Kalau buat untuk sahur memang kenyang.
Sahur pagi semalam, OPOR DAGING leftovers. Teringat arwah tok, bila makan opor. Rempah opor buat sendiri. Tok masak lagi sedap. Yang ni pes dah siap tumis, Alhamdulillah tak lah renyah nak buat.
BUBUR LAMBUK
Alhamdulillah dapat makan akhirnya dan sedap. Hubby beli semalam. Anak soleh berbuka di luar, event company. Cakap hubby belilah sikit2 untuk berdua.
TAHU SUMBAT
Lama jugak tak makan. Sedap cuma sos nya sos cili, kami selalu makan sos kacang.
AYAM PANGGANG
Hubby beli di depan masjid yang dia pernah beli minggu lepas. Sedap yang haritu, cuma semalam ayamnya tak masak sepenuhnya dan marinate nya kurang. Terasa dan masih terbau sedikit ayam nya. Tapi ayam masih elok. Maka, kita improvise lah ayam ni untuk sahur. Sebelum tidur, marinate dengan garlic cincang, kicap, sos tiram, minyak bijan dan madu. Microwave dalam 5 minit supaya ayam agak masak sepenuhnya, sejukkan sebentar dan simpan dalam fridge saja sebab nak makan untuk sahur.
NASI AYAM TIADA SUP
Sahur pagi tadi. Ayam marinate malam semalam dipanaskan dalam air fryer. Nasi putih frozen dimasak dengan butter dan garlic cincang. Cherry tomato, timun, sos cili dan kicap lebihan marinate memeriahkan pinggan.
Sebenarnya lately ada rasa nak masak Nasi Ayam tapi tak terbuat2. Alhamdulillah terjadi jugak walaupun dalam proses yang bukan sepatutnya. Licin ayam panggang sahur tadi.
HIKMAH DI SEBALIK MUSIBAH
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.
Alhamdulillah atas nikmatNya.















buat vitnamese roll ni, selalu gaduh dgn rice paper tu je. tpi saya suka buat sebab senang. rebus dan celur je hehe.
ReplyDeleterasa macam nak buat weekend ni lah!
Saya tak pernah makan opor ayam. Musykil rasa camana. Popia vietnam saya pernah cuba yang gemuk banyak inti, memang kenyang walau makan sebiji. Rajin betul Mulan ni, tau. 👍😋
ReplyDeletekt umah kita dh masak menu nasi ayam...antara menu wajib masak juga bila bln ramadhan....Korean spicy fried chicken fav ank tp lama ayahnya tk buat
ReplyDeletebyk betul menu menarik! paling terliur CKT udang & opor daging tu...
ReplyDeletemacam2 menu menarik utk iftar & sahur...
ReplyDeleteWaaah, ada jajangmyeon! Dah lama betul rasanya saya tak makan menu itu. Salah satu menu yang saya kenal daripada filem Hello Strangers. Dan sekali-sekalanya saya cuba di sebuah restoran. Sayang, sekarang menu itu sudah tiada. hiks
ReplyDeletealhamdulillah.mknn kat blog mulan ni tak pernah tak sedap laa! salam 21 ramadan utk mulan sefamili!
ReplyDelete