BILA RESAH, INGAT SAAT INDAH


Teka tajuk lagu siapa, JANGAN GUGEL TAU..!! Hehe.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan, moga tabah dan dipermudah kan semua urusan nya.

Selamat Berpuasa. Moga ibadah kita diterima Allah. 

LAKSA SARAWAK

Kisah beberapa hari yang lepas.
Selongkar cabinet dapur, jumpa pes Laksa Sarawak. Alhamdulillah belum expired. Bahan utama mostly ada maka kita masak lah. Ada ayam, udang, santan, daun salad dan telur rebus. Cukup dah tu. Walaupun tak perfect dan complete seperti LAKSA SARAWAK yang asal.


Sedap sangat sebab pes ni memang sedap. Alhamdulillah. Isteri kawan hubby bagi ketika kami ke Kuching tahun lepas.


MASAKI
Hadiah Raya. Self reward. Yang putih sudah ada, yang hitam menyusul tiba. RM91 harganya. Suka sangat2 apalagi warna favorite sepanjang zaman.


LONDON ALMOND 
Order online. Sampai kelmarin, lepas seminggu order nya. Berani order London Almond ni sebab tahun lepas order online juga tapi dari seller lain, elok molek perfect sampai biskut nya. Mesej seller, diberi pilihan refund atau pos yang lain. Nak makan masa Raya, takut lambat sampai maka kita request refund lah. Sedap actually. Jenama dirahsiakan. 


Mak bagi nenas minggu lepas. Crown tu macam biasa akan bagi mak cucuk dalam tanah semula. Cabut2 daun bahagian bawah, rendam dalam air sementara nak hantar pada mak. Few days je keluar akar, seronok pulak tengok. Dah bagi mak semalam, balik berbuka rumah mak. 


Petang Sabtu, our only adik lelaki sekeluarga minus one, balik rumah mak. Dapatlah berbuka sama2 ramai2. Alhamdulillah smooth drive dari Ulu Klang. Suruh dia ke Bazar Ramadan bawa anak2 beli makanan. Alhamdulillah semua sedap. 


GULAI ASAM RONG

Kawan mak bagi. Alhamdulillah rezeki. Susah juga nak makan di Kuantan ni.

Asam rong ialah makanan tradisi popular di Pahang, terutamanya di Jerantut, yang dibuat daripada isi biji getah atau buah perah yang diperam selama sebulan. Ia mempunyai rasa unik sedikit pahit dan lemak, bukannya masam. Gulai asam rong biasanya dimasak dengan ikan sungai, daging, atau sayur, diiktiraf sebagai warisan kebangsaan. 

Asal-usul: Berasal dari perkataan 'isirong', dipopularkan oleh masyarakat di mukim Tembeling, Jerantut, Pahang.
Bahan Utama: Asalnya menggunakan buah perah, namun kini lebih kerap menggunakan biji getah kerana lebih mudah diperolehi.
Proses: Biji getah dibersihkan, dijemur, dan diperam (dijeruk) dalam tempoh lama untuk menghasilkan aroma dan rasa khas.


Selesai solat terawih kami gerak pulang, tapi ke bandar Kuantan dulu untuk pick up biskut Raya mak. Aduh, sesak sungguh bandar Kuantan malam minggu. Begini rupanya yang diperkatakan selalu di social media. Alhamdulillah kami tidak akan menambahkan sesak di depan sana sebab kedai yang nak dipergi, harus belok ke kiri. 


CHE SAM BO LUONG (Laicikang Vietnam)

Semalam Ahad, Jumpa bahan2 di dalam fridge. Masak lah sekejap. Lama juga tak buat. White fungus tak ada, abaikan aje. Yang ada dried jujubes, dried longan, dried goji berries, lotus seed, dried kelp dan halwa kundur. Makan panas2 pun sedap. Airnya memang sikit sebab nak simpan senang. Boleh tambah bila2. Tapi memang meratah je Laicikang ni.


Semalam juga hubby nak naik bukit lepas Asar, minta dia belikan saja makanan berbuka untuk dia seorang, sebab queen nya nak makan leftovers dalam freezer. Anak solehah berbuka dengan kawan. Hubby beli ayam panggang lagi tapi gerai lain. Sedap bahan marinate nya cuma tak sampai ke bahagian isi dalamnya. Ada lebih ayam, so marinate je lah untuk sahur.


Lepas terawih, belek2 dalam cabinet dapur jumpa bumbu Ayam Goreng Kalasan. Potong2 ayam supaya rempah dapat salut ayam dengan lebih banyak. Simpan dalam fridge saja, sebab nak masuk air fryer nanti.


NASI GORENG + AYAM KALASAN
Nasi goreng tu adalah leftovers nasi lemak, nasi putih dan nasi butter garlic sebelum ni. Digoreng dengan garlic cincang, serbuk kari dan kicap. Tadaaa, Alhamdulillah. Sedap tau bumbu Ayam Kalasan ni. Digoreng dalam kuali non stick MASAKI. Terus hidang, tapi cabut lah handle tu nanti.

Berkejar2 dengan MOOD sekarang ni, entah ke mana pergi nya. 

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.

Alhamdulillah atas nikmatNya.

Comments