Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat semua, di mana-mana jua, yang terkesan dengan apa jua dugaan.
Jumaat ke KL ambil anak solehah cuti semester. Kemudian balik Putrajaya. Biasalah lama tak balik, sinsing lengan baju mencuci lantai luar dapur sekangkang kera sebab hubby suka lepak minum kopi situ. Daun kering pokok buluh bergelimpangan gugur dari rumah jiran, tenung je lah dulu. Tunggu next trip. Alhamdulillah dalam rumah tak habuk sangat sebab pintu tak buka. Cuma jangan ditenung lama2 lantai, cabinet work top dll tu.
Sabtu ke Rawang. Kenduri kawin anak sahabat geng minyak angin di Kerteh dulu. Tayang makanan yang sedap ni dulu. Koci wajib ambil kalau ada.
Dessert table memang awesome. Ada cream puff, kek, chocolate tarts, semua sedap.
Alhamdulillah ambil nasi tak banyak so boleh lah cheating lebih sikit.
Yang ni pun sedap.
Ruang meja makan dll tak lah banyak sebab intimate wedding, untuk 250 pax rasanya. Ini Malaysia punya head count. Betul2 intimate wedding 50-70 pax rasanya kot. Tahun lepas sebelum puasa pernah juga menghadiri intimate wedding anak kawan. Dipaksa tuan rumah pergi sebab jemputan 300 saja.
Cheating time. Semua sedap.
Anak solehah dengan mak2 angkat di Kerteh dulu.
Cantik kan hantaran dan pelamin yang simple.
Sama tapi berlainan warna.
Geng minyak angin kami di Kerteh dulu. Tinggal 3 saja di Kerteh. Tak cukup 2 ni. Memang riuh rendah hari tu. Lama tak jumpa ramai2 sebab semua jauh2. Kami, ketika mula berkenalan memang dah jadi housewife. Kalau bekerja, mana mungkin punya masa berjumpa makan2, masak sama2, curhat2, tumpangkan anak2 dll. Sama2 tolong ketika emergency bila suami tiada. Kira adik beradik lain kilang. Kemudiannya sorang2 lah tinggalkan Kerteh samada suami di-transfer atau pencen. Suami kami kerja berbagai bidang dan aliran. Tak sama tempat.
Dipaksa berfoto dengan pasangan masing2.
Moga ukhuwah kami kekal selamanya.
Alhamdulillah cuaca cantik.
Ahad. Kami sudah berempat. Sedap muffin jagung ni. Macam Kenny Rogers punya dulu2.
Anak solehah belanja sempena birthday daddy awal tahun baru ni. Moga murah rezeki selamanya darling son. Baru dapat duduk untuk meraikan makan sama2. Just a scrumptious lunch together 4 beranak. Once in a while.
Happy Birthday dearest Hubby. Moga you sihat ceria, murah rezeki dan dirahmati Allah sentiasa. Bertahanlah dengan I selamanya ya hehe.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.


















Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai 🌹
ReplyDeleteCantik hantaran depa... Nice colour combo 👍🏻