Friday, October 31, 2025

KIMCHI & OKONOMIYAKI @ TAKOYAKI



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

OKONOMIYAKI, foto di atas. Versi lempeng untuk TAKOYAKI. Bahan-bahan dan rasa memang sama.


Terpanggil untuk berkongsi sedikit info, sessi ramah mesra macam yang selalu blogger Mama Zharfan  buat. 


Ini takoyaki pan yang dibeli di Shopee duluuuuu. 2 kali je kot buatnya. Struggle jugak tau, berlengas peluh tepi dapur sebab beginner kan. Nak diterbalikkan takoyaki tu, comot. Bila dah tau tentang OKONOMIYAKI, maka nya, kenapa nak susah2 sebab rasanya sama. Hehe buat OKONOMIYAKI saja lah.

RESEPI MALAS :

1 cawan tepung gandum
1 telur
1 suduteh baking powder
1 cawan kobis cincang (letak kalau rajin)
1 suduteh Daishi powder @ 1/2 kuih ikan bilis
1 genggam daun sup cincang
Isi udang/sotong dicincang halus (letak kalau rajin)
3/4 - 1 cawan air (agak2 jangan terlalu cair)
Garam secukup rasa

Adun semua dalam mangkuk. Masak seperti lempeng atau pancake dalam non stick pan. Kalau tak non stick, takut khuatir lekat. 

Dimakan dengan mayonnaise, takoyaki sauce, bonito flakes & aonori (serbuk seaweed hijau) 

Ini resepi malas kami. Boleh je gugel resepi yang lain2.


Foto : Shopee (OurKizuna, kawan blogger dulu)
Kalau tak ada daishi, guna kiub ikan bilis atau garam je pun boleh.

DAISHI (出汁, だし) ialah keluarga stok yang digunakan dalam masakan Jepun. Dashi membentuk asas untuk sup miso, sup sup jernih, sup sup mi dan banyak cecair yang mereneh untuk menyerlahkan rasa lazat yang dikenali sebagai umami. Dashi juga dicampurkan ke dalam asas tepung beberapa makanan panggang seperti okonomiyaki dan takoyaki.

Dashi selalunya menggunakan gabungan kombu (rumpai laut rumput laut) dan katsuobushi (serpihan bonito kering) , tetapi bahan lain yang digunakan untuk membuat dashi ialah cendawan shiitake dan niboshi (ikan kering kecil). Pembuatan dashi telah berkembang dalam jangka masa yang panjang.

Dashi segera berbutir atau cecair sebahagian besarnya menggantikan produk buatan sendiri pada separuh kedua abad ke-20. Dashi buatan sendiri kurang popular hari ini, walaupun di Jepun. Berbanding dengan rasa dashi buatan sendiri, dashi segera cenderung mempunyai rasa yang lebih kuat dan kurang halus.

Sumber: Wikipedia 


Foto : Shopee 


Foto : Shopee


Foto : Shopee

BONITO FLAKES 

Katsuobushi ( Jepun :鰹節) direbus, diasap dan ditapai tuna cakalang ( Katsuwonus pelamis , kadangkala dirujuk sebagai bonito ). Ia juga dikenali sebagai kepingan bonito atau secara meluas sebagai okaka (おかか).

Katsuobushi yang dicukur dan rumpai laut kering — kombu —adalah bahan utama dashi, sup yang menjadi asas kepada banyak sup (seperti miso ) dan sos (seperti soba no tsukejiru ) dalam masakan Jepun.

Dibuat dari ikan yang dipenggal, dihancurkan, dan diisi, dengan perut berlemak, yang tidak sesuai untuk dipelihara, dipotong. Fillet kemudiannya disusun dalam bakul dan direbus di bawah mendidih selama satu jam hingga satu setengah jam, bergantung pada saiznya.

Sumber : Wikipedia 


RESEPI KIMCHI MALAS

1/2 Kobis Panjang kecil - dipotong anggaran 1 x 1 (inci)
Direndam 3 jam dengan 4 sudu besar garam + air, sama paras dengan kobis bila ditekan
Tekan rendaman Kobis ni dengan piring dalam besen
Lepas 3 jam, cuci 3 kali & perah keluarkan air

1 Carrot dihiris1 inci  memanjang halus macam anak mancis
Segengggam Daun Sup cincang atau Kucai dipotong 1 inci

Masukkan dalam mangkuk besar/besen.

Kisar halus :

1 bawang besar
3 bawang putih
1 epal merah atau buah lain kuning, kupas kulit
2-3 sudu besar gula (manis)
3-4 sudu besar sos ikan (masin)
1-2 sudu besar cili serbuk (pedas)
Sedikit air untuk smooth sewaktu mengisar (letak sikit2)
Perasakan secukupnya masin manis pedas, tambah jika perlu.

Gaulkan dengan campuran kobis, carrot, kucai.  Letak dalam bekas dan terus ke dalam peti. Tak pernah buat banyak2. Selalu banyak ni saja.

Banyak resepi asal guna porridge, iaitu campuran air, tepung beras manis dan gula yang dimasak hingga pekat. Hhmm, let it go, let it go...... I is malas.

********************

KIMCHI

 Memberi manfaat seperti meningkatkan kesihatan usus dengan PROBIOTIK  dan serat, menyokong kesihatan jantung dengan berpotensi menurunkan kolesterol dan tekanan darah, dan membantu dalam fungsi sistem imun dan pengurusan berat badan. Ia juga kaya dengan antioksidan dan pelbagai vitamin, yang boleh menyokong kesihatan otak dan mempunyai kesan anti-penuaan. 

Kesihatan penghadaman

Probiotik: Penapaian menghasilkan bakteria berfaedah seperti Lactobacillus yang menyokong mikrobiom usus yang sihat, yang membantu penghadaman dan boleh mengurangkan gejala masalah gastrousus seperti IBS.
Serat: Kandungan serat yang tinggi membantu dengan kerap dan membuatkan anda berasa kenyang. 

Kesihatan jantung

Kolesterol: Probiotik dan komponen lain dalam kimchi boleh membantu menurunkan kolesterol LDL ("buruk"). 
Tekanan darah: Kajian tentang kimchi yang ditapai telah menunjukkan pengurangan dalam kedua-dua tekanan darah sistolik dan diastolik, mungkin disebabkan oleh bakteria berfaedah yang menentang kandungan natrium yang tinggi. 

Sistem imun dan keradangan 

Kekebalan: Kimchi mengandungi vitamin (seperti C dan A), mineral, dan bakteria bermanfaat yang menyokong fungsi imun. 
Keradangan: Antioksidan dan probiotik dalam kimchi boleh membantu mengurangkan keradangan secara keseluruhan. 

Faedah lain

Pengurusan berat badan: Sebagai makanan rendah kalori dan tinggi serat, kimchi boleh membantu anda berasa kenyang dan boleh membantu dengan penurunan berat badan dan pengurangan lemak badan. 
Gula dalam darah: Ia boleh membantu mengawal paras gula dalam darah. 
Antioksidan: Kaya dengan antioksidan, kimchi boleh melindungi tubuh daripada kerosakan sel yang disebabkan oleh radikal bebas, yang dikaitkan dengan penuaan dan penyakit tertentu. 
Nutrien: Ia adalah sumber pelbagai nutrien yang baik, termasuk vitamin K, vitamin C, dan kolin. 

Sumber : AI GOOGLE 

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang Mulan. 
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia dan senyum selalu.

2 comments:

  1. Saya tak biasa makan benda gini, nak membuatnya apa lagi..memang tak reti 😅
    Produk OurKizuna tu sahabat blogger suatu masa dulu. Sekarang dia dah tak aktif berblog.

    ReplyDelete
  2. Kimci memang tak makan. Takoyaki selalunya beli. Ada 1 gerai kat sini sedap takoyaki dia.

    ReplyDelete

Thank you for visiting my blog.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com