Tuesday, October 28, 2025

JJCM BALIK PERAK



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Khamis lepas, petangnya drive balik Putrajaya. Jumaat, anak soleh nak ke Bali dengan kawan2 sekolah menengah dulu. Kami pun drive sama lah balik Putrajaya. Sabtu, berdua dengan hubby of course lah kan hehe, drive balik Taiping. Last balik Raya Puasa hari tu.


Exit Sungkai. Singgah RESTORAN NASI BAMBOO SG KLAH. Alhamdulillah ada parking, memang ramai, Sabtu apalagi lunch. Pening nak pilih lauk. Semua nampak sedap.


Last2 ambil ikan bakar, siput sedut, perut air asam, daging salai goreng dan sayur lemak pucuk ubi. Semua sedap Alhamdulillah.


Check in di EPOCH HOTEL. Barrack Street Hotel kami call tak berjawab. Di bookingcom tinggal bilik untuk bertiga. Naaaahhh kami berdua je. 2 malam RM220 rasanya. Puas hati. Bersih kemas. Tiada lif sebab 3 tingkat saja. Ada Smart TV & free Wifi. Macam2 boleh tengok.


Pukul 5 kami jalan kaki dari hotel.


Wah dah ada kedai cute yang baru buka. Tengah setting kerusi meja.


Dah banyak mural di Taiping ni.


Cuaca mendung. Alhamdulillah banjir dah semakin surut di kebanyakan tempat yang terlibat. 


ANSAR CENDOL. Lama betul tak datang, 2 tahun kot. Macam biasa CENDOL KACANG & PASEMBOR. Sedap pads kami.


Jalan balik ke hotel. Ada cafe baru jugak. Sekolah King Edward pun dekat. Kami suka duduk hotel di area ni sebab walking distance ke banyak tempat.


Ahad lepas Subuh. Jalan kaki ke TAMAN TASIK TAIPING dari hotel. Ada event larian, kita tumpang sekaki. Tapi jalan2 je.


Mentari belum keluar sepenuhnya.


Semakin cerah.


Suka warna GIGI COFFEE ni. Breakfast singgah makan tosei, lupa snap foto. Balik hotel rehat dulu.


RESTORAN KA BAWAL POWER

Dah ber-Whatsapp dengan adik ipar nak makan di mana. Di TikTok pun viral kedai ni. Alhamdulillah diizinkan kami dapat berjumpa makan2. Siblings hubby ada 7, yang ada 5 kali ni, dari Kuantan, Kulim, Manjung dan Taiping. Sorang di seberang laut, sorang baru balik seberang laut tak dapat join. Makanan memang sedap. Telur sotong dan ikan pari bakar sedap. Tapi ikan bawal goreng tu memang rangup paling sedap. Ada kerabu taugeh jugak, lama tak makan, semua sedap. Siap makan kami balik rumah kakak ipar. Memang selalu gather di situ. Sedih terkenangkan arwah ayah dan mak mertua yang telah tiada. Moga rohnya mereka dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman.


Isnin pagi. Mencari di TikTok kedai makan pagi yang viral. 



RUMAH CHOMBEE @ KANTIN SHALMAH




Lupa nak snap foto menu. Kami datang no 2 awal. Kuih muih belum sampai ketika itu. Order Roti Sarang Burung. Sedap. Bila ramai customer lain datang, ramai order Puri. Alahai dah kenyang la pulak. Antara menu, ada nasi lemak, lontong, roti bakar dll banyak lagi. Try la gugel atau tengok di TikTok.


Suasana kedai, 7.40am dah mula ramai. Bagus kedai ni buka awal. Kedai satu lagi yang kami nak try, buka pukul 8, lambat lah pulak.


Siap makan, ke TAMAN TASIK TAIPING lagi.




Dapat 5k steps cukup lah. Balik hotel, siap2 dan kemas. Kami check out.


Singgah KUALA KANGSAR. 


Kami ke sini. Area jeti ni dah dilapangkan, tiada lagi gerai2 dulu. Nampak lagi lapang dan kemas. 


2-3 tahun lepas, ada gerai2 di sini.


APAM KUALA. Alhamdulillah ada yang jual lagi. Tanya akak tu kedai LAKSA yang sedap. 


Dia suggest CENDOL BANGSAWAN ni, tak jauh dari warungnya.


Memang sedap bagi kami, siap ada otak udang. Sekali sekala kan. 


Medan Selera tu, menempatkan kedai laksa lama yang di tepi sungai. Kami tak masuk Medan Kraftangan ni. Takut terbeli itu ini yang tak sepatutnya hehe. Dah banyak mural juga di area ni. Alhamdulillah petang semalam, Isnin selamat sampai Putrajaya. Tunggu anak soleh sampai dari Bali petang ni, Selasa, kami terus drive balik Kuantan. Insyaa Allah. Moga dipermudah kan segala urusan buat kita semua. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.

Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang Mulan. 
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia dan senyum selalu.

No comments:

Post a Comment

Thank you for visiting my blog.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com