Monday, September 29, 2025

DAY 6 : TOKYO - KAMAKURA, JAPAN

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat peserta GLOBAL SUMUD FLOTILLA, sentiasa dalam lindungan Allah dan dipermudahkan semua urusan.

Day 6. Anak soleh nak jugak ke Kamakura. Nak tengok train hijau Slam Dunk. Walaupun agak mendung, Alhamdulillah smooth dan cantik semuanya.


Dari Otsuka Station kami ke Tokyo Station. 


Kami naik train untuk ke Fujisawa Station.


Sampai d Fujisawa Station, kami jalan sikit untuk menaiki train ke Kamakura. Guna Google Maps, semua ada step by step. 


Kami naik train hijau tu untuk ke Kamakurakokomae Station. Antik train nya, kipas pun jenis lama yang pusing. Train pun tak laju, agak rapat dengan pagar dan rumah orang.


Seawal pagi memang dalam train penuh dengan pelajar sekolah. Lambat juga waktu persekolahannya.


Kamakurakokomae Station


Station ni cuma sebegini, menghadap ke laut.


Ada juga train warna purple. Beroperasi dari Kamakurakokomae ke station lain di Kamakura, rasanya.


Riang ria anak solehah ni sampai di Kamakura.


"Slam Dunk" dalam Kamakura merujuk kepada tapak ziarah yang popular untuk peminat anime bola keranjang, berpusat di sekitar Stesen Kamakurakōkōmae dan persimpangan kereta api berdekatan, yang merupakan model untuk adegan ikonik dalam tema pembukaan anime. Pengunjung sering mengambil gambar di lokasi yang indah ini di laluan Kereta Api Elektrik Enoshima (Enoden), yang berjalan di sepanjang pantai dan terkenal dengan daya tarikan retro dan pemandangan yang indah.
(Sumber : AI)


Memang ramai berfoto bila train hijau ni lalu.


Spot ini lah yang menjadi tarikan pelancung. Ada polis juga yang jaga, sebab ianya berdekatan dengan kawasan perumahan. Tidak dibenarkan berdiri lama di mana2 rumah berdekatan. 


Panjang namanya.


Brand yang famous untuk outdoor activity especially sukan air. Ramai datang untuk surfing di Kamakura ni.


Hubby tunjuk, pada jaket pekerja di Jepun ada kipas attached, jaket pada musim panas. 


Anak solehah dengan book stamp nya.


Kamakura Station - Old Station Clock Tower. 


Jalan2 heret kaki ikut hubby keliling Kamakura. Nangis dalam hati. Hehe.


Jalan lagi dan lagi. Best sebenarnya lalu di kedai2 kecil dan juga kawasan perumahan ni.


Railway track, agak rapat dengan rumah dan kedai namun, pergerakan train tak laju.


Nak juga sekeping.


Walaupun litlit tapi tak lah panas sangat.


Antara bas lama di Kamakura yang masih beroperasi. Terus kami ke Fujisawa Station untuk kembali ke Tokyo.


Kami turun di Shibuya Station.


Lapar. Lunch time. Kali ini bawa anak solehah pula rasa ramen ni.



Dah tak ingat nama menu. Lupa nak snap. Memang sedap. 


Shibuya Crossing lagi. Lintas langsung saja. 


Berfoto di hadapan nya saja.


Netflix 10th Anniversary di Media Department Tokyo.


Shibuya Parco. Anak solehah ni lah nak ke Pokemon Center. Ada Nintendo dan macam2 lagi. Mummy ikut je heret kaki ni.

Shibuya PARCO baharu ialah kompleks beli-belah ikonik di daerah Shibuya di Tokyo dan tergolong dalam rangkaian PARCO dengan nama yang sama. Shibuya PARCO yang asal telah wujud sejak 1973, tetapi dilahirkan semula pada 2019 berikutan pembaharuan selama tiga tahun.

Konsep pusat beli-belah baharu itu berdasarkan lima tema: fesyen, seni & budaya, hiburan, makanan dan teknologi. Semua aspek harus ada di setiap tingkat, supaya sekitar 190 kedai berbeza bergabung menjadi pengalaman membeli-belah yang unik.

Reka bentuk seni bina gedung serbaneka, dengan pelbagai saiz komponen dan pembinaannya, yang sebahagiannya mengingatkan tangga lingkaran, bertujuan untuk mengingatkan ketinggian dan jalan di Shibuya itu sendiri. Di samping itu, disebabkan sistem CHP yang cekap, bangunan itu dipilih sebagai projek perintis untuk pembinaan bangunan yang mampan dan menjimatkan tenaga.

(Sumber : en.japantravel.com)


To Shibuya Station, balik homestay. Hubby dah dapat kasut idaman. Half marathon katanya. Moga tercapai impiannya. Sambil jalan2, keluar masuk kedai kasut antaranya ABC MART dll. Murah dari Malaysia.


Favorite di Jepun. Guna Halal Apps. Scan saja barcode atau ingredients nya. Kalau tak Halal, akan terpapar Haram atau Syubhah.

Balik homestay rest dan solat. Hubby dan anak solehah keluar lagi. Suka sangat masuk Don Donki (Don Quijote). Malas nak ikut. Mummy golek2 dan makan. 


Cukuplah 12,000 steps untuk Day 6 ni. Semalam nya lagi banyak.


Day 5. 16,000 steps. Kaki macam dah tak terasa berpijak di bumi nyata. Hehe.

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. 
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia dan senyum selalu.

2 comments:

  1. unik betul train hijau tu! waaaa ribu2 steps la mulan jln kaki kat tokyo yer! i masa gi sana thn 2018 tu...ada one day tu i rasa tak larat nak jln so dok bilik ajer hahah sanggup tu, ala2 rehatkan kaki..my boys kuar ronda2 shopping dgn mr hubby and my niece

    ReplyDelete
  2. Menarik gerabak kereta api dan bas di Kamakura tu, antik!
    Yelah…dekat sungguh rel dengan rumah. Patutlah kena bergerak perlahan.

    Uishh…sedapnya wagyu ramen tu 😋

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com