Tuesday, September 23, 2025

DAY 4 : FUJIKAWAGUCHIKO - TOKYO, JAPAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Bye bye Mt Fuji.

 

Ahad, 7/9/2025. Kemas2 barang, kemas homestay. Kemas macam mula kami sampai. Sapu bersih. Sampah je tak buang. Owner kata biar dalam tong sampah. Terus check out. Malas nak patah balik. 


Hajat nak ke LAKE SAIKO BAT CAVE. Tutup lah pulak sebab laluan diguna untuk MT FUJI TRIATHLON pada hari itu. Tak tau la pulak kan ada triathlon. 


Kami drive ke LAKE SHOJI. 


Area Mt Fuji ni ada 5 tasik berdekatan. Kalau gugel ada pakej day trip untuk ke lima2 tasik ni.


Cuaca terang cantik semua nya. Klik2 dari dalam kereta saja.


Panas litlit pun masih ramai berkhemah.


Hi Mt Fuji...


Hubby terus parking di camping park ni.



Daun2 kekuningan kemerahan musim luruh sudah mula keluar.



Dah nak balik, sempat lagi capture Mt Fuji tu. N kereta yang kami sewa.


Hubby punya excited tengok ada SCUBA DIVE CENTER di sini. Hehe member macam menyesal tak check scuba activity di sini. Dive dalam lake. Ramai betul yang dive. Hhmm kata hubby, kena datang lagi nak dive sini pulak. Ok kita follow je Insyaa Allah.


LAKE MOTOSU


Ramai stop dan parking di tepi jalan ni. Memang view cantik.


Drive lagi keliling lake. Terus ke Kawaguchiko. Nak pulangkan kereta. Nak ke Tokyo.


Celah2 rumah dan bangunan pun dapat tengok Mt Fuji.


Sementara hubby pulangkan kereta, klik2 sekeliling.


Kawaguchiko Station. Di sini untuk bas. Kalau train station, di belakang nya saja. Suasana memang happening sebab hari Ahad juga penghujung musim panas.

Beg kami. 2 backpack besar 70 liter, 2 backpack 30 liter + 1 cabin size bag beroda (untuk barang fragile, tak boleh berat sangat). 


Suasana di station, juga di dalam bas.


Bas pukul 12.30pm, tiada nombor seat. Bas cuma ada beberapa passenger. So kami ke seat belakang sebab lagi lapang rasanya, walaupun ada couple mat saleh paling belakang yang tidur tak tidur. Honeymoon kot. Tapi tak apa diorang masih sopan.


Bas kami berhenti di SHIBUYA DOGENZAKA TOKYU BUILDING, yang sangat dekat dengan SHIBUYA STATION. Macam connecting jugak station dengan building ni. Yes aircond, sejuk sikit.


Litlit litlit. Uishh ramai sungguh manusia bila keluar dari station.


Tak apa, kita tanda kehadiran dulu di SHIBUYA CROSSING ni. Dengan bagpack bagai.


Masuk station. Masuk train. Sejuk Alhamdulillah. Keluar train, terus cari jalan ke homestay.


SAKURA HOME

Tiada katil. Ada tilam umpama TATAMI. Cukup lengkap homestay nya. Cuma tiada TV. 4 malam di sini. Cabinet baju siap ada lock. Kenapa pilih SAKURA HOME, sebab hanya 250 meter dari OTSUKA STATION, yang dalam lingkaran Yamanote Line.


Yamanote Line (山手線, Yamanote-sen) ialah laluan kereta api terpenting di Tokyo . Ia adalah garisan bulat, yang menghubungkan pusat bandar utama Tokyo. Perjalanan mengelilingi seluruh bulatan mengambil masa lebih kurang satu jam.
(Sumber : www.japan-guide.com)

Sebelum trip Jepun kami last year lagi, dalam TikTok, YouTube, ramai bagitau book lah homestay, hotel yang berdekatan dengan mana2 train station seperti di atas. Dalam lingkungan YAMANOTE LINE. Semua nama di atas adalah nama train station, yang akan connect dengan train yang ke tempat lain, warna lain. YAMANOTE LINE ni warna hijau. 

Tahun lepas kami menginap di area SHIN OKUBO STATION. Kali ni hubby minta AI carikan, dapat homestay di OTSUKA STATION.

Nama2 station yang CAPITAL LETTERS tu ie TOKYO, UENO, IKEBUKURO, SHINJUKU, SHIBUYA dan SHINAGAWA, semua ni adalah station yang besar, yang connect to banyak station lainnya. 


Siap solat, memang terasa lapar lah masa tu. Hubby gugel. Ada kedai halal berdekatan. Chinese Muslim atau Uighur kot.


Dah lapar semua sedap, tapi seriously sedap. Lamb Rice, Fried Nan + Beef, Fried Flat Noodles & Beef Skewers. 


Dari Otsuka Station terus ke Shibuya Station. Anak solehah ni dah start lah menepek stamp dalam buku nya. Satu di Shibuya Station ni. 


Ahad malam. SHIBUYA CROSSING.


Meriah.



Patung anjing Akita Hachiko, yang diingati kerana kesetiaannya yang tidak berbelah bahagi kepada pemiliknya yang telah meninggal dunia, dipasang di luar Stesen Shibuya Tokyo, di Jepun. (Wikipedia)


Yang halal di sana. Malam2 pun makan ais krim. Litlit walaupun malam. Alhamdulillah smooth semuanya. 

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. 
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia dan senyum selalu.

No comments:

Post a Comment

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com