Thursday, September 04, 2025

DAY 2+3 - PADANG/BUKITTINGGI, INDONESIA



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Salam Jumaat Penuh Berkat. 
Salam Maulidur Rasul.

Sambung kisah Padang. Bermalam di Lembah Harau. Bangun pagi lepak di hammock luar bilik. Sejukkkkk tak terkata. Memikir tak ada water heater dalam bilik air hehe. Tapi mandi air sejuk kan elok.


The boys baru balik jogging/brisk walk 7km lepas Subuh. So diorang order nasi goreng untuk breakfast. The girls jogging dalam bilik je hehe, order lempeng Pisang. Dengan view lembah dan sawah.


Antara unit di ABDI HOMESTAY ini.



Diorang seronok sangat Alhamdulillah walaupun kurang internet.



Bye bye ABDI HOMESTAY yang cantik dan tenang.


AIR TEJUN LEMBAH HARAU.

Kering sebab dah lama tak hujan. 


One for the album.


KELOK 9

Kelok 9 atau Kelok Sembilan adalah ruas jalan berkelok yang terletak sekitar 30 km sebelah timur dari Kota Payakumbuh, Sumatera Barat menuju Provinsi Riau. Di sekitar Jalan Kelok 9 saat ini telah dibangun jembatan layang sepanjang 2,5 km. Jembatan ini membentang meliuk-liuk menyusuri dua dinding bukit terjal dengan tinggi tiang-tiang beton bervariasi mencapai 58 meter. Terhitung, jembatan ini enam kali menyeberangi bolak balik bukit. (Wikipedia)



Jalan Kelok 9 dibangun semasa pemerintahan Hindia Belanda antara tahun 1908–1914.[6][7] Jalan ini meliuk melintasi Bukit Barisan yang memanjang dari utara ke selatan Pulau Sumatra. Jika direntang lurus panjang Kelok Sembilan hanya 300 meter dengan lebar 5 meter dan tinggi sekitar 80 meter. (Wikipedia)


Mula nya macam tak nak beli. Tapi banyak sangat kedai di sepanjang jalan. 


Banyak pilihan kerepek dll. Ada 20 jenismkot kami beli tapi pek kecik2.


Kopi Kiniko terletak di Batusangkar, Sumatera Barat. Kilang kopi artisan ini membolehkan pengunjung merasai daun kopi unik yang dibancuh dalam periuk besar dan juga menghidangkan sendiri teh yang diperbuat daripada daun ini. Walaupun ia mungkin bukan secawan teh untuk semua orang, pengalaman ini menawarkan banyak tempat yang sesuai untuk Instagram untuk foto yang hebat. Ini adalah peluang untuk melibatkan diri dalam budaya pemprosesan kopi tempatan dan menikmati beberapa goreng pisang di sebelah.

Sumber : wanderlog.com



KOPI JAHE, KOPI O & GORENG PISANG. Semua sedap Alhamdulillah.


KOPI TELUR. Wajib order kalau jumpa kedai kopi di Padang ni. Foto terakhir, kilang kopi tutup la pulak untuk kami tengok proses nya. Tak ada rezeki, tapi still awesome.


Stop sekejap untuk beberapa snap.


Antara view sepanjang jalan.


TASIK SINGKARAK


Lunch di sini.


Semua sedap. Makan jugak walaupun pedassss.


Sampai di Padang ada demo di jalan tapi aman dan tenang.


MASJID RAYA SUMATERA BARAT

Masjid Raya Sumatera Barat merupakan sebuah masjid di Padang, Sumatera Barat, Indonesia. Ia adalah masjid terbesar di Sumatera Barat, dan masjid kedua terbesar di Sumatera. Ia terletak di Mukim Padang Utara, Padang, Sumatera Barat. Masjidil Haram Sumatera Barat terletak dalam kompleks seluas 40,343 meter persegi di persimpangan Jalan Khatib Sulaiman dan Jalan Ahmad Dahlan.

(Wikipedia)


Masjid itu direka oleh arkitek tempatan Rizal Muslimin, dipilih sebagai pemenang pertandingan 2007 untuk sebuah masjid baharu di Sumatera Barat. Pertandingan ini mempunyai 323 peserta dari seluruh dunia.[1]

Ciri khas masjid ini ialah bentuk bumbungnya, tafsiran kontemporari bumbung tradisional Rumah vernakular Minangkabau. Bentuk bumbung juga dimaksudkan untuk melambangkan kain yang dipegang di sudutnya oleh empat ketua suku kaum Quraisy untuk mengangkat Hajar Aswad ke tempat semasa di Mekah . Rangka bumbung dibina daripada paip keluli, disokong oleh empat tiang konkrit melengkung.[1]

Bangunan utama terdiri daripada tiga tingkat. Dewan solat utama terletak di tingkat dua. Masjid ini mampu menampung 20,000 orang.

(Wikipedia)


HOTEL IBIS PADANG


SUNSET di PADANG 
Terlepas dan terlupa nak ke area pantai. Lagipun agak penat seharian di dalam kereta. Next time Insyaa Allah sebab tak puas.


Alhamdulillah dapat jugak ke sini.


AYAM TULANG LUNAK HAYAM WURUK
Diketemukan ketika trip di Bali dulu. Sebab tak nak nasi padang dan nak makanan lokal yang lain dari biasa.


AYAM PRESTO TELUR ASIN favorite saya. Alhamdulillah dapat. Hubby dan anak2 lupa order apa. 


Sedap tau ayam presto telur asin tu. Tulang semua lembut boleh ditelan. Presto = pressure cook.


Wajib juga order ketika di Indonesia. Jus avocado.


Siap makan, hubby ajak ke EIGER. Local products untuk barang outdoor - bag, baju dll. Lupa snap foto. Balik hotel, kami book grab. 


Mengopi tepi hotel. Affagato untuk mummy. 


Selasa. Hari ke 3. Semalamnya grab driver suggest makan pagi di RADJAWALI. Kami naik grabcar. 10,000 rupiah dalam RM2.50 untuk 2.5km. 


Sejarahnya RADJAWALI ini. Tiada cawangan luar dari Padang.


Kami sampai awal. Yang ada cuma NASI SOTO AYAM. Serius sedap, banyak ayamnya, ada begedil di dalam. Sup rasa penuh rempah nya. Order juga KOPI TELUR. Ehh ada limau nipis dengan kopi. Hubby kata sedap. Tinggalkan suku gelas, try dengan limau nipis. Waahhh memang sedap KOPI TELUR + LIMAU NIPIS. Selesai lah food hunting + alam sekitarnya di Padang ini.


Bye bye Padang. 
Lepas breakfast, balik hotel untuk check out dan terus ke airport dengan grab. 


Tiba di airport. Flight kami 11.30 pagi. 


Lama tak tengok view dari atas. Subhanallah cantiknya.


Padang ni best sebab makanan halal merata2 dan juga sangat sedap.


 Dengan anak2, diorang lah parking seat tepi tingkap. Tak apa, dapat tengok jugak kebesaran Allah. Subhanallah memang cantik. 


Sharing : Kereta sewa dan supir di Padang hingga ke Lembah Harau. RM410 untuk 2 hari. Hotel dan homestay kami book sendiri. Kami cari di FB, tengok review bagus2. Alhamdulillah kami dapat supir nama Roni. Helpful dan baik. 


ABDI HOMESTAY ni nampak ramai share di TikTok. Alhamdulillah memang seronok bagi kami bermalam di sini.

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. 
Take care ya, moga sihat tenang ceria dan senyum selalu.

Nanti free kita BW ya. Sebab permusafiran bersambung lagi. 

No comments:

Post a Comment

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com