Wednesday, September 03, 2025

DAY 1 - PADANG/BUKITTINGGI, INDONESIA

 

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Alhamdulillah smooth short getaway 3 hari 2 malam, kami 4 beranak. 


Hari Merdeka, 31 Ogos 2025. Flight 7.55am dengan AA. Satu jam saja flight nya. On time Alhamdulillah.


Sampai airport, Roni dan kereta sewa dah ada menunggu. Terus kami ajak cari kedai sarapan. LONTONG SAYUR (ada kuah lemak nangka boleh campur2), SATE PADANG & JUS ALPUKAT (AVOCADO). Semua sedap, Alhamdulillah. Siap makan, kami gerak ke destinasi seterusnya. Akan bermalam di LEMBAH HARAU, atas suggestion hubby. 


Banyak betul gerai BIKA dan PINYARAM ni sepanjang jalan.


Lalu saja di AIR TERJUN LEMBAH ANAI. Hari hujan dan tiada parking spot. Masjid Hijau di Singgalang tu, antara masjid yang selamat dan utuh ketika banjir melanda teruk sebelum ini. Lupa ehh tahun berapa. 


Ajak Roni beli BIKA. Dia stop di kedai BIKA TALAGO ini. Dapat kami tengok proses memasaknya. Di Pantai Timur kita, kuih ini dipanggil BEKE KELAPA/NYOR. Seakan sama tapi yang ni sedap lagi sebab dibakar atas daun Pisang. 


Ada ruang makan di belakang nya, dengan view sawah dan sungai/saliran.


Kami order 2 jenis. Yang putih perisa asli dan yang agak gelap, perisa Pisang. Hubby order kopi jugak. 10 keping licin macam tu je.


Berhenti sebentar di kedai BATIK SULAMAN MAYANG TAURAI. Hubby dan anak soleh beli selai sorang rasanya.

Lalu di PASAR PADANG LUA. Hari Ahad, sesak sikit kata Roni sebab pengusaha sayur ramai hantar sayur segar ke Pasar. Rata2 pengusaha sayur (macam take) adalah perempuan, yang memakai topi pekebun.

Padang Lua ni terletak di Kabupaten Agam, Sumatera Barat.


BUKITTINGGI.


TARUKO Coffee & Resto
....ialah destinasi kulinari dan kopi unik yang terletak di dasar ngarai, dikelilingi sungai berbatu dan cenuram menghijau. Konsep terbuka tradisional membolehkan udara luar yang menyegarkan mengalir dengan bebas. Nama "Taruko" menandakan pendekatan yang segar, tercermin dalam reka bentuk kafe yang tidak konvensional. Cabutan utama di sini tidak dapat dinafikan adalah pemandangan yang menakjubkan, menampilkan gunung, lembah, sungai, dan juga kolam teratai yang indah.

(Sumber : wanderlog.com)

Thanks a lot Blogger FANNY yang suggest tempat ini. 






KOPI TELUR JAHE (HALIA) & Ubi Goreng. 
Sedap sangat Alhamdulillah. 
Cantik viewnya Subhanallah.


Memang best sangat lepak mengopi di TARUKO Coffee Resto ni. Alhamdulillah hubby dah pandai melepak minum kopi sama2 hehe. Dia yang pulak excited, coffee hunting.


Anak2 soleh solehah kami.


Singgah kedai makan ITIK (di sink tak dipanggil bebek macam di tempat lain). Nak ke WC di belakang kedai, ehhh nampak lobang besar. Mungkin antara Lobang Jepang yang terdapat di Bukittinggi ni.


Antara lauk yang dihantar. Tak semua kami makan. Wajibnya lauk itik, memang sedap.


Selesai makan terus ke JAM GADANG.

Jam Gadang, dalam bahasa Minangkabau untuk "Jam Besar", ialah sebuah menara jam, mercu tanda utama, dan tarikan pelancong di Kota Bukittinggi, Sumatera Barat, Indonesia. Ia terletak di tengah-tengah bandar, berhampiran pasar utama, Pasar Ateh. Ia mempunyai jam besar pada setiap muka. (Wikipedia)


PASAR PAYAKUMBUH

Kami singgah beli makanan sebab takut area homestay tak banyak kedai. Kami beli BIKA, PUTU BAMBU, SATS PADANG, SERABI SOLO & KUIH MACAM APAM BERAS.


PASAR PAYAKUMBUH. 


Teruskan perjalanan ke LEMBAH HARAU.

Lembah Harau adalah salah satu keajaiban alam yang paling menakjubkan di Indonesia. Ia terletak di tanah tinggi yang subur di Sumatera Barat. Lembah tersembunyi ini terletak berhampiran bandar Payakumbuh dan kira-kira 150 kilometer dari Padang, ibu kota Sumatera Barat.

Lembah Harau terletak di Kabupaten Limapuluh Kota, kira-kira 50 kilometer di utara kota Bukittinggi. Lembah ini diapit oleh tebing granit yang curam, sesetengahnya mencapai ketinggian sehingga 500 meter, yang mencipta kontras dramatik berbanding sawah padi dan hutan di sekitarnya. Tebing ini popular di kalangan pendaki batu, menawarkan lebih daripada 300 laluan pendakian untuk pendaki baru dan berpengalaman. (Wikipedia)


Homestay kami. 


View dari tingkat atas, sebelah kanan homestay.


2 queen bed. Satu di atas, satu di bawah.


View dari depan homestay. Pokok depan ni block view sawah padi. 


Petangnya sementara hubby dan anak soleh jalan2 keluar jauh, mummy dan anak solehah jalan2 ke sawah padi. Melalui kawasan perumahan penduduk setempat. Subhanallah cantiknya. 


Singgah cafe di homestay minum kopi.


Balik homestay kami makan segalanya yang kami shopping di PASAR PAYAKUMBUH. Sate Padang ni kan, sedapppppp sangat. Makanan lain semua tak sempat snap sebab lapar dan juga lampu di homestay ni, malap je. Alhamdulillah sempat snap sate padang ni. Bawang goreng dah tenggelam. 

Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. 
Take care ya, moga sihat tenang ceria dan senyum selalu.

Nanti free kita BW ya. 

2 comments:

  1. Sedap2 makanannya...the view jugak menarik...

    ReplyDelete
  2. best kan bukit tinggi. leka duk tengok sawah padi dan dia punya sungai yang jernih mengalir deras dari air terjun.

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.

Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com