Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
MI CALONG, dinner petang Khamis.
Tumis kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bawang putih diketuk2. Masukkan air, sup punjut dan tulang ikan (isi ikan diguna buat fish ball). Biarkan menggelegak lama.
Isi ikan, daun sup, lada putih, garam, tepung ubi, air ais. Saya guna hand blender (processor) SAMU GIKEN. Nak tumbuk dalam lesung pun boleh.
Dah lama menggelegak (bila siap fish ball), tangguk keluar semua di dalam sup. Tinggalkan sup punjut saja.
Sambil sup menggelegak, bulatkan doh fish ball dan masukkan ke dalam sup. Saya, ter-over rajin. Guna sudu dan jatuhkan ke dalam sup. Tadaaa, makhluk yang rajin.
Tak apa walaupun tak cantik jadi fish ball, jadi fish disudukan, juga boleh makan.
Masukkan hirisan fish cake, potongan keropok lekor dan tahun bulat goreng. Juga garam.
Yang kelabu gelap tu, potongan keropok lekor. Stok frozen memang wajib ada.
Makan dengan mihun, hirisan lettuce (salad) dan kicap cili sambal brand ENAQ. Yang pandai dan rajin buat, memang champion. Ada balance, anak soleh sambung makan untuk breakfast Jumaat. Hubby makan sorang2 di luar lepas turun bukit. Mummy makan roti sebab rindu lama tak makan roti dengan peanut butter + jam.
Jumaat, lunch. Ada akak geng Haji bagi telur itik minggu lepas. Kita masakkan lemak cili api, ikan sekeping tu air-fry garam kunyit + daun salad. Pelakon tambahannya SAMBAL HITAM dan SAMBAL PENYET (hilang dari radar). Aduii, menambah nasi. Diet tak cemerlang.
Jumaat dinner. BEEF WRAP.
Tumis bawang besar dadu, masukkan minced beef, 1000 island, sos cili, lada hitam dan serbuk cili. Perasakan ikut sedap masing2.
Buat 3 portion, guna 3 telur. Letak minced beef dalam kuali leper, tuang telur yang dipukul.
Tekapkan dengan tortilla. Sapukan butter pada tortilla.
Bila agak2 telur dah masak, terbalikkan.
Letak cheese slice dan daun salad di sebelah bahagian tortilla.
Flip kan jadi separuh. Angkat bila cheese dah mencair.
Alhamdulillah sedap sangat. Combi 1000 island dengan sos cili memang sedap dalam minced beef tu.
Sabtu, breakfast pagi tadi. Mihun goreng sawi + keropok keping. Breakfast sebelum hubby masuk hutan. Dia, kalau tak masuk lautan, dia masuk hutan.
HAPPY WEEKEND SEMUA. Alhamdulillah atas semua nikmatNya.
Tunggu anak soleh balik kerja, nak drive berdua ke KL ambik anak solehah cuti semester. Moga dipermudah kan semua urusan kita semua. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan.
Take care ya, sihat ceria dan senyum selalu.
No comments:
Post a Comment
Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
Please email me for any inquiries :
o-mulan@hotmail.com