Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Teruslah berdoa buat saudara mara kita di G*Z*.
Breakfast di Kedai SARAH. Jalan kaki je. Hubby dan anak soleh order BUN BO. Macam Sup Asam Pedas Daging dan Udang makan dengan mi + macam2 jenis sayur.
The girls, mommy & anak solehah makan roti baguette dengan telur mata + kicap local style. Dari dulu anak2 suka roti dengan telur mata ni. Lain dari lain.
2 minit jalan kaki dari hotel. Tapi hotel kami 2-3 star saja tau. Ada hotel lebih star nearby jugak.
Mr. Quan (driver & kereta sewa) sampai jam 8 pagi. Terus drive kami ke DATANLA. Hubby dah beli tiket untuk ROLLER COASTER RIDE di KLOOK. Kena ambil wrist band ticket.
Hebat Dalat sekarang dah ada roller coaster ride. Masing2 naik sorang2. Lepas tu menyesal sebab susah ambil gambar. Tapi ride ni bayar untuk pergi dan balik. First ride ke atas memang tiada foto. Roller Coaster ni jenis duduk, ada seat belt, dan control gerak, slow dan stop saja. Bukan yang wow wow macam di Theme Park Disneyland dll yang besar2 tu.
DATANLA WATERFALL
Dulu memang biasa je view nya, tak secantik sekarang.
Air Terjun Datanla terletak di tengah-tengah Prenn Pass, kira-kira 10 kilometer dari pusat bandar Da Lat. Press Pass, pas tercantik di rantau ini, dihiasi dengan hutan pain hijau yang subur di kedua-dua belah pihak.
Untuk sampai ke Air Terjun Datanla, mulakan perjalanan anda dari pusat Da Lat dan ikut laluan ke arah Jambatan Ong Dao - Jalan Tran Quoc Toan - Jalan Ho Tung Mau - Jalan 3 Thang 4. Di penghujung jalan ini, anda akan menemui papan tanda yang menunjukkan Pas Prenn. Dari sana, ikut papan tanda sejauh lebih kurang 3 kilometer dan anda akan sampai ke kawasan pelancongan Datanla Waterfalls.
Terdapat banyak legenda yang mengelilingi nama air terjun. Mengikut cerita zaman dahulu, Air Terjun Datanla, juga dikenali sebagai Aliran Peri, sering dikunjungi oleh pari-pari yang datang untuk mandi.
Air di sini adalah jernih. Dikelilingi oleh hutan pain yang memukau, kawasan ini sering dibaluti kabus putih yang menawan. Oleh itu, apabila etnik minoriti tempatan menemui tempat ini, mereka menamakannya "Dah-Tam-N'ha", yang bermaksud "air di bawah daun".
Sumber : vinpearl.com
Kami sampai awal jadinya memang belum ramai pengunjung.
Hubby dan anak2 nak naik ZIPLINE. Wow Zipline pun ada di Dalat. Hebat kan.
Mommy tukang jaga barang. Malas lah. Takut kena vertigo. Pergi nak enjoy kan. Naik roller coaster pun dah huyung hayang sorang2 kena tinggal belakang. Staff tu kata, mother slow, at the back. Haha.
Enjoy sakan la diorang.
Hubby sempat snap foto anak solehah.
Menunggu jugak la di bawah.
Alhamdulillah sempat ambil video.
You all happy, mommy lagi happy.
Sementara tunggu diorang turun, jalan2 snap foto.
Kawan baik JL yang kami jumpa di boarding gate, juga datang ke DATANLA. JL ni ada datang Dalat few years back sebelum COVID. Memang seronok katanya.
Musim bunga jugak bulan April ni.
Dah puas lepak waterfall, naik roller coaster semula untuk ke tempat datang asalnya. Kali ni naik berdua dengan hubby sebab nak snap foto.
Anak2 soleh solehah di belakang.
Seriously memang seronok sangat. Sebab kedudukan trek roller coaster ni di dalam hutan, di tanah tinggi. Redup teduh sejuk.
Bye bye. Jumpa lagi Insyaa Allah.
Toilet awam di Dalat ni, di tempat attraction yang kami masuk, mostly bersih kering wangi. Ada yang ada bidet, ada yang tiada tapi kering bersih wangi. Kami selalu bawa botol kosong, back up kalau tiada bidet. Bawa tisu juga, tapi mostly nya ada tisu.
MONGO LAND
Antara tourist attractions yang amat popular kini di Dalat. Ada TOBOGGAN RIDE jugak. Betul2 selepas entrance gate.
Alhamdulillah cuaca terang, tapi tak lah panas membahang.
Umpama di MONGOLIA. Belum sempat gugel info MONGO LAND ni, tapi design landscape dan persekitaran, umpama di MONGOLIA.
Mongolian Yurt (Khemah Portable)
Asal suruh bergambar, begini lah posingnya.
Dah jadi port diorang. Tak bagi chance orang lain nak bergambar di sini.
Kami bawa biskut dan snek dan air. Boleh lepak minum2 sekejap.
RAINBOW SLIDE
Memang seronok tengoknya tapi masing2 malas nak beratur.
Happy betul anak2 dapat tengok CAPYBARA ni.
Cantik betul. Untuk PARROT dan apa nama haiwan tu, lupa dah. Yang di atas kiri tu. Cute betul tidurnya.
Llama. Macam2 warna.
DALAT BEE FARM
Anak solehah nak ke sini. Layan aje lah. First time untuk kami. Secara dekat dengan semua lebah ni. Seriau jugak. Tak berani nak pegang. Hubby dan anak2 berani.
Kami beli HONEYCOMB. Madu tak dapat beli sebab packing botol nya lebih 100ml. Kami tak ada luggage check in. Semua hand carry saja. Ada madu perasan mint, coffee. Aduiii frust tak dapat beli. Memang sedap.
Mula2 ingatkan santai2 saja datang Dalat, rupanya macam2 ada. Kena ada Day 1 - Part 1 & 2. To be continued........
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.
Wah..seronoknya uolls....anak- anak akak enjoy betul nampaknya...
ReplyDeleteAlhamdulillah memang enjoy sangat
DeleteBestnya dapat naik Roller Coaster tu...
ReplyDeleteMemang best sangat
DeleteGambar makanan tu sedap pula Mulan. Nampak macam ala ala Tomyam. Cantiknya Waterfall tu dengan bunga2 tu. Mongo Land tu pun cantik.
ReplyDeleteAda jugak macam Tomyam rasanya. Waterfall memang cantik tapi air kurang bersih sebab tanah di sana memang macam merah2. Mongo Land pun best.
Deletewaaahhhh bestnyaaaaa aktiviti semua! bee farm tu waaahhh!
ReplyDeleteAlhamdulillah memang best dengan bee farm jugak.
DeleteGambar first je dah buat kecur air liur. Dah lah tengok hujan ni. Sedap hirup panas-panas. hihi...Macam seronok naik roller coaster ride tu tapi saya ni jenis macam berani tak berani je. Risau tersasar. Cantik tempat port lepak Mongo Land tu. Kalau saya pun tak berani nak pegang bee. Nampak sekor tersesat pun dah lari inikan banyak begini. Tengok dari jauh je lah mampu.
ReplyDeleteMemang sedap Bun Bo tu. Roller Coaster tu jenis duduk je. Memang tak laju sangat. Mongo Land dan bee farm pun best sangat
DeleteTakut lah nak roller coster cam tu... Takde tepi kot? Scary oh!
ReplyDeleteEh ok je Insyaa Allah sebab jenis duduk je.
DeleteCantik, laluan roller coaster tu. Mesti seronok sebab lalu hutan dan tengok pokok-pokok. Vietnam pun dah banyak tempat tarikan pelancong, ye. Saya baru tahu ni, lepas baca blog Mulan. Ingat orang pergi Vietnam untuk shopping saja di Ho Chi Minh. :)
ReplyDeleteMadu original, bestnya! Kalau tak pasti apa nama binatang tidur comel tu, boleh refer google lense. Nampak macam raccoon pun ada.
Memang cantik sebab lalu hutan dan pokok2. Redup je. Vietnam banyak tempat menarik dan sekarang dah ditambahbaik. Bee farm tu first time kami pergi.
DeleteBestnya. Semua cukup lengkap - alam semulajadi, makanan sedap dan aktiviti-aktiviti menarik. KSarie ni cepat kecut perut. Macam tak berani je hendak naik roller coaster, rainbow slide, zipline apa semua tuh. Rasanya kalau KSarie datang Dalat sibuk makan dan ke kedai madu je la gamaknya + tukang jaga beg begitu
ReplyDeleteAlhamdulillah memang best. Roller Coaster tu yang slow je. Zipline tinggi jugak. Nanti pergi la Dalat, banyak lagi attraction nya.
Deletemenarik betul la tempat ni esp all the rides! boleh lah i masukkan dlm my long wishlist jugak ;)
ReplyDeleteMemang menarik, pergi lah. Lagipun tak jauh attraction nya.
DeleteTgk capybara live..mana beg sekolah belakang dia..hehehehehe
ReplyDeleteHehe first time tau capybara ni.
DeleteBanyak attraction dekat sini ye, tak rugi datang 👍🏻
ReplyDeleteCapybara tu kawan oyen hehe ...
Betul memang banyak lagi attraction nya. Oh kawan oyen ya.
Deletegambar first tu saya ingatkan tomyam, pedas tak?
ReplyDeletedatanla waterfall tu boleh mandi ke? cantik air terjunnya tpi kaler agak keruh pulakk.
bestnya semua aktiviti! ada roller coaster, zipline, boleh main toboggan. rasanya selalu nampak org buat content kat sini. haiwan2 pun comel betull
kalau saya pun frust kot dah sampai tmpt madu tu tak dapat beli sebotol.
Macam Tomyam jugak tapi tak masam. Ada cili diberi sampingan.
DeleteTak boleh mandi rasanya waterfall tu. Air terjun betul agak keruh, dari dulu.
Dalat banyak aktiviti outdoor memang best. Madu tu, sedih jugak.
Nanti kalo ke Vietnam lagi, saya nak ke Dalat. Ini kota bunga kan. Cantiiik memang, dan sejuk.
ReplyDeleteRollercoaster itu ada juga di Sa Pa kemarin. Tp kata staff nya bisa pilih mau speed kencang atau biasa. Ofkors lah saya pilih paling kencang 🤣🤣. Cuma bisa dikontrol juga dari kita kan . Seruuuuu. Saya dan anak2 sampai naik 2x 😄. Lumayan mahal juga . Tp di sapa memang apa2 serba mahal. LBH mahal dr Hanoi.
Cantiiiik memang air terjunnya. Lagi2 lihat jembatannya, saya JD ingat di catcat village 😄.
Bagus juga konsep yg mongoland. Serasa betul macam di Mongolia 😄👍. Plan saya tahun depan nak ke Mongolia dengan teman2.
Ya Fanny boleh cuba ke Dalat memang seronok banyak aktiviti outdoor dan lain2 lagi. Dalat harga agak murah berbanding HCMC dan Sapa serta Hanoi maybe.
DeleteWaterfall besar dan kuat tapi masa itu air agak keruh.
Wah Fanny mau ke Mongolia, seronok sangat ni. Wishlist jugak ni.
seronok sgt tgk.. byk tempat2 yg menariks
ReplyDeleteAlhamdulillah memang seronok cuti ke Dalat ni.
Deletedulu tak ada pun bunga depan air terjun tu
ReplyDeletekosong je...
nak bergambar pun rasa takut2 sebab takut tergelincir hehehe
Ditambahbaik kan hehe
Deletetak puas naik alpine coaster ni...
ReplyDeleterasa kejap sangat dah sampai...
datanla pun dah cantik...
banyak betul bezanya berbanding sebelum ni...
Betul makin cantik
DeleteCantik, bersih dan tenang kat air terjun tu.
ReplyDeleteSiap ada bunga-bunga lagi.
Betul memang cantik bersih tenang
Deletetgk video opismate dkt mongoland main raibow slide tu..die ckp cukup la sekali naik..die mmg gayat....byk tmpt bole bergambar tu...cantik2 viewnya
ReplyDeleteRainbow slide kami tak naik sbb kena beratur lama. Lagipun nak enjoy banyak attraction lain di situ. Semua cantik.
DeleteMenarik sungguh Dalat.. dah mcm2 ado.. insyallah wishlist tahun ni atau depan boleh la nak usahakan travel ke dalat . Rollercoaster tu menarik sgt.. ok fhm nak amik gmbr kena naik berdua hihii..
ReplyDeleteMemang menarik, asalnya macam bengang je hubby ajak pergi Dalat haha. Dah sampai mula la tak cukup hari. Betul kena naik berdua baru dapat snap foto.
Delete