Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Teruslah berdoa buat saudara mara kita di sana, dibedil tanpa ehsan.
5-8 Syawal. Sementara hubby dan anak2 masih bercuti. Kami keluar radar sekejap. Nak pergi yang dekat2. Nak ke Thailand, risau earthquake. Last2 hubby suggest Dalat. Kami berdua ke Dalat dulu pada tahun 1998. Ketika itu masih sunyi dan agak mundur.
Kami naik AA sebab murah dan MAS tiada direct flight. Di boarding hall KLIA T2, nampak lah seseorang dari jauh, tersenyum gelak di kerusi. Haha JL ni kawan baik dari Vietnam dulu. Tak sangka berjumpa di airport, nak bercuti ke tempat yang sama. Gelak besar kami di airport. Antara sahabat dari Vietnam yang rapat hingga kini, lagipun dia dekat di Cyberjaya. Selalu roger2 mengopi. Dari airport kami berpisah sementara, menunggu kereta sewa + driver masing2. Nanti saya share contact Car Rental Company di post terakhir.
LE PHUONG HOTEL
29km dari airport. Kami book hotel ni sebab dekat dengan Kedai Makan Halal. Walking distance sahaja. Juga guests review agak tinggi. Selalu pilih review 8+ ke atas. Biarpun hotelnya cuma 2-3 star. Priority kami, kalau book hotel, mesti filter lowest price, location, private bathroom dan guests review yang bagus. Kalau drive sendiri, kena ada free parking juga. Senang kan apps2 hotel sekarang. Tapi selalu dengan booking dot com.
Lobi.
Luas bersih kemas. Hotel ni diuruskan oleh sebuah keluarga. Anak perempuannya Miss Phuong seorang saja kot yang agak fasih berbahasa Inggeris.
Family Room + Balcony kami untuk berempat. Asalnya diberi Family Room tanpa Balcony. Kami masuk je dulu. Tapi kami tunjuk booking bilik + balcony. Maybe lah bilik tu belum siap, tapi few minutes lepas tu Miss Phuong datang suruh tukar bilik. Lembut je tutur katanya senyum selalu. Patutlah guests review kata servis bagus dan friendly owner hotel.
Hujung tu balcony kecil je. Campak2 susun beg dulu sebab lapar. Kami bawa hand carry luggage 7kg saja seorang satu. Balik tambah 2 extra cabin size luggage 7kg tu jadi extra 14kg.
Luas selesa bersih. Ada dressing table, ada fridge kecil. Tak ada aircond sebab Dalat ni di tanah tinggi, memang sejuk.
View dari balcony.
Dulu tak banyak bangunan rumah macam sekarang.
Luar hotel.
Ada jalan lain ke Kedai Makan tapi saja2 nak jalan ikut tangga yang melalui Pasar Basah kecil di area ni.
Bila google dan search kedai makan halal di Dalat, nama kedai Sarah ni memang famous dan agak top. Antara sebab kami book hotel berdekatan. Boleh jalan kaki saja.
Kawan Vietnam kami dah sampai dulu. Hotel diorang pun berdekatan.
Melepaskan rindu. Dalat dan Ho Chi Minh, menu Pho dll ada sikit je kelainan namun tetap sangat sedap. Kami order Pho Daging, Banh Mi (Roti) Daging dan Telur.
Di HCM, Pho Daging semuanya dalam sup tapi di Kedai Sarah ni, daging dihidang asing.
Alhamdulillah semua sedap.
Pho Daging. Kami order lain2 dan kongsi. Portion besar jugak.
Siap makan, jalan2 bandar. Imagine lah, dalam bandar pun ada kebun sayur dan bunga. Tempat sejuk kan.
Jumaat petang maybe masih waktu kerja.
Masih lengang.
Dalat antara pengeluar madu di Vietnam.
Jalan2 PASAR DALAT (CHO DA LAT)
Pasarnya banyak jual barang2 makanan kering. Tak sure Pasar Basah di bahagian mana.
Lagipun hari dah petang kan.
Geram sangat tengok buah2.
Strawberry memang agak murah sebab banyak ladang di sini.
Kedai ni banyak jual makanan kering, kopi dan teh. Macam2 ada.
LATA'S DALAT nama kedai ni.
Ubi keledek sira madu di atas ni, sedap sangat. Beli satu pek.
TASIK XUAN HUONG
ialah sebuah tasik air tawar buatan yang terletak di tengah-tengah bandar Đà Lạt.
Asal usul nama tasik itu kini dipertikaikan. Ia dinamakan Xuân Hương sama ada kerana keharuman flora yang biasa ditemui di tepi tasik atau untuk memperingati Hồ Xuân Hương , seorang penyair Vietnam pada abad ke-18.
Sebelum dinamakan semula sebagai Tasik Xuân Hương pada tahun 1953 oleh Nguyễn Vỹ, pengerusi bandar itu ketika itu, ia dipanggil "Grand Lac" (Vietnam: Hồ Lớn, Inggeris: Tasik Besar ) oleh pihak berkuasa Indocina Perancis. (Wikipedia)
Siap beli buah dan jajan kering tu, kami jalan2 dan lepak sebentar di tepi tasik.
Musim bunga di kebanyakan negara 4 musim, maybe kedudukan Dalat lebih ke Utara, tempias 4 musim menyaksikan bunga2 berkembang mekar di serata tempat.
Suka sangat tengok bunga2 di sini.
Balik hotel hantar barang2. Snap satu dari balcony.
NIGHT MARKET DALAT ni agak famous walaupun tak ada yang nak dibeli except baju sejuk. Murah2 dan cantik2. Saja nak tengok suasana.
Eh ada stall jual Roti Malaysia tapi tak halal.
Jumaat malam, happening jugak.
Anak2 ajak mengopi.
Layan mengopi sambil discuss itinerary esoknya. Plan last minute, beli tiket dan book hotel dulu. Dalat ni attraction tak jauh2 so tak lah kalut sangat. Lagipun trip santai2 je.
Good night Day 1.
Peta VIETNAM.
Kedudukan Ho Chi Minh City (HCMC), tempat kami menetap selama 10 tahun dulu 1997-2007. Hanoi, ibu negara nun jauh ke Utara, hampir dengan sempadan China. Kalau ke Hanoi, wajib ke Sapa juga Fansipan kini. Kami pernah ke Hanoi dan Sapa tahun 2007 namun ketika itu Fansipan belum pun famous dan dibangunkan untuk tourism.
Dalat ke utara sikit dari HCMC namun kedudukannya di tanah tinggi menyebabkan nya agak sejuk, macam Cameron Highland kita.
To be continued.....
Terima Kasih singgah baca/komen dairi seorang Mulan. Take care dan senyum selalu.
Bestnya sbb cuaca sejuk...anyway, i'll be traveling to hanoi in june tp utk work trip, pergi dgn boss dan exco members(kena present paper jugak) kat uni @hanoi
ReplyDeleteMalam tidur kena pakai sweater. Hotel tak ada aircond. Hanoi pun much better sekarang.
DeleteOh baru tau Dalat ni sejuk ala² CH... Best la kalau melancong tempat gini
ReplyDeleteAlhamdulillah memang best
DeleteSaya baru tahu tentang Dalat ni. Ada juga tanah tinggi di Vietnam, ya. Salah satu gambar di night market tu, plushies comel-comel tu, macam hasil crochet (kait). Best, jalan-jalan tengok tempat orang. :)
ReplyDeleteWalaupun kurus memanjang Vietnam ni, tapi masih ada tanah tinggi. Ya plushies tu comel2. Alhamdulillah memang best.
DeleteWah, ada jalur gemilang kat signboard dia!
ReplyDeleteKan, ada jalur gemilang di situ.
DeleteMenarik Dalat ni..
ReplyDeleteehh.. kalau tengok peta Vietnam ni besar dan memanjang negara dia. Siap bersebelahan dengan Cambodia & Laos.
Memang menarik. Betul kurus memanjang Vietnam ni.
DeleteBestnya jalan-jalan tempat macam ni. Dalat antara dlm wish list juga . So share yer boleh jadi rujukan nanti.
ReplyDeleteAlhamdulillah memang best. Insyaa Allah slow2 akan update.
DeleteDalat..hmmm..boleh recommend kat pakcu/maksu yg baru pencen..mesti dia suka..hehehehehehe
ReplyDeleteDalat ni best, boleh untuk semua umur jalan2 tengok nature.
DeleteCantik jugak dalat ni ek... no wonder tgk selalu org holiday di sana
ReplyDeleteMemang cantik. Sebelum ni tak ada apa sangat.
DeleteBest juga tempat ni ya Mulan. Dari hotel tu Mulan jalan2 ke tempat2 kat atas tu ya? Atau Mulan naik cab ke....Bunga pun cantik2 terapi mata betul la.
ReplyDeleteAlhamdulillah memang best. First day tu memang jalan kaki je. Musim bunga memang cantik lah bunga tengah mekar.
DeleteX ada peluang lagi nak pergi...dapat tgk pun jadi...
ReplyDeleteInsyaa Allah ada rezeki nanti.
DeleteDalat is my wishlist jika saya nak pegi vietnam, sebab tempatnya cantik dan sejuk! Geram tengok buah2 tu, terutama strawberi! Mesti maniss
ReplyDeleteMakanan vietnam saya pernah makan pho tu je, banh mi tk pernah lagi cuba. Sihat betul menu diorang ni bersepah sayur xD.
Insyaa Allah sampai nanti. Dalat memang cantik dan sejuk. Strawberry memang manis. Hehe memang ya, food diorang bersepah sayur.
DeleteSaya ke Dalat Jan 2020 sebelum Covid.. Sarah Restaurant belum ada lagi rasanya..
ReplyDeleteMacam baru jugak Restoran Sarah ni.
DeleteSelamat kembali ke Dalat. Lama tu tahun 1998.
ReplyDeleteAlhamdulillah seronok
DeleteTeringin juga nak pergi negara-negara di utara tanah air.. Thailand pun saya belum jejak lagi. Hihi.
ReplyDeleteInsyaa Allah sampai nanti
DeleteKawan- kawan office dah ramai pi sini kak..SA x pi lagi...menunggu lagi Dania habis belajar atau cuti panjang skit...rasa nak pi gak...Sapa dan Fansipan tu jadi bualan kat office ni...kena pi jugak ni..HCMC SA dah pi 2 kali
ReplyDeleteInsyaa Allah sampai nanti. Sapa dan Fansipan pun kami nak pergi jugak Insyaa Allah. Sapa dah sampai, Fansipan belum.
Delete2 org opismates aritu pegi DALAT juga....meriah tgk brg2 kering kt pasar tu....happening ye jumaat malam tu..meriah
ReplyDeleteDalat best, banyak attraction sekarang.
DeleteBoleh pulak terserempak dengan kawan di Airport. Tersama pulak bercuti di tempat yang sama ye. Bagus bilik boleh tukar. Yelah kan, kita book lain ada balcony. Dapat pula bilik tak ada balcony. Ada balcony baru best. Cantiknya hidangan permandangan tu. Tenang betul bercuti begini. Santai-santai je.
ReplyDeleteAlhamdulillah sangat terjumpa bestie di boarding gate. Gelak kami.
DeleteAlhamdulillah dapat tukar bilik. Selalu kalau dah book, boleh je inform sebab sah2 dalam booking dah tertera jenis bilik kita book.
Ala...baca entry ni masa tengah ganti. Memang mengundang ngences bila tengok gambar pho tuh. Cantiknya Dalat. Banyak bangunan rekabentuk Perancis juga ye? Sebab pernah terbaca Dalat ni dibuat tempat peranginan untuk tentera Perancis yang pernah menjajah Vietnam sebab Dalat kawasan tanah tinggi dan sejuk
ReplyDeleteHehe pho tu memang sedap. Dalat cantik sebab di tanah tinggi. Betul rasanya tentang Dalat tempat peranginan tentera Perancismtu, sebab Vietnam memang pernah ditakluk Perancis dulu. Senibina bangunan memang merata lah, macam senibina dan rekabentuk Perancis.
Delete