Thursday, October 24, 2024

LEMAK MANIS ALA AMBOI AMBOI.


Subhanallah cantiknya sunset. Me - driver on duty lagi.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat Palestine, Lebanon dan negara2 Islam yang lain.

Ahad petang kan baru sampai dari KL. Isnin pagi macam biasa settlekan banyak hal2 rumah. Baru nak duduk sekejap sebelum Zohor, hubby hantar mesej. 

"Kemas baju, petang ni pi KL, esok lusa (Selasa/Rabu) ada meeting di KL. Banyak kerja now, tak boleh pergi awal. After 5pm camtu. Rabu petang balik after 5pm".

Jom kita nyanyi...

Lemak manis, alah, amboi-amboi
Santan kelapa, alah, amboi-amboi
Kupandanglah manis, alah, amboi-amboi
Anak siapa.....


Alhamdulillah kereta tak banyak, tak hujan. Kita tekan minyak lebih sikit 140-150/160. Hubby tak komplen, tak apa, lagipun dia zzzzzz penat balik kerja. Sampai KL, dia nak ke Kg Baru lagi untuk dinner, memang lapar jugak. 


Hasrat nak ke WANJO tapi ramainya orang. Hubby kata masuk KAK SOM je lah sebab tak ramai.


SOMTAM & PULUT MANGGA. 
Yang favorite ni jugak la kami order. Nak order lebih, tapi tengok PULUT MANGGA tu banyak betul. Sesungguhnya, memang kenyang + CARROT SUSU & lupa hubby order air apa. 


Antara juadah lain di KEDAI KAK SOM.


Ada juga MEE CELUP dll. Di kedai lain sepanjang jalan, ada makanan yang tersiap bungkusnya. Grab, Pay and Go. Ada LATOK, PULUT MANGGA, KERABU MAGGI kot. Semua nampak sedap. Hubby beli LATOK untuk tapau. Sedap.


SELASA pagi 6.20am. Brisk walk @ KLCC PARK.


Awalnya sudah berkerja. Crane dah bergerak.



BANGGA sebagai rakyat MALAYSIA, macam biasa. Selasa pagi tu, hubby kata maybe boleh balik sebab meeting hari RABU tak perlu attend. Yeyy. 


Sunset dari bilik, HOTEL PERDANA. Dulunya PNB & SIME DARBY PARK. 

Patutnya balik Selasa petang tapi paginya pukul 9am, hubby call kata, meeting RABU kena attend. Okidoki. Tak apa sebab memang tak ada plan nak ke mana2. Layan drama, movie kat bilik je. Penat ulang alik ni, pack unpack. Santai2 di bilik je.


RABU pagi. 


Cantik bulan. Subhanallah.


Breakfast. Tunggu telur mata.


ROTI BAKAR + TELUR MATA + SAMBAL NASI LEMAK. Sedap tau. Oat, buah, yogurt semangkuk kecik, ambil kemudian + CAPPUCCINO. Alhamdulillah kenyang.


Nak check out 12pm. Babai KL.


CAFE JELIRO SENGOTI.

Singgah sini lagi. Order DAGING PEKASAM & IKAN BEKAP. Sedap. TELUR SOTONG tak ada.


Driver on duty lagi. Halfway je lah sebab mengantuk, menahan mata. Terang cuacanya Alhamdulillah.

3 comments:

  1. Alaaaa...akak dah balik...next time kalau datang lagi bg tau ye..boleh lunch sama..jumpa kat mana- mana kan...

    ReplyDelete
  2. bestnya dpt mkn2 sambil jd peneman mr hubby gi keje outstation tu...err tajuk entry ni buatkan i terus ternyanyi hahhah

    ReplyDelete
  3. Sis, nak tanya cafe jeliro tu belakang kedai tayar tu ke? Semalam cuba singgah..abang gebu kata mana ada kedai makan..kedai tayar ada la..walaupun signboard depan mata..hehehehehehe

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com