Monday, October 14, 2024

WEEKEND DI KOTA. JJCM. JUMPA ANAK SOLEHAH & BFF.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat Palestine, Lebanon dll negara Islam. 


Petang KHAMIS lepas, ke kota lagi. Hubby ada meeting. Rasa macam di oversea, bila tengok high rise building ni.


Sampai KL 6pm, hubby ajak ke KG BARU untuk dinner. Wahh dah lain dari dulu.


Macam2 restoran ada.


View dari tempat parking kereta. RM5 untuk 3 jam. Cantik betul kaktus di luar rumah ni.


Dah gugel awalnya. SATE PADANG. Alhamdulillah jumpa. Ada sate ayam, daging, paru, limpa jugak rasanya.


Yeyyy dapat SATE PADANG PAK SAF. Sedap. Dah dapat sate, hujan turun selebatnya. Alhamdulillah kami dah dapat meja sebelum nya. Bukan restoran, sate ni dijual di tepi jalan je, tapi ada meja dan kerusi lipat berhampiran. Ada restoran yang dekat, ambil order untuk minuman. Bila hujan, kami disuruh ke dalam restoran yang berdekatan.


On the way ke hotel, lalu berdekatan SALOMA BRIDGE. 


Macam biasa, suka check in di PNB PERDANA HOTEL. Biar lah hotel lama pun, selesa sebab luas. Macam apartment. Ada kitchen. Staff pun ada yang kami kenal lebih 10 tahun.


Lepas Subuh pagi JUMAAT, macam biasa hubby ajak brisk walk di KLCC PARK.


Balik dari brisk walk, terus singgah breakfast. Sepinggan ni je + sedikit buah yang dapat dihabiskan. 


Lepas hubby ke office, pukul 10 ke IKEA CHERAS. Berkenan betul kerusi rotan. Tapi yang beli, tempat terap pinggan tu je. Suka guna yang ni. Hubby siap meeting, kami balik Putrajaya. Macam biasa cuci sisa buangan Oyen2 yang tak tau siapa punya. Hehe.


7.15am. SABTU pagi. FOOD COURT PRESINT 9. 
Makan sebelum brisk walk. Tak banyak kedai buka. Alhamdulillah kedai karipap dah buka. Beli NASI LEMAK RM3. Sedapnya. Hubby makan 2 bungkus. KARIPAP PUSING memang sedap. Pastry nya bukan jenis pecah berderai2. Menyesal beli 3 je. 


Dah siap makan, CEKODOK PISANG baru siap goreng, alahai. Next time lah.


Masih awal, maybe dekat pukul 8, baru buka sepenuhnya.


First time ke sini.












Memang cantik. Macam di ALISHAN, TAIWAN pun ya.


12pm, dating sekejap dengan KERTEH BFF MOMMIES di SUNWAY GEO, sementara hubby ambil anak solehah. Sambil visit Yatt yang baru buat surgery mata.


SOPOONG @ CITTA MALL. Hubby nak makan Korean food. Anak solehah order favorite nya, BULGOGI STEW. SET UDON & KIMBAP untuk saya. Hubby order apa ya, lupa dah. Semua sedap Alhamdulillah.


MANGO BINGSU. Sedap sangat. Lupa snap foto.
(Foto: Foursquare)


AHAD
Siap2 cuci kemas rumah, dah tak ada apa nak buat, kami pack barang dan gerak balik. Singgah CAFE JELIRO SENGOTI, AMPANG. Owner nya kawan baik adik no3. Cafe ni tepi KEDAI TAYAR. Kurang nampak dari main road. Parking pun tepi main road. Kalau guna Waze, slow2 bila hampir sampai, takut terlajak.


NASI DOMOK AYAM, TELUR SOTONG, AIR ASAM PERUT.


TELUR SOTONG. Sedapnya. Crispy luar nya, juicy telur sotong tu.


AIR ASAM PERUT. Serius sedap.


TEH AIS MADU. Sedap.


Menu di dinding cafe. Scan QR untuk order.


Suasana dalam cafe. Tak besar. Servis cepat. 


Alhamdulillah sedap untuk kami. Banyak sangat menu. Memang kena datang lagi. Adik no3 suka SINGGANG DAGING & KERABU MANGGA IKAN katanya.

Nak detail, tengok INSTAGRAM CAFE JELIRO SENGOTI.


12.45pm kami pun drive balik Kuantan. Alhamdulillah smooth semuanya.

3 comments:

  1. Ala..hai..dekat bebenor cafe jeliro sengoti tu dengan rumah keramat...boleh cuba ni untuk lunch..

    ReplyDelete
  2. Banyak juga tempat yang sempat singgah ..

    ReplyDelete
  3. Lamanya tak pi JJCM kat kg baru tu. port zaman bujang dulu suka datang situ.

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com