Wednesday, November 06, 2024

LAKSA 3 RASA, MIANG PLA PAO, MARBLE CHOCOLATE CAKE


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat Palestine, Lebanon dan negara2 Islam yang lain.


KHAMIS, DEEPAVALI.
Balik brisk walk, bancuh satu adunan MARBLE CHOCOLATE CAKE. Tapi buat 2 bahagian, untuk anak soleh dan kawan Shah Alam yang datang untuk majlis perkahwinan anak kawan kami.


Alhamdulillah elok jadinya, tak lekat. Suspen selalu sebelum terbalikkan kek.


MIANG PLA PAO.
Sorry nama ni jumpa ketika gugel. Betul ke tak, entah. Lunch semalam. Ikan banyak lagi dalam freezer. Gugel2, Alhamdulillah banyak juga bahan yang ada. Telur rebus, jumpa dalam fridge. Tengok banyak lalu lalang di medsos. Teruja nak buat. 


Tak tau ikan apa, gaul garam kunyit. Masuk air fryer je, malas percik2 minyak kalau digoreng. Malas lap dapur, macam biasa :)


Sambal nya, guna apa yang ada. Kalau diorang tumbuk, kita masuk blender je. Lada kecil 1-2 (tak kuat pedas), daun sup segenggam (tiada akar daun ketumbar), jus 2 limau nipis, 1-2 sudu teh sos ikan, 2 sudu besar gula. Rasa2 lah ikut citarasa masing2. Tambah jika perlu, apa yang kurang. Jangan letak air.  


Jumpa suhun dalam kotak pantri. Antara sebab buat MIANG PLA PAO ni. Serius sedap, first time makan. Maybe ini lah rasanya kot. Tak apa, kita yang makan dan proses semuanya kan.


LAKSA PENANG.
Throwback, buat 2-3 minggu lepas. Laksa dan isi ikan dikisar banyak lebih. Simpan dalam freezer.


LAKSA KUAH PUTIH. Breakfast pagi tadi.


Semalam jumpa semua ni dalam freezer. Spaghetti, laksa dan isi ikan kisar + air. Semua nya frozen. Lepas Subuh bawa keluar dari freezer. Boleh letak container dalam mangkuk/besen besar berisi air panas, atau defrost dengan microwave. Actually malam sebelum tidur pun elok. Laksa putih tu tak banyak. Portion untuk seorang je.


Kuah ikan putih + 1/2 bunga kantan + bawang besar dan garlic kisar + serbuk lada hitam + daun kesum + garam gula + santan. Masak dengan api sederhana sampai masak lah.  


LAKSA KUAH PUTIH


Complete set. Apa2 yang ada. Tak ada daun kaduk, kurang ummphh. Yang ada dalam peti, kobis, timun dan green coral lettuce (daun salad kampung).

Sambal tu, sambal belacan biasa lah. Lada besar 5, lada kecil 1, belacan 1 inci, jus 1 limau nipis, garam gula secukup rasa.


LAKSA PAHANG INSTANT 

Kuah laksa putih ada extra, tapi laksa putih tinggal ikit, segenggam ibaratnya. Hubby tak dapat habiskan. 


Resepi ni ada banyak versi. Tadi buat ikut apa yang ada. 
Tumis 1/2 bawang besar + 2 garlic dikisar. Masukkan 1 sudubesar serbuk Kari Ikan. Masukkan ke dalam periuk berisi kuah laksa putih. Masukkan 1/2 bunga kantan yang extra + 1 sudu kecil udang kering dikisar. Tambah garam gula dll jika perlu. 


Makan dengan spaghetti. Sambal Belacan dah siap, yang dimakan dengan LAKSA KUAH PUTIH. Sayur2 pun yang sama. Alhamdulillah sedap walaupun tiada lengkuas, serai, halia dll. Laksa Pahang ke, Laksa mana2 ke, banyak versi nya. Semua ikut selera masing2 kan. Ada letak ikan masin, udang segar, udang kering, macam2 lah. Saya buat ikut apa yang ada, tapi kena la cukup rasa hehe mesti nak sedap. Bahan utama perlu ada, yang lain tu, add on je. 

Alhamdulillah atas segala nikmat ALLAH.
Take care semua. Stay strong + safe + sweet.

Till later, dairi dapur seorang Mulan untuk kali ini. 

2 comments:

  1. saya teringin nak buat laksa johor,harap2 menjadi la buat weekend ni

    ReplyDelete
  2. Mesti sedap kan sis mulan kuah2 laksa tu...kecur air liur kita tau..hehehehehehe..

    ReplyDelete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com