Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan.
Semalam MASAKI sampai. Tergoda dengan iklan yang lalu lalang di social media. Non stick, pemegang yang boleh ditanggal/dipasang, saiz tak besar juga putih warnanya, boleh terus hidang di meja. RM86 semuanya dari Shopee.
Pagi tadi dirasmikan. Sejenis saya yang tutup periuk ketika menumis. Kurang rajin mengelap kalau merecik.
Alhamdulillah memang non stick. Lompat bintang suka sangat. Di rumah ni sudip senduk semua jenis silicone, tiada jenis besi atau seangkatannya. Noxxa pun tak boleh guna sudip besi. Periuk kuali non stick kami tiada calar terkupis, bertahan bertahun2 Alhamdulillah. Basuh pun cara lemak manis ala amboi2, dengan sponge kuning yang lembut, bukan sponge hijau, jenis net apalagi berus besi. Kena lah jaga kalau tak nak calar. Definitely NO gonyoh2 lah barang non stick ni.
Menu breakfast pagi tadi.
Wajib lah ada keropok keping dan sos keropok (dah susut sos nya dalam botol tu). Senang goreng mihun dalam periuk, boleh terus hidang. Tak rajin nak mencuci banyak2 periuk kuali semua.
Macaroni Ala Aglio Olio + Sosej Kuda
Lunch tadi. Ada frozen macaroni siap rebus, dalam secawan. Microwave sekejap bagi lembut. Tumis garlic cincang dengan butter + sosej kuda (beli di Kazakhstan baru ni) dipotong kecil. Masukkan shiitake mushroom, kobis bulat yang dah nak kecut, oregano, garam dan mushroom seasoning (pemberian Fanny). Bila dah masak, masukkan potongan cherry tomato, tabur parmesan cheese dan drizzle minyak zaitun.
Biskut Ladyfingers (contoh) yang di-order, dah sampai kelmarin.
Bila masak2, ada yang membantu, mengemas mencuci lagi lah seronok.
TIRAMISU COMOT. At least 3 jam dalam petisejuk.
Hubby balik kerja, rasmi dulu. Alhamdulillah elok jadinya.
Sekali hadap 4 beranak. Terpaksa disimpan. Boleh je habis kalau dibiarkan.
Klik ---> RESEPI TIRAMISU
Dinner tadi. Jumpa isi ikan dalam freezer, yang hubby tangkap dulu. Buat FISH N CHIP lah. Menu macam ni senang sebab sayur tak perlu masak hehe. Ikan dah macam Pisang Goreng. Tapi batter tu memang sedap resepi nya. Krup krap krep. 4 sudu besar tepung gandum, 2 sudu besar tepung jagung, 3/4 sudu kecil baking powder, 1/2 sudu kecil soda bicarbonate, garam secubit dan AIR AIS. Adunan kena pekat. Salut ikan dengan tepung gandum dulu, kemudian baru dicelup adunan batter. Goreng hingga masak kekuningan, yang ni dah ke-PERANG-an. Ter-lalai. Siapa tau warna PERANG?
Kami makan dengan TARTAR SAUCE, lupa diabadikan dalam foto. Abaikan sayur berterabur sebab nak cepat. Adunan ni untuk goreng pisang/cempedak pun sedap, bagi kami lah.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.













Terjegil kejap mata saya, ingatkan salah tulis sosej kuda tu...
ReplyDeleteThen baru ingat Akk gi Kazakhstan, sana mmg biasanya makan daging kuda kan
P/S: nak pi usha la set MASAKI tu 😍
Hehe sosej kuda. Yeahhhh sila usha MASAKI 😍
Deletemenarik periuk tu. nanti nak cari jugak la. kitonyo suka yang mudah2 ni terus hidang atas meja je.
ReplyDeleteSila beli hehe
Deletemenu semua terbaek laaa...dlm byk2 tu, MZ terliur makaroni!
ReplyDeleteMacaroni memang favorite kat rumah ni
DeleteAntara equipment dapur yang masih dalam whislist....pan non-stick...mungkin jenama MASAKI boleh diambil perhatian
ReplyDeleteKami memang dari dulu guna non stick sebab malas cuci periuk hehe
Deletealamak macam dah teracun juga ni dengan periuk tu...
ReplyDeleteYeahhhh sila beli
DeletePerang? Warna brown Mulan....nampak rangup salutan ikan tu Mulan....
ReplyDeleteHehe ya Ezna warna perang tu brown. Ada orang tak tau. Memang rangup batter ikan tu.
Deletewaduhhhh dah lama simpan troli masaki ni tp tu lah sbb dia color putih, bonda mcm kurang minat color putih.. nak color purple,merah,hijau gitu ehehe.. waduhhhh sedapnyaaaa fish n chip tu!
ReplyDeleteYeahhh sila beli MASAKI hehe. Alhamdulillah sedap untuk kami 😍
DeleteCantik kak, ada nampak jugak lalu lalang tapi baru lepas membeli set periuk dessini, beli jenis yang boleh hidang utas meja untuk raya kononnya. Macam la ada orang nk datang rumah dia kan hahahah
ReplyDeleteBest periuk ni sebab pinggan putih banyak kat rumah maka lepas masak angkat terus atas meja hehe sedondon lah nya
DeleteSenangnya periuk lepas masak terus hidang
ReplyDeleteDah tak payah nak basuh banyak2, mudh kerja
Sedapnya tiramisu, mesti tekstur sama mcm cheesekut kan?
Betul Cuya tak payah basuh banyak.
DeleteBetul tiramisu tu macam cheesekut rasa nya
Masakan istimewa ni sebab ada sosej kuda 😀
ReplyDeleteBawak balik untuk anak2 rasa 😄
Deletemakanan favourite sy belako dlm ni. Terus terasa lapar pulak. Yummy...
ReplyDeleteAlhamdulillah yummy
DeleteUntungnya yang tukang rasmi tu!
ReplyDeleteHehe cepat je dia
DeleteComel je sosej kuda 🤭 Anyway periuk tu aesthetic laa
ReplyDeleteSosej Kuda yang kami bawa balik dari Kazakhstan baru ni hehe. Periuk tu memang best
Deletecute pulak set non stick pan tu. nampak berkualiti!
ReplyDeletewahh elok kejadian tiramisu :D saya daripada awal dia viral tahun lepas smpai sekarang tak makan2 lagi. kitonya tak makan kopi sangat hehe
Non stick dan ringan memang lah suka. Oh Mazni kurang suka kopi ya. Rasa ada yang buat guna matcha kot.
DeleteCantiknya set non stick pan putih tu. Kalau Mulan beli memang akan dimanfaatkan dengan jayanya. Kalau KSarie yang beli rasanya samada jadi gajah putih atau rebus-rebus sayur macam tuh je la. Fish and chip tuh menggodanya. Molek kejadian tiramisunya
ReplyDeleteMemang cantik kan KSarie apalagi warna putih sedondon pinggan di rumah, lepas masak terus hidang ke meja. Alhamdulillah tiramisu dan fish & chips elok jadinya
Deletesaya penasaran dengan rasa daging kuda... dulu sempat di jkt ada warung makan yg jual daging kuda.. tp kami tak tahu halal tidaknya, sebab banyak yg bilang kudanya berasal dari kuda2 yg sudah tidak bisa berpacu.. so, yang menyembelih tak jelas siapa... krn itu saya tak nak mencoba..
ReplyDeleteladies finger tuh beli dari toko di Tangerang kak?? jauuuh sangat hahahaha... tangerang tuh 40 menit dari jakarta.
Rasa daging kuda ini sedap, agak sama dengan daging lembu cuma bau lebih kuat dan hamis. Kalau di Kazakhstan produk nya susah dilabel halal. Wah di JKT ada dijual daging kuda ya.
Delete😄😄😄 Gambar ladies finger itu dari Shopee.