Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat semua, di mana-mana jua, yang terkesan dengan apa jua dugaan.
Petang semalam macam malas je mood nak masak dinner. Buat lah operasi search & rescue, fridge dan freezer. Ada isi ayam (potongkan dadu/kecil supaya cepat masak), ada macaroni (cooked), broccoli sekuntum, ada carrot sepotong, shiitake mushroom, ada capsicum suku bulat. So, tumis garlic cincang dengan butter. Masukkan ayam, broccoli, carrot, capsicum dan shiitake mushroom. Bila hampir masak semua sayur, masukkan macaroni, oregano, garam gula perasan apa2 lah. Last nya, drizzle olive oil.
Nak makan boleh tabur parmesan cheese. Add on crispy garlic chilli dan jalapeno. Masak macaroni macam ni sebab nak letak banyak sayur. Macaroni tu tak banyak mana. Usaha untuk makan banyak sayur. Resepi ala2 aglio olio tapi versi malas saya. Ada balance macaroni ni, simpan dalam fridge.
Breakfast anak soleh pagi tadi. Leftovers macaroni semalam.
Gaul semua dengan 2 telur dan sedikit susu yang dipukul. Buat macam omelette atau frittata atau telur dadar, paling senang masak dalam non stick pan.
Terbalikkan dan letak sliced cheese.
Yummm... Alhamdulillah diberi ilham.
Anak soleh makan dengan sos cili.
Favorite sepanjang zaman. Breakfast mummy nya tadi. Roti Wholemeal dibakar, dimakan dengan butter dah kaya (buat sendiri). Kaya tu resepinya cuma telur, santan dan gula. Sebahagian gula dibuat gula hangus dulu. Boleh juga guna Gula Melaka juga. Culas mengacau maka berketul2 kaya tu tapi it's ok sebab yummeh. Alhamdulillah.
Hubby beli nasi lemak untuk breakfast nya. Tak habis. So queen dia makan untuk lunch sekarang ni. Tambah telur mata. Timun kemudian. Sedap pulak nasi lemak ni, macam tak cukup. Namun, Alhamdulillah. Dia lunch di plant (tempat kerja) lah.
Breakfast pagi Selasa. Jumpa sup tulang dalam freezer. Keluarkan malam sebelum nya. Tambah sup punjut.
Cerai2 daging pada tulang, senang nak makan. Mihun siap celur pun ada dalam freezer. Makan dengan daun salad saja + limau nipis dan sambal kicap Enaq yang memang enak.
Tadi balik rumah mak. Bawa mak keluar beli lauk dan ke ATM. Semua nya dekat rumah mak saja. ATM dalam area UNIPSAS. Memang mak call suruh balik rumah sebab kotak ni. Semalam mak ke dewan mana entah dengan uncle. Dapat 2 KOTAK REZEKI ni. Sebab mak antara penduduk TAMAN GURU KUANTAN yang terjejas dengan banjir baru2 ni.
Banyak betul Alhamdulillah, mak suruh ambil sebab mak tak nak semya. Katanya dah ada. Cakap mak, kita pun dah ada. Potpet2 mak so ambik jugak lah mana yang tak ada.
Ada kicap Jalen botol besar, biskut 3 jenis, mihun, kopi, teh, susu, beras 5kg, gula, tepung dan banyak lagi.
Satu lagi kotak ada barang kebersihan diri.
Ambik yang ni je. Tepung, garam, biskut Marie dan kicap. Tunggu adik lelaki balik weekend ni untuk sapu yang lain. Kicap Jalen tu door gift wedding. Mintak mak yang ni sebab kecik. Yang dalam kotak rezeki tu, yang paling besar, tak nak lah.
Mintak mak tolong order kan kuih cakoi dari Tok Penghulu. Mak kata ambik dalam freezer dia. Mak ada order kan juga kobis gulung inti ayam, makan dengan sos chilli garlic. Mak sepupu yang buat jual. Nak bayar mak, tadah lah telinga di potpet2 nya. Alhamdulillah rezeki. Moga mak sentiasa dalam lindungan Allah, murah rezeki, sihat dan ceria. Ahad baru ni, satu van ke Raub day trip, makan durian dengan geng pencen/surau dan geng travel. Mak siap pesan, jangan ada sesiapa balik Ahad tu, haha. Biarlah mak bersosial dengan geng dia. Arwah papa meninggal, mak umur 44 tahun. Sekarang dah 70an.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.














mulan sgt kreatif bab2 memasak. dh mcm chef tersohor gitu! boleh masuk masterchef ;) saya selalu terliur tgk mcm2 gmbr mknn kat blog mulan ni!
ReplyDeleteKalau makan takut boring so improvise sikit je hehe
DeletePergh macam peti doraemon. Ting jadi ini ting jadi itu. Best lah. Alhamdulillah semuga Allah kurniakan kesihatan yang baik buat mak mulan yang sentiasa berbagi2 rezeki dengan anak-anaknya. Aamiin. Kobis gulung inti ayam tu sedap ke. Ada jual frozen ye.
ReplyDeleteBanyak sangat tengok tv dulu hehe Alhamdulillah dapat idea. Aamiin, doa untuk mak. Kobis gulung mak sepupu memang jual frozen.
DeleteAlhamdlillah rezeki untuk Mak Akak dapat bantuan...biasalah kak..Mak kan...kalau x amik nanti kena la dengar pot pet dia...so kena la ambik..skrg SA plak mcm tu ngan adik beradik..hahaha
ReplyDeleteAlhamdulillah hehe mak2 gitu lah kan.
Deletewarghhhh macam2 resepi macam2 menu
ReplyDeletemenyelerakannnn!!!
Alhamdulillah
Deletewahhh best tu
ReplyDeletedalam 1 kotak ada macam2 barang
puas nak guna nanti...
Memang banyak
DeleteWah, Mulan buat kaya sendiri je. Tak perlu beli dalam tin. Lagi pun, makanan dalam tin bukan sihat sangat, kan. Alhamdulillah, banyak barang mak Mulan dapat bantuan banjir.
ReplyDeleteCari resepi senang rupanya. Alhamdulillah penuh kotak rezeki tu
Deleteterrornya buat kaya sendiri... rezeki tu dapat bantuan banjir... mcm mcm plak isinya... syukur alhamdulillah
ReplyDeleteKaya tu senang je buat sebenarnya. Alhamdulillah rezeki bantuan banjir.
DeleteSikit sangat nasik lemak tu... cukup ke?
ReplyDeleteTak cukup sangat haha
DeleteAlhamdulillah. Rezeki saya juga dapat jamu mata di sini. Sedap-sedap semuanya.
ReplyDeleteThanks Kak Amie singgah sini.
DeleteYg saya suka kalau baca blog kak Mulan, sebab banyak idea menjadikan leftover jadi makanan yg kembali sedap 😍😍😍. Tak terpikir pula sisa macaroni dibuat omelet 😍😍😍. Saya lagi ada macaroni, nanti nak buat lah.
ReplyDeleteSaya kalau dapat barang2 di atas, terpikir juga nak kasih ke orang lain. Sebab saya sendiri tak sering pakai benda2nya. Sayang kalau expired lama2. Better kasih ke orang lain.
Uwaaah cakoi dan kobis gulung tuh nampak sedaaaap kak. Snack fav niih 😄😍😍. Semoga Mak selalu sehat yaa 🤗☺️
Sekarang boleh gugel juga Fanny 😍😍 kalau malas fikir. Nak repeat makan yang sama nanti kan boring.
DeleteKotak rezeki tu memang banyak sangat Alhamdulillah. Mesti dikongsi.
Cakoi dan kobis gulung memang sedap 🥰🥰🥰
Aamiin untuk doa buat mak 🥰
Alhamdulillah seronok dengar bondanya sihat² dan aktif gitu. Kita ni tumpang dengar cerita mak orang pun rasa happy ☺️
ReplyDeleteBanyak juga barang² dlm kotak rezeki tu ye...
Alhamdulillah kita pun tumpang seronok.
DeleteMemang banyak kotak rezeki tu Alhamdulillah
Dana kalau tengok akak punya blog, jadi ada idea masak memacam sebab tengok rajin betul akak masak tak mcm dana yang selalu takde idea hehehe. Meriah kotak isi bantuannya tu, alhamdulillah ye kak. Mak akak memang setia ya, tak pernah kahwin lagi lps arwah ayah akak meninggal.
ReplyDeleteNak repeat makan yang sama kan boring so gugel2 lah otak dan internet. Memang meriah kotak rezeki tu Alhamdulillah. Mak memang tenang selesa sendiri.
Deleteana plg suka tgk sis mulan inprovise left over & tak terbuang! dapnyeeee nampak! betul lah kan biarlah mak healing dgn geng mak hehe
ReplyDeleteNak repeat makan yang sama macam boring kan hehe. Betul biarlah mak bersosial dengan kawan2 dia.
DeleteAlhamdulillah. Meriah juga kotak bantuan mangsa banjir tu. Menu sarapan pun sedap2 belaka...
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeletePeti ais Mulan asal barang jadi makan. 👏 banyak idea masak even campak2 pun. Sedap2 pula tu.
ReplyDeleteHehe tu lah takut sup daging frozen tu jadi lain so kena lah guna cepat.
DeleteAlhamdulillah rezeki emaknya berkongsi kotak bantuan dengan Mulan. Menu sarapan campak-campak Mulan pun nampak level hotel dan high end. Mulan boleh ke bagi tips untuk rajin memasak ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah rezeki dapat kotak bantuan tu. Alaaa photo trick je KSarie hehe.
DeleteAlhamdulillah, ramai menunya.
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteSilap baca entry ni di pagi isnin yg baru nak skip breakfast hahaha..
ReplyDeleteTengok je Afif sure kenyang hehe.
DeleteWow rajinnya Mulan…buat kaya sendiri! 👏🏽
ReplyDeleteEh cakoi pun ada jual frozen. Best boleh makan bila-bila masa.
Geli hati baca pesanan mak tu. MasyaAllah hebat maknya dah lama hidup tanpa suami di sisi.
Senang sebenarnya tapi tu lah malas, tapi sebab nak makan, buat lah sikit. Sebenarnya Ujie kalau ke kedai frozen memang macam2 ada tau. Alhamdulillah mak tenang dan selesa hidup sorang2. Memang camtu lah mak kita kan mesti macam2 lah pesanannya tu hehe.
Deletesuka tengok resipi leftover camni, semuanya kreatif!
ReplyDeletealhamdulillah, mak masih sihat ye. ada geng2 pencen, takla rasa sunyi <3
Nak repeat makan yang sama macam boring hehe gugel lah dalam kepala ni Alhamdulillah dapat idea.
DeleteMemang aktif geng pencennya, Alhamdulillah tak lah sunyi mak tu.
Bila ada warna dalam masakan rasa teringin nak makan masakan tersebut.
ReplyDeleteBetul Ezna ni start buat nak suruh anak2 ni makan lah
Deletealhamdulilah semua bantuan cukup..musim awal tahun memang sllu hujan..sentiasa berjaga-jaga..
ReplyDeleteAlhamdulillah semua dah ok
Delete