Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat semua, di mana-mana pun, yang terkesan dengan apa jua dugaan.
Ahad, lepas makan2 kami berempat, celebrate birthday hubby di KL, terus drive balik Kuantan. Seronok sebab anak solehah cuti semester. Dapur semestinya lebih berasap.
Ada lah beberapa yang di-request nya. Bread machine pun keluar. Masuk semua dalam BM. Kadang doh naik awal, kadang lambat. Seeloknya tunggu naik walaupun lambat, tapi kalau 2 jam tak naik2, potong kecil2, terus bakar api 200'C atau goreng. Cicah kopi, sangkaya atau chocolate spread. Tak pernah buat tapi sekumit idea saja.
Lepas sejam setengah, Alhamdulillah naik dohnya. Roll kan supaya empat segi.
Agak2 sebegini dohnya selepas di-roll. Demi menjaga sensitiviti semua ahli family yang diet, kita skip brown sugar. Taburkan cinnamon powder dan chocolate chip saja.
Digulung dengan berhati2. Diukur berapa panjang, dibahagi 9 (ikut masing). Toothpick bersih diguna untuk tanda.
Nak cantik, kena guna benang untuk memotong doh.
Disusun dalam loyang yang digris.
Ditutup dengan kain, tunggu sehingga doh naik.
Setelah sejam. Alhamdulillah naik.
Dibakar hingga kekuningan, oven bersuhu 180-200'C.
Alhamdulillah. Our favorite CINNAMON ROLL.
Alhamdulillah cream cheese frosting pun dah dikurangkan gula.
Klik resepi ---> CINNAMON ROLL RECIPE
Gaul semua bahan2. Adunan macam cekodok, ikut je resepi. Ditutup dan tunggu naik.
FOCACCIA BREAD
Doh ditepek dalam loyang. Dihias ikut kreativiti masing2. Tutup dan biarkan naik.
Dah naik, bakar dalam oven, suhu 180-200'C hingga kekuningan atas nya.
Sambil menunggu siap dibakar, buat mushroom soup.
Tumis bawang besar dan garlic potong dadu, masukkan shiitake mushroom. Dah lembut semuanya, kisar dalam blender dengan susu. Masak atas dapur, perasakan dengan garam, lada hitam, kiub ayam sikit atau mushroom seasoning kalau ada. Nak pekatkan, bancuh satu sudu besar tepung gandum dengan sedikit air. Masukkan sikit2 dalam sup, untuk pekatkan, ikut citarasa masing2.
Alhamdulillah, elok FOCACCIA nya.
Kecut tomato nya hehe.
Klik resepi ----> FOCACCIA BREAD
Focaccia dengan Mushroom Soup.
Antara komen musykil yang segan nak jawab. Tak ada pun specific tips untuk rajin masak atau pandai masak dll nya. Sebetulnya Alhamdulillah dilahirkan dalam keluarga yang suka dan pandai masak, jual kuih, jual macam2 makanan sejak dulu, tak lupa juga dipaksa masak haha.
Seterusnya selepas kawin, hubby di-transfer ke Ho Chi Minh City, Vietnam. Down sangat sebab susah dapatkan makanan halal & kedai halal yang sangat2 mahal. Nasi lemak RM12 sepinggan dengan rendang ayam seciput. Roti canai RM6 sekeping.
Company tak bagi spouse kerja part time. Apalagi, kita tengok TV je lah. Nak keluar tak boleh sorang2. Antara channel yang suka dulu adalah Travel & Living juga Food Network, program masak2. Dapat jugak channel TV1 Malaysia, maka seronok lah tengok rancangan memasak kita. Nak makan luar, mahal dan tak halal. Tapi nak makan. Maka bermula lah episod terpaksa memasak.
Western food ni kan, senang sebab tak perlu tumis renyah merecik macam sambal dan masak kari kita. Tapi sekala2 kena lah buat, nak makan nasi lemak dan kari, kan. Selalunya, masak apa yang kami suka makan. Ada juga sessi mencuba.
2006 mula rajin menggugel juga baca blog, pinjam laptop hubby. Then, ada blogger yang suruh buat blog. Bermula lah, Oktober 2006, blog cacamarba,
MULAN - PEACE, LOVE & HARMONY.
Gugel2 resepi, jumpa blog MAT GEBU, SALAM 3 BENUA, AZLITA MASAM MANIS, MAMAFAMI, AZIE BLOGGER, CHEF HANIELIZA dll. Terpesona dengan FOOD PRESENTATION. So kita pun buat lah sikit2 bagi feeling2 makan kat kedai. It's just for fun. Bukan setiap masa pun. Ikut mood.
Sekembali dari Vietnam, hubby di-transfer ke Kerteh, Terengganu. Kerteh ni bandar kecil tepi jalan saja. Yang ada dulu kedai tersohor selain kedai lokal, adalah cuma McD & KFC juga 1-2 kedai Siam. Kalau nak lebih, wajib lah ke Kemaman atau Kuantan. Kesian anak2 so kita cuba masak sendiri, macam western food, korean/japanese food. Kami suka try makanan lain2. Bila suka, cuba je lah buat.
Masak2 ni memang suka jugak sebenarnya tapi yang senang lah, bukan yang renyah. Ada hari nak masak yang kebaboom, ada hari se-simple nya. Berfoto makanan pun bila ada mood. Hehe.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.




















Setiap kali Mulan post pasal masakan yang disediakan dengan penuh kasih sayang, setiap kali itu la akan terpesona dan jadi extra lapar. Masakan Mulan ni memang udah level Chef dan boleh buka cafe hipster ni. Terima kasih atas perkongsian tipsnya. Temanya kena rajin dan istiqamah. Ini 2 ciri yang memang payah KSarie nak buatš Jadinya KSarie akan teruskan admire gambar makanan Mulan dari kejauhan begitu
ReplyDeleteInsyaa Allah KSarie semua dengan izin Allah. Kadang kalau malas, dipaksa semua makan roti, buah dengan oats haha. Datang rajin ada lah foto nya. Kadang kalau malas, hubby tanya dah ambik gambar ke belum hehe ššš
DeleteSedapnya cinnamon rolls kak mulan....lama SA x makan..dulu ada wife ex boss rajin hantar..masa SA kat dept lain..ex boss tu dah berhenti dah pun..pencen..tapi still rindu cinnamon rolls dia...
ReplyDeleteCinnamon rolls memang favorite semua tapi tak rajin nak buat
DeleteCantik kejadiannya, pasti membuka selera.
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeletePengalaman adalah guru yg terbaik :)
ReplyDeleteFocaccia bread tu kalau open order pun mesti berebut org nak beli kan... Tak jumpa lagi org jual roti ni :)
Betul kan PH. Focaccia bread kat KL Selangor ada banyak jual tapi yang plain kot. Maybe kalau jual di kedai takut tak tahan lama sebab ada sayur macam tomato tu kan.
Deleterajinnyer masak., hehe
ReplyDeleteSemua dengan izin Allah
DeleteCantiknya rupa foccacia bread tu.
ReplyDeleteHehe..betul la, macam adik saya tercampak di pedalaman Sarawak. Tak pasal jadi pandai meroti sebab susah nak dapat roti sedap.
Anak solehah ni suka yang ada design. Tepek2 je. Betul kan Ujie, bila tercampak ke tempat luar biasa, terpaksa lah belajar.
Deletepotong ngan benang la pulak...? Ingat guna pisau
ReplyDeletePotong dengan pisau nanti penyek rolls tu.
Deletebelajar & terus belajar menjadikan kita berpengalaman. kadang2 belajar dari youtube, google je pun kan. yang penting kena rajin mencuba. nampak sedap & kreatif betul menunya tu.
ReplyDeleteBetul Cie, pengalaman mengajar kita macam2 tak kira umur berapa. Alhamdulillah sekarang dah ada YouTube dll nya
DeleteTu dia.... Level main pastry dia bukan bishe bishe hahaha..
ReplyDeletePastry kita tak pandai la. Ni jenis roti je, yang simple
Deletefuhh high class betul level masakan mulan ni. foccacia bread tu nmpk premium sgt! terliurnya saya hahahhah
ReplyDeleteCamera trick je tu MZ. Focaccia tu sebab ditepek tomato dll hehe nampak lah ada design
DeleteSaya suka Cinnamon Roll tu dan Foccacia Bread tu kreatif sangat Mulan. Sedapnya kalau dapat merasa.
ReplyDeleteKL Selangor banyak jual Ezna. Sini kena buat sendiri lah sebab tak jumpa
DeleteTerima kasih kak Mulan jwb pertanyaan Cuya
ReplyDeleteCuya suka tengok org berbakat memasak macam2
Cuya berangan satu hari nanti Cuya pon berkemampuan
untuk pelbagaikan masakan Cuya
Nak seribu daya, taknak seribu dalih tak gitu?
Hehe
Cuya dah banyak pergi kelas memasak kan, best tengok. Insyaa Allah Cuya boleh. Ni pun masak yang senang2 yang diorang ni makan.
Deletesaya suka tengok kak mulan punya masakan, semua sedap2! especially baking, cantik je semua.
ReplyDeleteingatkan mushroom soup tu dia pakai brown dgn white mushroom. mmng ada campur shitake jugak ye?
Buat yang diorang ni makan je Mazni. Buat yang pelik takut tak makan. Hehe guna shitake sebab tu je yang ada.
Deletefoccacia bread ^o^... favorit sayaaaaa nih kak... mantaaap kalau dimakan dengan mushroom soup yaaa.
ReplyDeleteterkadang orang2 yg pandai masak ini belajr karena terpaksa atau keadaan... sama macam mama saya... mama ditinggal ibunya saat usia mama 2 tahun... dan mama anak bungsu dari 12 saudara... so setelah ibunya meninggal, mama diasuh bergantian oleh kakak2 mama. makin besar, mama belajar untuk hidup mandiri... belajar masak, belajar menjahit, menyulam etc...
itu yg bikin mama jd pandai memasak. krn dari usia kecil memang sudah diajarkan hal2 basic oleh kakak2nya..
ditambah mama memang suka memasak.. beda dengan saya, yg masak hanya krn perlu makan hahahahaha, bukan krn suka
Focaccia bread ni kesukaan anak2 jadi nya kalau buat pasti ada yang makan. Sedap dimakan dengan mushroom soup.
DeleteYa Fanny memasak ini ada yang suka dan ada yang terpaksa kerana pengalaman hidup. Jangan dipaksa sebab kita semua punya kesukaan lain2. Anak2 digalak dan diajar memasak tapi tak dipaksa.
Wahhh hebat mama Fanny sebab pandai memasak juga menjahit dan menyulam.