Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat semua, di mana-mana, yang terkesan dengan apa jua dugaan.
Throwback, belek foto2 dalam galeri. Kerjaan sebelum2 ini. Masak2 ni, antara terapi diri, surirumah ini.
Berbulan nak makan sagu merah dalam susu cair dan gula melaka. Padahal senang sangat buatnya. Masak sagu merah je. Susu cair tak perlu masak. Air gula melaka sekejap je masaknya, buat sikit je. Sagu ni sempat buat semalam. Sangat menceriakan warna jiwa dan rasa, Alhamdulillah.
Lama tak grill ayam. Baru ni marinate ayam bahagian chicken chop dengan spices (powder) yang beli di Uzbekistan. Guna je apa2 bahan marinate pun. Pan fry dalam periuk non stick dengan sikit je minyak. Tutup periuk supaya tak merecik. Kalau guna non stick pan, nanti senang merecik kan, unless pan ada lid/cover. Suka masak tapi malas lap2 banyak. Lap sikit tu wajib.
Tumis bayam dengan butter & garlic then tambah shiitake mushroom, susu, lada putih, garam, susu, perasa apa2 yang suka (msg/mushroom seasoning dll), parmesan cheese kalau mau. Nak berkuah atau tak, adjust lah dengan fresh milk tu. Lastnya, masuk cherry tomatoes.
Jumpa kepala ikan dalam freezer, pagi Khamis lepas dan keluarkan. Petang kita masak lah setelah sekian lama tak buat. Makan pagi Jumaat dengan frozen prata.
Jumpa fish fillet dalam freezer. Tumis garlic dengan butter. Masukkan ikan dan perah lemon bersama garam secubit/secukupnya. Masak bayam macam biasa. Tumis dengan butter dan garlic cincang. Masukkan bayam, susu, parmesan cheese dan garam secukupnya. Nak letak msg atau mushroom seasoning pun boleh. Lada putih/hitam atau herbs semua pun boleh ikut citarasa masing2. Cherry tomatoes jangan lupa. Crispy chilli garlic baru buat pun ada, tabur atas ikan, yumm.
Bibimbap, lunch semalam. Nasi sushi beras Sumo ada dalam freezer. Daging cincang pun ada dalam freezer. Masak/goreng kering dengan minyak bijan dan garam tanpa air. Masak cara sama untuk timun, carrot dan shiitake mushroom. Nasi ada di bawah telur mata. Kimchi pun masih ada dalam fridge. Sup gochujang tu, tumis garlic cincang. Masukkan air, sos gochujang, kemudian tambah tahu telur, enoki mushroom, fish cake, garam gula.
Sepulang nya dari Kazakhstan, mencuba rempah yang dibeli. Daging dipotong ketul 2 inci. Nak cepat, gaul dengan rempah, rebus dalam Noxxa dengan sikit sangat air dengan HP45. Bila siap, tukar mode stir fry, masak sampai kering. Kentang dan carrot, gaul dengan olive oil dan herbs oregano atau apa2 yang ada, air fry je sampai masak. Capsicum, bawang besar dan cherry tomatoes, pelakon tambahan. Sepatutnya dicucuk digrill dengan lidi, tapi malas. Rasa agak sama so why not buat cara senang. Hehe. Makan dengan sos garlic. Mayonnaise, garlic powder, parsley flakes, garam, madu, apa2 lagi pun tak apa .......perasakan lah bagi sedap. Sour cream atau yogurt pun boleh guna.
Ikan gril dengan lemon, butter, garlic. Sayur nya pula, sawi +carrot, ditumis dengan butter dan garlic. Tambah susu, chilli flakes, parmesan cheese, garam dll bagi sedap. Jadi kuning sebab chilli flakes kot.
Roti hotdog dah agak lama. Nak buat sosej bertangguh2. Gril je lah roti sapu butter atas kuali. Cicah dengan creamy chicken broccoli soup/gravy.
Tumis garlic dengan butter. Masukkan isi ayam, broccoli, susu, lada putih, mozzarella cheese dan perasakan secukupnya bagi rasa sedap. Cherry tomatoes jangan dilupakan. Tapi, ada ketika nya tomato kurang elok untuk yang ada gout sebab walaupun rendah purin, namun boleh menaikkan kadar uric acid.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.








Warna warni la masakan Mulan. Nak makan pun mesti excited. Cantik pula gambar makanan semua ni.
ReplyDeleteHealing2 kat dapur lah Ezna haha.
DeleteMasakan Mulan semuanya tahap pro dan nampak menyelerakan!
ReplyDeleteSaja seronok2 Ujie
DeleteCantik-cantik hasil masakannya, penuh warba-warni.
ReplyDeleteSungguh menggoda selera!
Saja seronok2 Kak Amie hehe
DeleteTerapi mata pun jadi kenyang tengok semua makanan di atas.
ReplyDeleteBila rajin je Cie hehe
DeleteSeronok betul... Nampak meriah dengan macam-macam menu, terus rasa lapar dibuatnya.
ReplyDeletebenar-benar buat orang teringin nak cuba masak juga.
Ya, hanya seronok2 di dapur. Bukan selalu.
Deletetak pernah tak lawa gmbr2 mknn semua ni. i sgt terliur sagu tuuuu!! reti mkn ajer tak pernah try buat laaa...pernah sekali jer buat kuih sagu yg kena letak kelapa parut tu(rasa2nya zmn pkp gigih try buat)
ReplyDeleteHehe ni kalau terasa nak deco dan ambik gambar nya. Sagu merah memang sedap kan.
DeleteKak Mulan belajar masak sendiri2 ke
ReplyDeletePandai betul masaknya.
Kalau ada banyak bahan boleh masak macam2 kan.
Seronok tengok hehe
Suka masak jugak Cuya tapi malas masak yang renyah2. Deco2 dan cuba resepi ni semua terinspirasi dari blogger lama2 dulu blogger Mat Gebu, Mamafami, Azlita Masam Manis dll. Sekarang di blog dan IG pun banyak.
DeleteSy pun dah lama teringin sagu gula Melaka , tak terbuat lagi. Padahal mudah sangat kan...
ReplyDeleteBetul PH, senang je kan. Berbulan ni tunggu mood masak sagu hehe
Deletexpernah lg makan sagu gula melaka..tp best la klui masak sndiri, mmg terapi diri lagi2 bahan2 semua cukup..
ReplyDeleteKadang bahan cukup tapi mood tu lari sana sini.
Deletehaha bgtu la kejadian nya..makan dkt luar pun terapi diri juga hahaha
Deletesedapnya tengok semua menu akak ni.... tergoda betul menengoknya tu
ReplyDeleteDana masak lagi best geram je tengok
DeleteSemua hidangan nampak sedap. Memang lain cara Mulan masak. Nampak lebih sihat pun ya, sebab guna butter dan garlic saja untuk tumis.
ReplyDeleteAlhamdulillah tapi biasa je lah ni cara orang malas. Kalau menumis bawang kisar buat sambal tu memang malas sungguh sebab merecik.
Deletemasuk sini mmg selalu beri aura positif & aura memasak membuak-buak utk cuba juga menu-menu sis Mulan sbb semua menunya buat meleleh air lior! ehehehe
ReplyDeleteYang senang je ni. Takde tumis lama2 macam sambal semua tu hehe ni menu orang malas lap dapur.
DeleteOkey SA tergoda especially kari kepala ikan tu..ya allah sedapnya...pernah makan kat mamak area KL ni boss belanja kari kepala ikan seketul RM150..tapi besar la...sagu gula melaka tu..nak buat senang tapi SA risau kalau x menjadi..hehehhe
ReplyDeleteKedai mamak lagi sedap tau SA. Dulu first time buat sagu pun tak jadi, lepas tu Alhamdulillah elok
DeleteKSarie tunjukkan post ini pada suami KSarie. Dia tanya dekat mana restorannya? Kita nak pi makan ke nanti? 😅Kalau Mulan cakap nak letak gambar-gambar masakan yang ada dalam galeri KSarie dah tau akan menyebabkan kelaparan dengan jayanya😋
ReplyDeleteAdoi lah KSarie ni kan saja je tau 😆😆😆
Deletesedapnyaaaa sayur bayam masak macam tuuuu
ReplyDeletesy boleh ratah je ;-)
Betul bayam ni masak simple je sedap
Deletemasakan yg guna rempah kazakh tu kalau buat yg berkuah ok tak?
ReplyDeleteTak sure lah
DeleteDugaan betul kali ni... penuh gambar makan!
ReplyDeleteAunty masak lagi sedap
DeleteTengok post Mulan terus berbunyi perut.
ReplyDeleteHehe biasa2 je lah Faa
Deletesedap2 smua menu..lama tk mkn sagu gula melaka
ReplyDeleteAlhamdulillah, sagu memang sedap kan
DeleteAduhaiiiii kalau masuk sini berwarna warni masakannya tiba2 rasa kenyang pulak tenguk. hehehe
ReplyDeleteHehe biasa2 je sis.
DeleteWaaaaaaah lapaaar lihat aneka menu kak Mulan 😍😍😍😍. Sagu merah tuh mudah dibuat yaaa? Saya suka tp tak pernah buat sendiri.
ReplyDeleteGrill ayam pun saya lebih suka masak macam di atas kak, pakai creamy spinach, sedaap dan kenyang.
Fish fillet, kapan2 nak beli laaah. Bosan juga pakai ayam
Nah kita samaaa.. saya nih kalau masak sate pun malas pakai lidi. Toh tak akan di makan. Jadi buatlah tanpa lidi, biar mudah 😄
Alaa Fanny ini menu yang senang dan disukai family 😍😍😍 ya sagu merah itu senang tapi malas membuatnya.
DeleteGril ayam juga ikan senang sebab dalam non stick pot saja. Creamy spinach memang simple dan senang.
Ya Fanny memang suka masak tapi malas, jadi tak perlu lah lidi kan.
Ya Allah carving nya pepagi ni bila dtg ziarah ke sini hahaha..
ReplyDeleteHehe 😄😄
Deletesaya rasa kalau kak mulan masuk pertandingan masak ni, mesti laju je dapat idea. bukak freezer, terus ambil lauk dan masak on the spot, hehehe.
ReplyDeletesuka semua menu2 western, nampak creamyy
Ehh mood camni bukan selalu. Kena tepuk2 bahu tangan semua dulu haha. Menu western ni lah yang paling senang masak sebenarnya
Delete