Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat semua, di mana-mana jua, yang terkesan dengan apa jua dugaan.
Jumaat ke KL ambil anak solehah cuti semester. Kemudian balik Putrajaya. Biasalah lama tak balik, sinsing lengan baju mencuci lantai luar dapur sekangkang kera sebab hubby suka lepak minum kopi situ. Daun kering pokok buluh bergelimpangan gugur dari rumah jiran, tenung je lah dulu. Tunggu next trip. Alhamdulillah dalam rumah tak habuk sangat sebab pintu tak buka. Cuma jangan ditenung lama2 lantai, cabinet work top dll tu.
Sabtu ke Rawang. Kenduri kawin anak sahabat geng minyak angin di Kerteh dulu. Tayang makanan yang sedap ni dulu. Koci wajib ambil kalau ada.
Dessert table memang awesome. Ada cream puff, kek, chocolate tarts, semua sedap.
Alhamdulillah ambil nasi tak banyak so boleh lah cheating lebih sikit.
Aiskrim Pulut Mamat ni sedap.
Ruang meja makan dll tak lah banyak sebab intimate wedding, untuk 250 pax rasanya. Ini Malaysia punya head count. Betul2 intimate wedding 50-70 pax rasanya kot. Tahun lepas sebelum puasa pernah juga menghadiri intimate wedding anak kawan. Dipaksa tuan rumah pergi sebab jemputan 300 saja.
Cheating time. Semua sedap.
Anak solehah dengan mak2 angkat di Kerteh dulu.
Cantik kan hantaran dan pelamin yang simple di dalam ruang maka berhawa dingin yang memuatkan 6 meja. Ada 3 lagi ruang makan lain berdekatan, yang lebih kurang sama saiznya.
Sama tapi berlainan warna.
Geng minyak angin kami di Kerteh dulu. Tinggal 3 saja di Kerteh. Tak cukup 2 ni. Memang riuh rendah hari tu. Lama tak jumpa ramai2 sebab semua jauh2. Kami, ketika mula berkenalan memang dah jadi housewife. Kalau bekerja, mana mungkin punya masa berjumpa makan2, masak sama2, curhat2, tumpangkan anak2 dll. Sama2 tolong ketika emergency bila suami tiada. Kira adik beradik lain kilang. Kemudiannya sorang2 lah tinggalkan Kerteh samada suami di-transfer atau pencen. Suami kami kerja berbagai bidang dan aliran. Tak sama tempat.
Dipaksa berfoto dengan pasangan masing2.
Moga ukhuwah kami kekal selamanya.
Alhamdulillah cuaca cantik.
Ahad. Kami sudah berempat. Sedap muffin jagung ni. Macam Kenny Rogers punya dulu2.
Anak solehah belanja sempena birthday daddy awal tahun baru ni. Moga murah rezeki selamanya darling son. Baru dapat duduk untuk meraikan makan sama2. Just a scrumptious lunch together 4 beranak. Once in a while. Ngam2 cukup untuk kami. Konon nak stop makan durian di Karak, tapi semua kenyang. Terus lah drive balik Kuantan.
Happy Birthday dearest Hubby. Moga you sihat ceria, murah rezeki dan dirahmati Allah sentiasa. Bertahanlah dengan I selamanya ya hehe.
Terima Kasih singgah baca/komen diari seorang MULAN.
Take care ya, moga sihat, ceria bahagia, murah rezeki dan senyum selalu.


















Selamat Pengantin Baru buat kedua mempelai 🌹
ReplyDeleteCantik hantaran depa... Nice colour combo 👍🏻
Cantik kan combo color hantaran tu.
Deletesanah helwah to ur hubby.! i suka la konsep intimate wedding, less is more gitu! sweet jer pelamin wpun simple. food pun semua sedappp
ReplyDeleteThanks MZ. Suka jugak konsep intimate wedding ni, less is better.
DeleteFuhhh wedding outdoor... terbaikkk.. makanan pun pelbagai...
ReplyDeletesemoga berkekalan kebahagaian dan kecerian buat pengantin amin..
Aamiin. Wedding ni outdoor dan indoor. Makanan memang best
DeleteSelamat pengantin baru kepada pasangan..
ReplyDeleteselamat hari lahir buat incikSuami Mulan juga..
bagus potong kek masuk dalam pinggan siap2 macam tu..
Thanks Linda. Senang kan kek dah siap potong.
Deletesuka juga majlis macam ni,simple,intimate,cantik dan tak ramai orang...
ReplyDeleteLess is better kan
DeleteNampak sedap menu desertnya kak... lagi la yang kek ada stoberi sebijik2 tu kak oi.... wahhh sedap betul nampak daging yang dibelenja anak solehah untuk bday ayahnya.
ReplyDeleteMemang geram tengok dessert nya Dana. Alhamdulillah sedap semuanya.
DeleteCantiknya tema majlis...SA suka jer majlis intimate wedding macam ni..jimat banyak tapi bila fikirkan saudara mara dan adilk beradik ramai...elok la buat wedding jemput semua..kalau tak nanti panjang ceritanya
ReplyDeleteMemang cantik kan tema majlis. Less is better tapi tu lah kaum kerabat kita ramai.
DeleteTergoda tengok pelbagai pilihan pencuci mulut. Seronok, dapat hadiri kenduri kawan baik. Kenny Rogers dah pupus dah agaknya, ye, sebab lama tak nampak. Sejak orang boikot memboikot.
ReplyDeleteBetul Nur, dessert semua sedap. Seronok jumpa kawan2 makan borak gelak. Jarang2 dah nampak Kenny Rogers kan.
DeleteSemoga ukhwah Kak Mulan dan kawan2 sentiasa berkekalan sampai bila2 🤲🏻 Best nya tgk meja dessert delay wedding Anak kawan tu 😃 selamat hari lahir buat suami Kak Mulan, semoga murah rezeki selalu akak sekeluarga ✨
ReplyDeleteAamiin dan thanks Carneyz. Meja dessert tu rasa nak angkat bawa balik hehe.
Deletebest pulak tengok intimate wedding camni. tak ramai tetamu, so takla rasa malu sangat diperhatikan oleh orang ramai, ahaaa. menarik betul dessert table tu. dapat cake victoria sandwich yg dipotong slice besar :o
ReplyDeleteTu lah rasa best pulak intimate wedding ni dapat entertain tetamu lebih lama. Kalau ramai, mau nya boleh borak lama. Dessert semua tu rasa nak bawak balik haha.
DeleteJap, kenapa pinggan tu di pixel kan?
ReplyDeleteKita kan suka pixel mempixel hehe
DeleteCantik la lokasi event ni Mulan.....
ReplyDeleteMemang cantik, golf resort.
Deletemeriah menu macam2 ada. cantik la hantaran tu kreatif buat macam tu.
ReplyDeleteMemang cantik dan meriah semuanya
Deletelokasi nya macam english style..betulkan sha kalau silap..tp skg memang popular style macam ni..rasa sejuk mata memandang..
ReplyDeleteSimple je kan mungkin jugak English style
DeleteSemoga persahabatannya sehingga akhir hayat. Jarang hendak jumpa kawan yang macam adik beradik kan. Sure banyak cerita dikongsikan bila berjumpa sekali sekala. Dekat mana anak solehah belanja ayahnya? Macam menggiurkan mix set semua jenis daging ada tuh.
ReplyDeleteAamiin dan thanks KSarie. Memang seronok jumpa borak makan gelak sakan. Memang sedap platter tu.
Deletehappy belated birthday untuk suami kakak yaaaa... semoga selalu dikaruniakna kesehatan, dan rezeki melimpah...
ReplyDeleteuwaaaah baguuuus nya deko pengantin .... saya lagi happy, sebab tgl 7 feb esok dapat undangan keponakan menikah.. akhirnyaaaaa saya bisa dtg ke acara wedding lagi setelah sekian lama tak ada yg menikah di circle saya hahahahahahah. rinduuuu memang nak attend wedding ceremony
sekarang ini nikahan banyak yg pakai konsep intimate ya kak..beda dengan zaman kita dulu ;p... saya ingat undangan saya 1000 pax acara reception di jakarta... sementara wedding ceremony di medan 500an pax hahahaha. semua teman papa dan mama...
kalau anak skr lebih suka hanya mengundang teman2 dekat mereka, jd lebih intimate... dan saya sukaa yg begitu... ...
Thanks Fanny. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
DeleteWedding ceremony memang seronok kan Fanny dapat jumpa family members juga rakan2 yang lama tak jumpa.
Betul Fanny kalau nya wedding ceremony yang ramai datang adalah kawan2 ibu ayah Pengantin kerana sudah jadi gathering 😍😍😍
Ramai juga anak kawan2 yang mau kan intimate wedding tapi mama ayah nya tetap mau ramai jemputan 😄😄