Subhanallah cantiknya sunset. Me - driver on duty lagi.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat Palestine, Lebanon dan negara2 Islam yang lain.
Ahad petang kan baru sampai dari KL. Isnin pagi macam biasa settlekan banyak hal2 rumah. Baru nak duduk sekejap sebelum Zohor, hubby hantar mesej.
"Kemas baju, petang ni pi KL, esok lusa (Selasa/Rabu) ada meeting di KL. Banyak kerja now, tak boleh pergi awal. After 5pm camtu. Rabu petang balik after 5pm".
Jom kita nyanyi...
Lemak manis, alah, amboi-amboi
Santan kelapa, alah, amboi-amboi
Kupandanglah manis, alah, amboi-amboi
Anak siapa.....
Alhamdulillah kereta tak banyak, tak hujan. Kita tekan minyak lebih sikit 140-150/160. Hubby tak komplen, tak apa, lagipun dia zzzzzz penat balik kerja. Sampai KL, dia nak ke Kg Baru lagi untuk dinner, memang lapar jugak.
Hasrat nak ke WANJO tapi ramainya orang. Hubby kata masuk KAK SOM je lah sebab tak ramai.
SOMTAM & PULUT MANGGA.
Yang favorite ni jugak la kami order. Nak order lebih, tapi tengok PULUT MANGGA tu banyak betul. Sesungguhnya, memang kenyang + CARROT SUSU & lupa hubby order air apa.
Antara juadah lain di KEDAI KAK SOM.
Ada juga MEE CELUP dll. Di kedai lain sepanjang jalan, ada makanan yang tersiap bungkusnya. Grab, Pay and Go. Ada LATOK, PULUT MANGGA, KERABU MAGGI kot. Semua nampak sedap. Hubby beli LATOK untuk tapau. Sedap.
SELASA pagi 6.20am. Brisk walk @ KLCC PARK.
Awalnya sudah berkerja. Crane dah bergerak.
BANGGA sebagai rakyat MALAYSIA, macam biasa. Selasa pagi tu, hubby kata maybe boleh balik sebab meeting hari RABU tak perlu attend. Yeyy.
Sunset dari bilik, HOTEL PERDANA. Dulunya PNB & SIME DARBY PARK.
Patutnya balik Selasa petang tapi paginya pukul 9am, hubby call kata, meeting RABU kena attend. Okidoki. Tak apa sebab memang tak ada plan nak ke mana2. Layan drama, movie kat bilik je. Penat ulang alik ni, pack unpack. Santai2 di bilik je.
RABU pagi.
Cantik bulan. Subhanallah.
Breakfast. Tunggu telur mata.
ROTI BAKAR + TELUR MATA + SAMBAL NASI LEMAK. Sedap tau. Oat, buah, yogurt semangkuk kecik, ambil kemudian + CAPPUCCINO. Alhamdulillah kenyang.
Nak check out 12pm. Babai KL.
CAFE JELIRO SENGOTI.
Singgah sini lagi. Order DAGING PEKASAM & IKAN BEKOK (thanks Mama Tisya), SUP PERUT lambat sampai, lupa snap foto. Sedap. TELUR SOTONG pulak tak ada.
Driver on duty lagi. Halfway je lah sebab mengantuk, menahan mata. Terang cuacanya Alhamdulillah smooth semuanya.
Alaaaa...akak dah balik...next time kalau datang lagi bg tau ye..boleh lunch sama..jumpa kat mana- mana kan...
ReplyDeleteOk Insyaa Allah. Office SA kat mana ya.
Deletebestnya dpt mkn2 sambil jd peneman mr hubby gi keje outstation tu...err tajuk entry ni buatkan i terus ternyanyi hahhah
ReplyDeleteBukan peneman sangat 😄😄 ni driver lah MZ. Ya betul boleh la JJCM jugak. Pergi KL ni macam pergi oversea.
DeleteSis, nak tanya cafe jeliro tu belakang kedai tayar tu ke? Semalam cuba singgah..abang gebu kata mana ada kedai makan..kedai tayar ada la..walaupun signboard depan mata..hehehehehehe
ReplyDeleteCafe Jeliro ni dalam kawasan kedai tayar, betul2 depan tu je. Selindung sikit. Tapi kena park kereta di luar, tepi main road. Memang orang tak akan perasan. Kiranya masuk pagar kedai tayar, kanan tu je. Bukan belakang tapi depan. Terlindung dari luar tapi kalau kalau jalan kaki masuk pagar kedai tayar, memang nampak terus cafe ni.
DeleteBaca tajuk terus rasa nak berjoget!
ReplyDeleteUntung suaminya ada driver buat sementara.... Boleh berehat seketika.
Tengok gambar segala makanan memang nak tenung lama-lama. Semuanya sedap belaka!
Sempat brisk walk juga ye.
Memang lemah longlai dapat message tu, penat tak habis lagi hehe. Alhamdulillah moga sihat dapat berbakti pada dia.
DeleteMakanan memang best ditenung2 rasa macam ehh nak je makan, kan hehe.
Kalau sempat memang hubby ajak brisk walk.
Yg membaca ni pun rasa kalut Kak ahahaha...
ReplyDeleteKe sana ke sini, jap kata ada meeting jap takde pulak haha..
Tp yg penting kita enjoy je Kak kan...
Tu lah penat tak habis tapi tak apa dah biasa dari dulu. Insyaa Allah ok.
DeleteYa kena sentiasa rasa enjoy.
Terror pecut sampai satu nam
ReplyDeleteInsyaa Allah, kadang rasa F1. Hehe.
DeleteW'salam kak..
ReplyDeleteHotel Perdana mengimbau kenangan lama masa bekerja di Menara Citibank, during lunch hour mesti pergi PNB Darby Park.. Cantik sungguh gambar akak ambil, sharp. Oh ya tak dapat masuk kedai Wanjo pun takpe sebab makanan di Kedai Kak Som pun tak mengecewakan..
Ya Citibank depan tu je kan dulu. Alaa snap biasa je. Kena statik se statiknya kata anak solehah nak dapat foto elok katanya. Betul sedap kedai Kak Som tu.
DeleteAaahhh menyesal saya tak mampir ke kak som waktu itu. Tadinya dah tertarik nak makan di kak som, Krn saya lihat ada jual laksam . Tp adik saya prefer wanjo pula. 😄. Next lah, nak coba kak som. Saya sekali coba laksam, di two sons KLCC, langsung addict rasanya 🤣😄. Sukaaaa sangat.
ReplyDeleteCantiik betul foto2 yg kakak ambil. Saya jarang ambil foto twin tower di saat malam. Selalu ketika terang.
Road trip begini saya sukaa sebenarnya. Walaupun tujuan untuk kerja, tp bisa sekalian jalan2. Dah lama tak road trip. Tak sabar dec, sebelum ke Vietnam nak road trip dari JKT - Surabaya Krn sepupu nikah. Dah excited sangat saya 😄
Ya Fanny boleh cuba lain kali di Kak Som. Wanjo akan kami cuba next time juga.
DeleteKalau ambil gambar, kata anak solehah mummy don't move. Jangan gerak2 supaya foto dapat cantik dan sharp. Ambil banyak Dan pilih 😄😄
Dulu tak boleh ikut sebab anak2 sekolah. Sekarang semua di kolej, so ikut saja dan tolong drive. Kesian hubby penat.
Riang gembira sampai menyanyi nyanyi hahaha.. okla . kak som di kg baru tak pernah try lagi. Jrng masuk KL dah semenjak dua menjak ni huhuu.. saya pun kalau nak bawa laju mmg kena tunggu org rumah tidur.. barulah senng dah layan pemanduan hahaha.. especially kalau nak bawa lebih 150 hiihii
ReplyDeleteNyanyi sambil pasrah, penat tak habis lagi. Insyaa Allah layan je lah schedule kerja dia, pastu mintak allowance kan 😄😄😄
DeleteBetul betul kena minta allowance :D
DeleteHehe kena lah ada Alhamdulillah:)
DeleteMasyaAllah cantik warna langit sunset.
ReplyDeleteUntung suami, ada driver. Saya cuma mampu jadi peneman je kalau ke mana-mana 😬
Memang cantik Subhanallah. Memang suka tengok langit,
DeleteKalau tak drive, nanti kena stop bagi dia short nap. Lambat sampai so kita drive jugak lah.
Kadang dia acah2 tidur biar kita drive. 😄😄😄
Ai? Bunyalah banyak pilihan... sarapan roti bakar telur mata je?
ReplyDeleteKita memang suka roti, tak kira lah kawan dengan apa2 pun hehe.
DeleteSubhanallah cantik sungguh view langit tu .. CCL suka tengok ..
ReplyDeleteSama lah kita memang suka sangat tengok langit.
Deletenampaknya restoran Kelantan ada di mana2 di KL tu. mesti sedap kan?
ReplyDeleteAlhamdulillah restoran lain2 pun ada di mana2 di KL, Insyaa Allah semua sedap.
Deletewahhhh banyak juga eh pilihan makanan kat kak som tu
ReplyDeleteboleh singgah nanti
Banyak jugak, semua nampak sedap
Deleteooo dah tukar nama rupanya hotel ni...
ReplyDeletejgn tersalah dgn hotel perdana kat KB tu ya hahaha
Sama nama dan management kot, tapi lain lokasi hehe
Deleteooh psl gmbr zoom bulan yg cikkak terpesona dlm blog wak tuh sbnrnye wak pakai hp huawei p40 pro je., cubalah google, dia punye camera leh zoom 50x., tp tu hp lama., hp huawei skrg p70 pura tu leh zoom 100x kot., hehe
ReplyDeleteOhhh, tapi memang cantik sangat gambar bulan tu Wak. Thanks for sharing.
DeletePulut mangga tu kegemaran Dania. Cantiknya gambar sunset dari bilik Mulan.
ReplyDeleteKami pun memang suka pulut mangga ni. Hari tu memang cantik sunset nya.
Deletesedapnya tgk pulut mangga tu...lama btul tk mkn dessert fav tu.....cafe jeliro sengoti dkt gk la area umh..pernh mkn byk kali juga...Ikan bekok namanya bkn ikan bekap......
ReplyDeletePulut mangga memang sedap kan. Ohh tq tq ikan bekok ya.
DeleteMbak...foto-fotonya cantik cantik... Foto-foto bangunan, foto-foto suasana lingkungan dan foto-foto makanannya...
ReplyDeleteSelamat dan lancar dalam perjalanan ya Mbak.
Salam,
Salam Pak. Terima kasih. Hujung minggu yang padat tapi seronok dengan saudara mara dan makan2
Delete