Monday, October 21, 2024

FAMILY DAY & TREASURE HUNT. SISI LAIN TASIK PUTRAJAYA.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Doa buat Palestine, Lebanon dan negara2 Islam yang lain.


Sabtu pagi baru ni. Ke KL lagi.


Sama-sama menyertai TREASURE HUNT - FAMILY DAY.


Antara soalannya. Rasa macam betul jawab semua soalan.


Last soalan sebelum submit. 


Done TREASURE HUNT. Gaduh mulut jugak nak cari jawapan. Haha. Dah la berdua je. Tak menang lah. Tak apa cuba lagi.


SALAM NOODLE PRESINT 15 @ DIPLOMATIK.

Lunch. DUMPLING AYAM. Sedap.


BRAISED BEEF SOUP NOODLE 


Yang di luar ni, di meja buffet, minuman semua ni FOC dan free flow. Macam biasa akan ambil minuman LUO HAN GUO tu.


CHICKEN & BEEF PIE. 
Yang ni macam BEEF ROTI BUKIT BINTANG yang viral tu kot. Rupa memang sama. Sedap yang kami beli di SALAM NOODLE ni. Macam murtabak tapi pastri/kulit nya lain bentuk. Crispy pastri nya.


Suasana dalam dan luar nya.


Kemudian check in @ Double Tree.


MEN IN BLACK la konon. Tema untuk dinner - movie character. Paling senang lah hehe.


AHAD Subuh sepi'e. 6.30am.


Hubby ajak brisk walk. Nun di sana KOMPLEKS SUKAN AIR PRESINT 6.


JAMBATAN SERI SAUJANA dari jauh.

Jambatan yang mencetuskan revolusi kerana kejayaan menggabungkan dua teknik kejuruteraan berbeza iaitu gerbang dan kabel-penyangga - merakamkan detik kecemerlangan dalam bidang kejuruteraan di negara ini. Penghubung di antara Pulau Utama (Presint 4) dan Presint 7, lokasi Jambatan Seri Saujana adalah strategik di pintu masuk utama ke Pulau Utama dari arah selatan melalui jalan B15 yang telah dinaik taraf dan lebuhraya KL-KLIA. Jambatan dikawal oleh parameter rekabentuk untuk menampakkan struktur futuristik yang ramping dan anggun, dengan panjang keseluruhan 300 m dan lebar keseluruhan 32 m.
(Sumber : Perbadanan Putrajaya)


Dari kejauhan.


JAMBATAN SERI GEMILANG. Cantik dengan cahaya lampu nya.


Sewaktu keluar dari bilik, memang dah hujan rintik2. Bawa payung sorang satu.


JAMBATAN SERI GEMILANG 
Jambatan istiadat di Putrajaya, Malaysia. Ia menghubungkan Dataran Warisan dengan Pusat Konvensyen Putrajaya. (Wikipedia)




Jalan hingga ke atas jambatan nya.


Actually hubby kata nak tengok sunrise (bukan sunset, tersilap, thanks Linda) tapi cuaca kurang elok, namun begitu, tetap cantik.


Patah balik.


Dah sampai Double Tree tapi hubby ajak jalan hingga ke 
KOMPLEKS SUKAN AIR PRESINT 6.


Cantiknya langit. Walaupun matahari tidak keluar sepenuhnya.



Macam di oversea je kan. Subhanallah cantiknya.


KOMPLEKS SUKAN AIR PRESINT 6. Lupa snap foto. Penat.
(Foto : tawfiq.my)


Hubby nampak ada jalan kecil, nampak ada yang jogging dan cycling. Rupanya ada jalan baru tembus ke CYBERJAYA. Dekat dengan route kami cycling dulu2 keliling tasik ini sewaktu menyewa hampir setahun di CYBERJAYA tahun 2016. Happy lah dia jumpa jalan baru. Best jugak sebab takkan nak brisk walk jalan sama je, boring kan. Dekat area KOMPLEKS SUKAN AIR ni ada banyak tempat parking. Actually banyak tempat parking lain jugak keliling tasik ni.10,000 steps jugak pagi Ahad ni. Alhamdulillah atas semua nikmat ALLAH. 

34 comments:

  1. Jap2.. Kak mulan tengok sunset ke sunrise nie?
    Conpius jap.. Sebab rasa mcm dari gelap ke terang..

    ReplyDelete
  2. bestnya treasure hunt. tapi kalau berdua pecah otak jugak tu tak banyak buah fikiran. hihhihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul seronok, tapi tu lah kadang gaduh mulut haha.

      Delete
  3. Wah melaram dgn sut ye Akk & husb 👍
    Bagus ikut tema
    Cantik²nya gambar bangunan/jambatan semua tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe ikut tema yang paling senang. Kalau tengok depan mata memang lagi cantik.

      Delete
  4. nice la OOTD men in black tu ;) semua gmbr pun cantik ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq tq hehe OOTD MIB tu paling senang MZ 😍

      Delete
  5. Cantik2 la snap gambar jambatan2 di Putrajaya...kita duduk Putrajaya dekat 6 tahun pun tak explore sepenuhnya..ni dah nak balik duduk KL balik mmg takde la..hehehehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok depan mata lagi cantik Subhanallah. Alaa boleh je datang bukan jauh pun.

      Delete
  6. Wah tema MIB tu. Ye lah senang kan kena pakai suit hitam semua.

    ReplyDelete
  7. Woah! Itu dah hampir-2 jadi James Bond!

    ReplyDelete
  8. Segak bergaya dengan tema MIB 😃

    Pagi lagi dah dapat 10k steps 👏🏽

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe tema MIB paling senang 😄😄. Tu lah hubby ni pandai layan borak tengok2 10,000 steps.

      Delete
  9. jumpa sini kita hihii..semua pic cantik dik..snap pakai camera apa ni..awsome

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe di sini pulak sis. View memang cantik, snap pun cantik Alhamdulillah.

      Delete
  10. Waalaikumussalam.
    Indahnya Malaysia, negaraku nan tercinta!
    Bestnya dapat brisk walk.
    Petang kelmarin saya pertama kali setelah sekian lama hendak brisk walk, dapatlah 3 km.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malaysia memang cantik dan indah. Takpe Kak Amie slow2 brisk walk tu. Kadang masa memang limited kan.

      Delete
  11. Foto-fotonya cantik Mbak. Saya merasa diajak jalan-jalan kesana...ke tempat-tempat yang demikian indah.
    Btw, pakaian berdua dengan suaminya sangat keren dengan gaya MIB...

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Pak. Mari Pak, jalan-jalan ke Malaysia. Tema MIB tu paling senang.

      Delete
  12. Kalau SA jenuh la nak jawab soalan treasure hunt tu,,lama x praktik...cantik betul pemandangan..cantik2 jugak gambar akak amik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami suka join treasure hunt ni. Memang tricky sangat.
      View memang cantik semuanya, Alhamdulillah.

      Delete
  13. Isssh seruuuuu ikutan treasure hunt 😄. Tak pernah saya ikut ini. Palingan hanya menonton acaranya dari tv 😁. Saya rasa kalo saya dan suami tak bisa cocok lah ikutan berdua. Begaduh yg ada 🤣.

    Baguuuus sangat Putrajaya skr ya kak 😍. Betul2 dah lama terakhir kali saya kesana. Yg saya ingat cuma mesjid nya saja 😄. Teringin pula sesekali stay di sana , eksplor lagi Putrajaya yg skr. Biasa ke KL asik nginap di tengah bandar saja 😄

    Lupa2 terus saya nak buat cerita roti daging bukit bintang tu 🤣. Memang sedaap lah. Tak rugi antri lama 🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok join treasure hunt ni Fanny. Banyak info yang dapat juga. Ya kadang memang gaduh bila nak cari jawapan nya.

      Putrajaya memang cantik, tersusun semua kawasan dan presinrnya. Pembangunan sekata dengan tempat riadah dan lain2 nya.

      Mau jugak cuba buat roti daging ni, moga datang mood nya 😄😄😄

      Delete
  14. Cantiknya view jambatan gemilang .. ala+ala duduk di obersea gitu ..

    ReplyDelete
  15. seronoknya treasure hunt macam ni...
    terasa macam betul2 buat kerja sama-sama hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang seronok, walaupun kadang gaduh mulut.

      Delete
  16. sy secara peribadi mmg suka suasana kat putrajaya ni... relaks je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Putrajaya memang relax macam duduk kampung.

      Delete
  17. cantik view gmbr putrajaya time malam tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subuh actually sebab gelap kan. Memang cantik effect lampu yang terpasang.

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com