Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
Doa buat Palestine, Lebanon dll negara Islam.
Petang KHAMIS lepas, ke kota lagi. Hubby ada meeting di kota Jumaat pagi. Rasa macam di oversea, bila tengok semua high rise building ni.
Sampai KL 6pm, hubby ajak ke KG BARU untuk dinner. Wahh dah lain dari dulu.
Macam2 restoran ada.
View dari tempat parking kereta. RM5 untuk 3 jam. Cantik betul kaktus di luar rumah ni.
Dah gugel awalnya. SATE PADANG. Alhamdulillah jumpa. Ada sate ayam, daging, paru, limpa jugak rasanya.
Yeyyy dapat SATE PADANG PAK SAF. Sedap. Tapi SATE PADANG di PADANG, INDONESIA lah paling sedap. Pernah makan dulu di sana. Dah dapat sate, hujan turun selebatnya. Alhamdulillah kami dah dapat meja sebelum nya. Bukan restoran, sate ni dijual di tepi jalan je, tapi ada meja dan kerusi lipat berhampiran. Ada restoran yang dekat, ambil order untuk minuman. Bila hujan, kami disuruh ke dalam restoran yang berdekatan.
On the way ke hotel, lalu berdekatan SALOMA BRIDGE.
Macam biasa, suka check in di PNB PERDANA HOTEL. Biar lah hotel lama pun, selesa sebab luas. Macam apartment. Ada kitchen. Staff pun ada yang kami kenal lebih 10 tahun.
Lepas Subuh pagi JUMAAT, macam biasa hubby ajak brisk walk di KLCC PARK.
Balik dari brisk walk, terus singgah breakfast. Sepinggan ni je + sedikit buah yang dapat dihabiskan.
Lepas hubby ke office, pukul 10 ke IKEA CHERAS. Berkenan betul kerusi rotan. Tapi yang beli, tempat terap pinggan tu je. Suka guna yang ni. Hubby siap meeting, kami balik Putrajaya. Macam biasa cuci sisa buangan Oyen2 yang tak tau siapa punya. Hehe.
7.15am. SABTU pagi. FOOD COURT PRESINT 9.
Makan sebelum brisk walk. Tak banyak kedai buka. Alhamdulillah kedai karipap dah buka. Beli NASI LEMAK RM3. Sedapnya. Hubby makan 2 bungkus. KARIPAP PUSING memang sedap. Pastry nya bukan jenis pecah berderai2. Menyesal beli 3 je.
Dah siap makan, CEKODOK PISANG baru siap goreng, alahai. Next time lah.
Masih awal, maybe dekat pukul 8, baru buka sepenuhnya.
First time ke sini.
Memang cantik. Macam di ALISHAN, TAIWAN pun ya.
12pm, dating sekejap dengan KERTEH BFF MOMMIES di SUNWAY GEO, sementara hubby ambil anak solehah. Sambil visit Yatt yang baru buat surgery mata.
SOPOONG @ CITTA MALL. Hubby nak makan Korean food. Anak solehah order favorite nya, BULGOGI STEW. SET UDON & KIMBAP untuk saya. Hubby order apa ya, lupa dah. Semua sedap Alhamdulillah.
MANGO BINGSU. Sedap sangat. Lupa snap foto.
(Foto: Foursquare)
AHAD.
Siap2 cuci kemas rumah, dah tak ada apa nak buat, kami pack barang dan gerak balik. Singgah CAFE JELIRO SENGOTI, AMPANG. Owner nya kawan baik adik no3. Dah banyak kali plan nak pergi, tapi tak jadi. Cafe ni tepi KEDAI TAYAR. Kurang nampak dari main road. Parking pun tepi main road. Kalau guna Waze, slow2 bila hampir sampai, takut terlajak.
NASI DOMOK AYAM, TELUR SOTONG, AIR ASAM PERUT.
Ayam goreng tu, crispy di luar, juicy di dalam. Imagine lah.
TELUR SOTONG. Sedapnya. Crispy luar nya, juicy telur sotong tu.
AIR ASAM PERUT. Serius sedap.
TEH AIS MADU. Sedap.
Menu di dinding cafe. Scan QR untuk order.
Suasana dalam cafe. Tak besar. Servis cepat.
Alhamdulillah sedap untuk kami. Banyak sangat menu. Memang kena datang lagi. Adik no3 suka SINGGANG DAGING & KERABU MANGGA IKAN katanya.
Nak detail, klik -->> INSTAGRAM CAFE JELIRO SENGOTI.
12.45pm kami pun drive balik Kuantan. Alhamdulillah smooth semuanya.
Ala..hai..dekat bebenor cafe jeliro sengoti tu dengan rumah keramat...boleh cuba ni untuk lunch..
ReplyDeleteKena cuba, sedap bagi kami.
DeleteBanyak juga tempat yang sempat singgah ..
ReplyDeleteAlhamdulillah tercapai yang tertangguh.
DeleteLamanya tak pi JJCM kat kg baru tu. port zaman bujang dulu suka datang situ.
ReplyDeletePergi lah, macam2 ada sekarang.
DeleteFood hunting sungguh ni Mulan , alhamdulillah :)
ReplyDeleteAlhamdulillah setelah lama plan, dapat juga akhirnya.
Deletewahh...cantik cantik semua gambar Mulan ambil. tengok gambar makanan tu terus lapar... sebab nampak jelas dan cantik sangat
ReplyDeleteTqs sis. Kalau ada mood memang suka snap foto makanan. Kalau lapar sangat kadang tak sempat hehe.
DeleteOh? Sini ada sate Padang sedap? Okeh! Nanti uncle cari!
ReplyDeleteBoleh lah, kalau di Malaysia, paling sedap takat ni.
DeleteBanyak tempat makanan sedap2
ReplyDeleteAlhamdulillah sedap untuk kami.
DeleteBaru Dinner kat Wanjo ahad lepas ni. Teringat lalu kat Kak Som tu jugak.
ReplyDeleteNext time boleh try Wanjo pulak.
DeleteTerliur telur sotong tu🤤🤤🤤byk betul mknn kat entry u ni🥹😁
ReplyDelete😍😍😍 kumpul semua sebab tak sempat nak post tiap hari. Telur sotong tu memang sedap.
DeleteTerliurnya tengok makanan dekat kedai kawan adik Akk tu... Telur tu sotong tu dapnya!
ReplyDeleteBanyak pahala Akk cuci² najis kucing tu... Pernah rasa dulu bila kucing jiran asyik membuang je kat rumah kita. Sedih marah semua ada but lama² redha je la sambil cari² tips nak halang depa dr terus membuang di rumah kita
Alhamdulillah memang sedap food yg kami order.
DeleteAamiin Ya Rabbal 'Aalamiin. Ada plan lain jgk untuk oyen2 ni.
Semoga dipermudahkan segala urusan kita menyantuni oyen2 stray ni.
Waalaikumussalam.
ReplyDeleteMulan, Kak Amie nak rasa telur sotong yang crispy di luar, juicy di dalam.
Dan air asam perut itu, enaknya diratah-ratah!
Sedap tau Kak Amie untuk kami. Masih terbayang2, nak buat tak pandai.
DeletePerut tu pun sama, sedap. Memang ratah pun sedap.
Berlumba-lumba bangunan membangun di bandar KL. Kawasan kedai makan tu tumpuan pelancong kalau datang KL, terutamanya nasi lemak wanjo. Semalam nampak di media sosial air naik di sini. Banjir kilat mungkin. Semoga dipermudah urusan mereka.
ReplyDeleteMaintain cantik Taman Saujana Hijau Putrajaya ni. Dulu ingt nak buat pre wedding shoot kat sini tapi last-last kat tepi tasik Pullman tu je. Teringin nak datang sini lagi bila ada pine walk yang baru tu.
Terliur tengok telur sotong goreng crispy tu. Walaupun tak pernah makan tapi rasa macam sedap je.
Betul sekali sekala datang memang berubah je view langit di KL, ada je yang baru.
DeleteOhh naik air ke di area Wanjo, moga dipermudah kan semua urusan nya.
Macam overseamkan Taman Saujana tu. Cantik.
Telur sotong tu memang sedap bagi kami. Alhamdulillah
Haaa..SA nampak akak tepek gambar Wanjo nasi lemak..hehehe..nanti akak cuba makan situ plak..mcm2 pilihan ada..wah cafe jeliro sengoti tu nampak menarik la...
ReplyDeleteTu lah selalu nampak Wanjo ni, nanti nak try lain kali. Food kami order di Cafe Jeliro Sengoti ni memang sedap,
DeleteWanjo saya dah coba. Nanti kalo ke kg baru lagi, nak coba kedai makan kak som itu. Krn dia jual laksam. Cuma Krn waktu itu penasaran dengan wanjo, jadi skip dulu kak som. Nasi lemak wanjo nih adik saya yg sukaa sangat. Saya kurang, Krn sambal dia manis 🤭. Saya lebih suka yg pedas.
ReplyDeleteAir asam perut dan teh madu itu menariiiik kak. Sampai luber kluar isi teh yaaa 😍😍👍. Memang makin banyak tempat makan di KL yg saya nak coba kalo kesana lagi.
Putrajaya dah tak serupa dengan duluu saat saya kesana. Makin banyak tempat makan yaa 🤭☺️. Kadang terpikir nak juga coba stay daerah sana nanti.
Next time kena ajak hubby brisk walk ke Kg Baru dan try nasi lemak, laksam di situ. Banyak pilihan makanan. Memang Kg Baru famous untuk makanan ya.
DeleteAir asam perut memang sedap Fanny. Betul Putrajaya pun semakin banyak tempat makan yang bagus.
rindunyaaaa nak makan sate padang kat situuuu
ReplyDeletePak Saf ke, sedap kan.
Deletearghhhh x bleh tgk air asam perut tuuuuu
ReplyDeletearghhhh lapar
tolonggggg
Sedap bagi kami.
Delete