SEPTEMBER 1997
HO CHI MINH CITY, VIETNAM
Weekend pertama ketika baru sampai HCMC, jalan2 ke CU CHI TUNNEL dan TOKONG DEN BEN DUOC. Dalam tunnel dapat makan ubi rebus dengan kacang + gula (edit, bukan kelapa, thanks Fanny, adoi lupa sudah). Kesian mat saleh tu awalnya tak reti makan ubi, lepas tu sedap sangat katanya.
Hubby asalnya dipinjamkan 3 tahun ke projek baru di Ho Chi Minh City. Uncle suruh ikut. Terpaksa berhenti kerja, hasrat nak further study pun ter-pause, langsung terhenti. Impian nak kerja itu ini, cita2 nak jadi itu ini, jadi lah surirumah hingga kini. Sedih, geram, frust tak terkata, semua ada, tapi redha. Tak semua yang faham. Struggle, memang struggle banyak benda, yes kita semua hidup ada struggle masing2. Dulu, kini, later, Allahu a'lam. Apa2 pun, kena kuat mental, di mana2 pun. Paling sedih, tinggalkan mak sorang2 sebab adik2 semua study di KL/Perak.
MOGA DIPERMUDAH KAN SEMUA NYA, ALLAH IS THE THE BEST PLANNER.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.
DOA BUAT PALESTINE DAN LEBANON.
NHA TRANG.
Tepi laut. Naik train malam, walaupun train lama tapi bersih. Sekarang dah ada cable car kot dengarnya. Dulu2 semua bagaikan Malaysia tahun 70-an.
LANGBIANG MOUNTAIN, DALAT.
Tak dinasihatkan pergi jauh. Snap foto di depan tu je lah.
PHAN THIET.
Juga tepi laut. Celebrate HARI MERDEKA dengan family Malaysian di Ho Chi Minh City.
DALAT.
Dengan family boss #2.
DALAT.
Seronok naik gajah. DALAT sekarang woww dah membangun siap ada cable car katanya.
Antara aktiviti, main bowling, jualan BAZAR MALAYSIA, naik kapal SRI INDERA SAKTI yang berlabuh. Al Fatihah pada yang dah tiada.
HARI RAYA AIDIL FITRI & AIDIL ADHA.
Bila duduk luar, bila tak balik Raya, terpaksa lah buat satay sendiri kan. Kongsi2 kerja, buat sama2.
Korban di sana, buat di tepi tanah perkuburan atau dalam masjid atas simen. Atas arahan pihak berkuasa di sana. Negara Kom......is kan. Jangan sesekali membantah. Di mana pun kita pergi, hormat peraturan negara itu. Semua atas keselamatan.
CU CHI TUNNEL lagi, bawa cousin dan kawannya. Ketika ni anak soleh dah lahir (made in Vietnam, born in Malaysia hehe). Wedding warga CHAM, pembantu rumah kawan. Seronok sangat kalau dapat jemputan diorang ni. Diorang ni segan nak ajak sebab rumah kecik la dll tapi kami suka pergi. Siap bagitau jangan lupa jemput haha.
SEPTEMBER 2000
OLYMPIC PARK.
Weekend outing. Manager2 bawa jalan2 bandar.
Dari plan asal dipinjamkan, hubby ditukarkan status nya untuk kekal dengan projek tersebut. Bila projek dah mula, dihantar pula ke SEOUL, dekat setahun tapi follow 9 bulan saja.
Foto atas :
Manager KOREAN COMPANY tu bawa kami ke kampung nya, PAJU kalau tak silap, tak jauh dari sempadan KOREA UTARA.
Foto bawah :
CHUNGCHEONG DO. Hiking dengan carrier & baby rocker, ringan je.
Hubby ni almost every weekend pergi main ski, kalau tak kerja. Senang, banyak bas ke SKI CENTRE. Selalu day trip je .Kita ikut bila rasa nak ikut sebab ada anak soleh yang masih baby ni, nak pakai kan winter suit, memang STRUGGLE dia bergolek je. Try jugak, sampai tergolek haha. Enough lah, memang tak minat hehe.
Buat SNOWMAN tepi HAN RIVER. Dekat apartment kami je, seberang jalan.
Foto bawah, HANGARAM APARTMENT, TONGBU ICHON DONG, belakang tu apartment kami. Imagine apartment kami, besarnya, 10 langkah x 10 langkah tapi duduk bertiga je, selesa sangat. Tak ada meja makan, guna meja lipat duduk atas lantai saja. Sofa 2 seater. Tapi bilik ada 3 kecik2, satu bilik air. Nak yang paling murah kan, boleh save duit allowance, dekat ICHON TRAIN STATION, biar lah basic pun. Maybe size studio. Cost of living di Seoul, memang tinggi. Memang jaga betul bajet sebab nak explore SEOUL & dekat2. Alhamdulillah ada macam pasar tani pagi Ahad, boleh la cari sayur, ikan murah2.
SORAKSAN @ MOUNT SORAK.
Angin kuat, tak dapat naik cable car. Weekend outing, manager company selalu organize. Best betul Pak Haji tu. Jaga anak2 buah dengan baik sekali. Sewa shuttle, jalan selagi boleh. Ya lah, bukan selalu datang. Ada juga staff lain bawa family. Kami kongsi2 belanja. Semua best. Very cooperative.
AUTUMN & SPRING
Lupa dah nama 2 Theme Park ni.
Asal weekend memang panjang kaki kami. Explore selagi boleh. Dengan baby carrier, dengan light stroller.
SPRING BLOSSOM. Memang cantik.
SEOUL WORLD CUP STADIUM. Tengok bahagian yang siap je.
INCHEON INTERNATIONAL AIRPORT. Datang airport lama GIMPO INTERNATIONAL AIRPORT, balik airport baru.
NAMDAEMOON MARKET (kiri bawah). Jalan2 sebelum balik VIETNAM semula. Yang ramai datang ketika itu, pemborong KOREAN SILK, BRANDED HANDBAGS (kawan cerita), BROOCH.
Tapi kami suka ke GANGNAM STATION UNDERGROUND sebab situ murah. Handbag tak ada brand, RM10-15 lawa2 leather good quality, balance2 buat handbag mahal kot. Baju branded budak2 pun murah from RM10, reject tapi branded. Reject silap tagging, butang color lain je pun, antaranya. Belek2 pun tak ada langsung koyak atau tetas jahitan. Love sangat lah situ.
MASJID ITAEWON, tempat beli ayam daging halal. Ustaz Sulaiman nama ustaz tu dulu yang jual ayam. Tak pernah ingat nak snap foto.
Ketika itu, JEJU ISLAND belum famous. NAMI ISLAND pun.
Alhamdulillah atas semuanya.
Moga diizinkan kembali ke SEOUL bawa anak2 soleh solehah.
Akhir kalam, SEOUL & SAIGON (Ho Chi Minh City) ni merupakan sekolah kami sekeluarga. Sekolah kehidupan. Pengalaman yang amat berharga. Tak tercerita setiap inci kisahnya.
phan thiet tu... kiranya popular tak dalam kalangan org sana? agak2 org malaysia tahu tak tempat ni? hehehe
ReplyDeleteOf course lah orang sana tau, tempat dia kan hehe. Sekarang gugel je, orang akan tau. Phan Thiet ni famous sebab ada sand dune macam padang pasir.
Deleteooo sama macam mui dinh ya?
Deletebest best!
10 langkah x 10 langkah?
ReplyDeletesaya pulak yg rasa semput nafas ;-)
Hehe senang kemas, macam sewa bilik hotel yang besar sikit tu.
Deletepart mengemas tu x dinafikan
Deletekejap je dah selesai...
hehehe
tak dapat kerja itu ini pun xpe kak...asalkan dapat pusing tengok negara orang dah kira bertuah sangat dah
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteWaahhh entry mengimbau kenangan ni...yes..u are right.we have our own struggles..moga yg baik2 ajer utk kita semua.aamiin
ReplyDeleteKenangan lalu, pengalaman yang amat berharga. Thanks for the doa. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin.
DeletePengalaman yg sangat berharga dan rezeki juga sebenarnya kan Kak...
ReplyDeleteApa pun yg kita hadapi, jalan terus kata orang... Pasti ada hikmahnya setiap yg berlaku
Alhamdulillah atas semuanya & memang sangat berharga.
DeleteAlhamdulillah ala kulli hal... kehidupan akak mungkin tak seperti yang dirancang tapi Allah is the best planner ☺️ kalau ada rezeki dan ada keinginan, boleh try sambung belajar balik kot, utk kepuasan diri-sendiri 😄
ReplyDeleteRedha, lama belajar kena redha. Pernah nak sambung di Vietnam tapi courses di university sana semua dalam bahasa Vietnam
DeleteBersinar2 memancar2 semua wajah! hehehehe
ReplyDeleteMacam Ultraman kan hahaha..
DeleteSenang nak tahu yang mana satu orangnya uncle.. hehehe..
DeleteAizamia : Komen noti2 kita jadi Ultraman yeaaahhhh haha gurau je.
Deletepriceless experience., aminn
ReplyDeleteAlhamdulillah atas segalanya.
DeletePengalaman hidup yang Mulan lalui jadi iktibar untuk kita belajar berlapang dada kan Mulan.
ReplyDeleteUntuk mendapatkan sesuatu kena korbankan sesuatu pula.
Allah Yang Maha Mengetahui segalanya....redha.
Betul semua tu Kak Amie. Allah empunya segala. Kena redha sentiasa. Tapi sebagai hambaNya, kadang hati ada je tak kena. Nauzubillah minzalik. Moga sentiasa jauh dari sifat tak baik.
DeletePengalaman paling berharga kan kak...patut la akak pi Vietnam tu macam pi KL je ...hehehehe...SA setakat ni dah 2 kali ke HCM..
ReplyDeleteKe Vietnam tu jugak sebab teringat kan Makcik Phatima yang jaga anak2 dulu, dah kami anggap keluarga. Tempat kami belajar kehidupan. Hehe dekat jugak.
DeleteEnvy dengan teman2 yang banyak menghabiskan hidup di negara orang. Saya selalu membayangkan seperti apa tinggal di banyak negara, yg budayanya benar2 jauh berbeda dengan kita . Pasti seru 😍😄.
ReplyDeletePastilah Vietnam dan Seoul ini sangat berkesan buat kakak kan.
Keluar dari Chichi tunnel, saya ingat ada diksh ubi yg diksh taburan something. Awalnya saya pikir kacang tumbuk mix gula. Krn rasa mirip kacang dan sedikit manis. Saya sukaaa sangat. Tp Kaka tulis itu kelapa. Cuma saya tak rasa kelapa pula 😅. Sedaaap memang. Atau Krn saya lapar habis letih kan merangkak di Chichi tunnels 🤣🤣.
Banyak pengalaman tinggal di negara orang ya betul tapi meninggalkan keluarga sangat besar impak nya juga. Selalu sedih dah risau, bila tinggalkan mak dan adik2 semua yang masih belajar. Betul both Seoul dan Vietnam memang tinggalkan banyak kena.
DeleteFanny, thanks for highlight kisah ubi. Ya betul ubi ini dimakan dengan kacang dan gula. Fanny memang betul seorang yang sangat detail, 😄😄 walau sudah 3 kali ke tunnel tapi kakak ini sudah lupa ubi nya.
Pengalaman yg priceless...gangnam station underground mmg tempat shopping yg best..harga mampu milik..
ReplyDeleteAlhamdulillah. Betul, pengalaman yg sangat mahal. Rindu pulak Gangnam hehe.
DeleteBenar, Allah sebaik-baik perancang maha mengetahui segalanya. Apa yang diberikan adalah yang terbaik untuk kita. Rezeki tu dapat merantau ke sana sini melihat negara orang. Pengalaman yang sangat mahal.
ReplyDeleteAllah adalah segala-galanya. Alhamdulillah syukur atas semuanya.
Delete