Monday, September 23, 2024

HADIAH DARI SA. TERKUNCI LUAR RUMAH...!!! SATAY WILLY. ROMANTIKA.

 

SATAY WILLY di RAMAL JUNCTION FOOD COURT.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. 
Moga sihat ceria gembira dan dimurahkan rezeki sentiasa.

FROM THE RIVER TO THE SEA, 
PALESTINE WILL BE FREE. 


Alhamdulillah sampai dah, gift TOP COMMENTATOR dari SA (SURIA AMANDA). Suka sangat telekung ni. Thanks SA. Moga murah rezeki selalu.


SABTU.

Pagi Sabtu kelmarin, balik Putrajaya lagi. Nak settle hal tertangguh. Sampai around lunch time. Discuss punya discuss. Tak nak makan tempat yang sama. Ada hal nak ke Bangi, ternampak SATAY WILLY. Singgah terus.

First time ni makan SATAY WILLY ni. Memang sedap..!! Alhamdulillah. Order 10 ayam, 10 daging, tapi tak habis, so tapau lah. Besar2 ayam nya. Boleh repeat Insyaa Allah.


Siap makan, siap ke Bangi, balik rumah, settle kan isu berbangkit ni. Ubat gegat tu yang ditabur seminggu lepas. Ehhh ada lagi hasil buangan SI OYEN ni. Bukan OYEN kami. Stray atau berpunya. Memang jiran2 ada bela kucing. Bertabah lah. Hubby pun dah beli blower untuk blow daun2 kering tu. Tak lah penat sangat menyapu daun kering jiran. Tapi still ada yang melekat pada rumput carpet tu. Terpaksa guna penyapu lidi, penat membongkok.


Hubby nak kena settle kan jugak isu lantai tersumbat ni. Sama2 kami mengerjakannya. 


AHAD. 
NASI LEMAK ROYALE AYER@8. 
Sumber Foto : Endless Hayat. (Lupa snap foto)

Rupanya macam Nasi Kandar/Ganja je. Cuma nasi lemak warna kuning, patut nama nya ROYALE. Rasanya, boleh lah. Tapi NASI GANJA BERDENGUNG KUANTAN lagi sedap kot.


Siap makan 7.30am, macam biasa lah hubby ajak brisk walk. Nak jalan jauh sikit, itu lah sebab makan dulu. Park kereta memang dekat NASI LEMAK ROYALE. Terus jalan ke TASIK PUTRAJAYA. Cuaca memang agak mendung.



Rindu view ni. 2016 kami menyewa di CYBERJAYA. Memang laluan ini, laluan kami berbasikal saban hujung minggu kalau tak ke mana.



Hingga ke MARINA PUTRAJAYA


Ramai betul pelancung pagi Ahad. 


Alhamdulillah 11,000 steps. Satu badan dari bahu ke jari kaki, macam rasa contraction nak bersalin/beranak. Hehe. Dari NASI LEMAK ROYALE hingga ke MARINA PUTRAJAYA. 
Pergi balik. 


Siap brisk walk, ajak hubby ke ROMANTIKA BANGI GATEWAY. Nak menambah koleksi pokok plastik. ROMANTIKA ALAMANDA, harga mahal sikit untuk pokok plastik besar ni. Shopee pun murah sikit tapi malas tunggu.


Bunga atas meja, beli daun bunga, beli bekas bunga, bengkok kan dawai, letak je dalam bekas bunga tu. RM9 kot lagi murah buat sendiri. Simple je. Pokok plastik, tak sampai RM100/pokok pun. Yang paling kanan dah beli awal dulu. Tambah 2 lagi. Untuk dalam rumah. Tak payah siram kan, hehe.


KISAH PAGI TADI.... Isnin.....

Ayat Whatsapp berterabur, Alhamdulillah kawan2 faham haha. Hubby tak ke plant pagi tadi sebab meeting di bandar je. Sebelum dia keluar kerja, siap salam2 dah, kita pun keluar siram pokok2 dalam pukul 8.30 lebih sikit. Pokok 4 hari tak siram. Siram pokok, sapu lantai porch, cabut rumput liar dll. Pukul 10 dah siap konon lah, nak sambung esok sebab panas. Sekali tengok pintu depan kunci. Alamak...!!! Mesti hubby kunci, sebab tak perasan kita kat luar. Memang selalu siram pokok lepas dia pergi kerja. Hari ni terawal sikit je pulak.

Call hubby, kesian dia sebab dah nak start meeting. Mintak dia hantar kunci ke reception, letak dalam envelope, tulis nama. Book Grab lah. Ambil kunci dan hantar ke rumah. Lama jugak sebab rider jauh. Memang dahaga sangat.


Sambil menunggu kunci, Whatsapp kawan2 sebab boring haha.


Hehe. Ada terbaca Whatsapp, elok bawa hp ke mana2 takut lah apa2 jadi. 


Alhamdulillah adik rider sampai. Terkejut dia baru tau kunci rumah yang dihantar nya. Lari terus lah masuk rumah cari air. Hehe. 

30 comments:

  1. Terkunci dari luar memang tragis.. Hihihi...
    Alhamdulilah, cantik telekung nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe memang tragis sungguh semalam. Alhamdulillah suka warna telekung tu.

      Delete
  2. Cantik kaler telekung... alhamdulillah... dulu pernah kitorang kursus ada member terbawak remote tv dr umah.. dh anak dia pulak nangis nk tgk tv... terus order grab hantar remote tv ke umah... jauh jugaklah tmpt kursus dgn rumah dia... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah cantik kan warna telekung.
      Laaa ya ke member terbawak remote pergi kursus.

      Delete
  3. adoi la..dugaan sungguh kan?
    congrats..cantik telekung nya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe kelakar pun ada. Jadi kenangan. Ada kawan nak ambik ajak mengopi.
      Tqs, memang cantik telekungnya.

      Delete
  4. Tahniah Kak menang telekung tu. Lawa 👍
    Ye, pernah juga jadi gitu terkunci dari luar huhu... Tapi bagus Akk bawa keluar phone sekali, dapat gak call en suami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks PH memang lawa telekung. Laa pernah jugak ya PH terkunci dari luar. Sekarang ni hp memang bawak jugak ke sana sini walau di rumah sbb takut apa2 nanti.

      Delete
  5. Wow jalan kaki dari nasi lemak royale ke Marina ya?. Kami pernah berbasikal dari Cyberjaya Perdana Lakeview East menyusuri laluan tepi tasik ke area Ayer 8 Nasi Lemak Royale tu. Fuhhh letih....lepas breakfast, patah balik pulak ke Cyberjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau brisk walk pagi2 belum panas, Insyaa Allah ok. Kena makan dulu lah isi minyak hehe.
      Best kan cycling tepi lake, walaupun penat sikit.

      Delete
  6. Cute telekung tu 🥰 anyway kiranya setel yer masalah kucing tu guna ubat gegat?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cute 🥰. Tak jugak MZ, oyen membuang jugak tapi kurang lah dari selalu.

      Delete
  7. SA pernah terkunci dari luar..jenuh menunggu penyelamat..hahahaha...dengan nak terkucil lagi...tumpang rumah jiran kejap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laa sama ya pernah terkunci dari luar. Alhamdulillah tak rasa nak terkucil semalam hehe.

      Delete
  8. Eh, macam tergoda jugak la dgn bunga palsu di Romantika tu, nampak mcm real pokok hidup. Saya pun rasa mcm nak letak pasu bunga dekat rumah ni tapi takut bila tinggal balik kampung habis mati 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang nampak real, tu yang suka sangat. Tak perlu siram2 kan hehe 😄😄

      Delete
  9. tahniah. tahniah.. boleh pakai telekung baru ye. banyak nak dikerjakan tu ye. masalah najis ni mmg hebat la kan. stress gak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tqs Kak Yan. Ada koleksi baru telekungnya. Kadang balik Pjaya ni ada je nak kena buat/repair. Memang stress tiap kali balik ada najis oyen ni.

      Delete
    2. akak ni jiran2 bela kucing tp depa melabur depan pintu rumah. kat porch la. mmg sedih la.

      Delete
    3. Geram kan tapi tu lah tak tau nak cakap apa kat jiran

      Delete
  10. sedap tgk satay willy tu...mmg slalu baca review org kata sedap...pernah merasa opismate order utk potluck tp sbb byk makanan so tk brp menikmati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try la nanti memang sedap satay willy tu

      Delete
  11. Paling kesal kalo stray cats atau kucing tetangga buang kotoran di tempat kita 😔. Saya tak pernah lepas kucing2 saya Krn tak ingin mereka seperti itu. Takut zalim pula kepada tetangga. Krn itu saya latih mereka hanya Poo dan pee di pasir litter box mereka, tak boleh tempat lain.

    Nasi lemak itu saya pikir nasi kandar 😄. Miriiiip yaaa. JD teringin nak coba. ..

    Aissh terkunci rumah memang peniing lah 😄. Bosan menunggu sampai kunci datang kan. Saya pernah juga. Tp kunci dibawa asisten saya yg sedang kluar, dan tak bisa dihubungi pula. Terpaksa sampai magrib saya menunggu di teras 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus kalau semua macam Fanny, sediakan tempat poo untuk kucing,

      Nasi lemak dengan nasi kandar memang berbeza.

      Hehe ini pengalaman pertama terkunci di luar rumah. Alhamdulillah ada handphone bersama, senang call sesiapa. Cuma terpaksa tunggu kuncinya sampai kan Fanny.

      Delete
  12. nak kena sunat oyen niiiii
    haiihhhhh dah pandai membuang
    tak reti nak jirus yaa
    hahahhaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Stress tau tapi tu lah sabar je lah

      Delete
  13. wahhh hijau gitu telekungnyaaaa boleh laa bawa g travel nanti...

    saya faham kalau terjadi situasi macam ni...
    lebih2 lagi dulu rumah guna mangga
    tak pun sbb tgn dah terbiasa lock dari dlm.
    dah terlock baru teringat nak cari kunci
    sudahnyaaaa
    hmmm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cantik kan warna telekung.
      Kenangan lah ni terkunci luar rumah hehe.

      Delete
  14. Baca tajuk satay willy terus teringat satay willy Sg Ramal tu. Lahh betul rupanya. hehehe...tapi tak pernah lagi makan satay willy tu. Mungkin boleh cuba nanti.

    Bahan buangan kucing ni tak tahu lah nak cakap, rumah saya pun tak sudah sudah kucing berak dan kencing. Jenuh cuci sampai hilang baru. Sekali..ehh dia datang buat kerja yang sama lagi. Sabar je lah. huhu...

    Mujur juga bawa handphone. Kalau tidak kena tunggu sampai balik kerja baru masuk rumah. Ada hikmahnya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap satay willy ni. Memang nak cari lagi.
      Memang kena sabar sangat2 dengan bau nya dan najis nya.
      Alhamdulillah hp ada sama boleh call dll hehe

      Delete

Thank you for dropping by.
Thank you for the comments.
My email : o-mulan@hotmail.com